《 49 》

9.6K 850 263
                                    

"Harraz?" Terkejut Puan Mariana bila lihat Harraz turun daripada tingkat atas dengan agak kelam kabut. Bila masa pula menantunya itu sampai ke sini?

"Mummy, tolong tengokkan Fleur sekejap. Cikgu Ilham telefon Harraz, beritahu yang Ilham sakit dada dekat sekolah tapi dia tak nak orang lain bawa dia ke hospital selain Harraz. Mummy tolong Harraz ye?" Ucap Harraz selaju mungkin dan terus berlari keluar daripada rumah agam tersebut.

Puan Mariana terus naik ke tingkat tiga untuk lihat Fleur. Wanita itu ketuk dahulu pintu bilik Fleur sebelum masuk ke dalam.

"Fleur?" Puan Mariana lihat ruang bilik anak perempuannya itu, sunyi, seperti tiada orang.

"Fleur??" Panggil Puan Mariana lagi.

"Mu..mmy" Puan Mariana terus pusingkan badannya ke belakang apabila dengar bisikan dari belakangnya.

"Fleur?!" Terkejut Puan Mariana dibuatnya bila lihat Fleur berdiri di belakang Puan Mariana.

Fleur tersenyum kecil lihat wajah emaknya, "Bila Fleur sampai sini?" Soal Puan Mariana.

"Bila - bila je.." Suara Fleur kedengaran seram ditelinga Puan Mariana.

Puan Mariana mengangguk, "Mummy keluar dulu la macam tu, muka Fleur nampak penat. Fleur rehat ye?"

Takut Puan Mariana jadinya bila lihat senyuman yang agak pelik di bibir Fleur. Perlahan - lahan Puan Mariana melangkah hendak keluar dari bilik itu, mata Puan Mariana tidak lepas dari terus lihat Fleur.

Tiba - tiba Fleur tertawa kecil, "Kelakar la mummy ni" Katanya membuatkan Puan Mariana terus keluar dengan pantas dan tutup pintu bilik anak perempuannya.

Gila..berdiri bulu roma Puan Mariana di buatnya. Wanita itu pegang dadanya, cuba untuk tenangkan diri sendiri tapi Puan Mariana dikejutkan lagi dengan bunyi hempasan barang dari dalam bilik Fleur.

Tiada sebarang suara yang keluar, apa yang Puan Mariana dengar cuba bunyi barang di baling dan dihempas ke lantai ataupun dinding.

Puan Mariana terus berlari turun ke bawah dan dail nombor Harraz. Tiga kali Puan Mariana hubungi menantunya itu tapi tidak juga di jawab. Akhirnya Puan Mariana tinggalkan pesanan di dalam group whatsapp keluarga mereka , mengatakan yang Fleur seolah mengamuk tanpa sebab.

Dayyan Aqil yang baca pesanan tersebut terus bergegas ke rumah Encik Iqram. Mujur tempatnya sekarang tidak berapa jauh dengan rumah Encik Iqram.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Dayyan terus cari Puan Mariana terlebih dahulu, "Mummy okay ke?" Tanya Dayyan risau.

"Mummy okay cumanya mummy tak tau la apa jadi dengan adik kamu tu. Seram mummy tengok muka dia" Beritahu Puan Mariana.

Lepas dengar Puan Mariana kata begitu, Dayyan terus naik ke tingkat atas bersama dengan emaknya. Tiada sebarang bunyi keluar dari bilik Fleur, tidak seperti tadi.

Dayyan terus meredah masuk ke dalam bilik Fleur. Fleur sedang berdiri, menghadap ke arah katilnya. Perlahan - lahan Fleur angkat wajahnya lihat ke arah abang.

Jantung Dayyan terus berdegup dengan sangat laju apabila lihat wajah tersebut. Dayyan tutup pintu bilik adiknya rapat - rapat.

"Mummy..Fleur mana?" Soal Dayyan.

"Fleur tak ada dekat dalam bilik ke?" Puan Mariana bertanya semula.

"Mummy, itu bukan Fleur lah!" Jerit si Dayyan.

Tak mungkin wanita di dalam bilik adiknya itu adalah Fleur Sophia. Wanita dalam bilik Fleur merupakan seorang wanita tua yang sudah berkerut wajahnya, sama sekali tidak seperti wajah Fleur Sophia.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now