《 43 》

9K 780 173
                                    

Muhammad Aisy terus mendengus kasar. Lelaki itu berjalan pergi ke suatu tempat yang agak kosong dan sunyi tanpa sebarang orang.

"Aisy.." Panggil Qamar perlahan.

"Kita balik je la Qamar, kita tak payah duduk lagi dekat sini lama - lama" Kata Aisy tanpa lihat wajah Qamar.

Qamar menelan air liur, tak pernah dia dengar suara Aisy tegas sehingga begitu sekali.

"Awak ingat saya boleh diam ke lepas tengok dia marah - marah awak macam tu? Ye, saya tak faham apa yang dia cakapkan tapi saya tetap tak suka cara dia bercakap dengan awak. Itu bukan bercakap biasa lagi Qamar itu dah dikira ajak gaduh" Aisy pusing ke belakang untuk tatap wajah Qamar.

"Saya bukan nak putuskan hubungan keluarga awak tapi kalau dia tak mahu lihat muka awak jadi saya akan bawa awak pergi jauh daripada dia. Dia kata dia tak peduli awak nak kahwin mahupun mati? Jangan sampai saya yang mati kan dia"

Qamar tidak menjawab, malah wanita itu terus berdiri di tempatnya sambil tutupkan mata.

"Lepasni kalau awak nak hubungi dia, awak hubungi melalui pesanan ataupun panggilan telefon je. Kita akan balik Arab bila perlu. Saya nak awak balik, duduk dengan keluarga saya je. Mak saya lebih sayangkan awak berbanding mak awak sendiri" Nada Aisy sudah sedikit tenang berbanding tadi.

"Awak nak balik terus ke atau awak nak pergi tempat lain?" Tanya Aisy bila Qamar kekal diam di tempatnya.

"Saya nak balik.." Jawab Qamar membuatkan hati Aisy sedikit lega.

"Kita balik hotel dulu, saya nak tengok tiket kapal terbang. Awak pun banyak kerja dekat Malaysia tu, apa dia ingat ahli diplomat ni orang biasa ke?" Aisy sudah melangkah perlahan - lahan, menunggu Qamar jalan sekali dengannya.

"Saya bukan orang biasa?" Qamar bertanya.

"Bukan. Antara pekerjaan awak dengan pekerjaan saya, pekerjaan awak lebih highclass. Awak banyak kelebihan, jadi jangan biarkan orang jatuhkan kehidupan awak yang hampir sempurna" Balas Aisy tanpa tunggu lebih lama.

Qamar hanya tersenyum tipis. Kepalanya masih di tundukkan apabila berjalan sementara Aisy sedang sibuk mencari kenderaan untuk bawa mereka pulang ke hotel. Sekurangnya lelaki itu tidak lepaskan amarahnya di hadapan ibu dan ayah tiri Qamar. Aisy cuba untuk tahan amarahnya agar dia tidak turut dipandang hina oleh mereka.

♧  ♧  ♧

Sumayyah melangkah masuk ke dalam lobi apartment Emir yang menjadi rumahnya sejak akhir - akhir ini. Dengan plastik bag di tangan, wanita itu terus naik ke tingkat 25 di mana terletaknya rumah apartment lelaki itu.

Ketika Sumayyah berjalan di koridor tingkat 25 itu, mata helangnya tertangkap pada sosok tubuh lelaki yang berdiri di hadapan rumahnya.

Hanya sekali imbas, Sumayyah terus tahu lelaki itu merupakan adik lelakinya.

"Li Jie?" Tegur Sumayyah dengan senyuman lebar.

"Hai akak" Li Jie turut beri senyuman buat si kakak yang sudah empat bulan dia tidak bertemu.

"Buat apa dekat sini? Macam mana Li Jie tau akak kat sini? Eh masuk dulu lah" Sumayyah terus buka pintu rumahnya dengan perasaan yang teruja dan pelawa adiknya masuk ke dalam rumah.

"Belum apa - apa lagi, akak dah tanya Jie macam - macam" Lelaki itu tertawa kecil seraya melangkah masuk ke dalam rumah Emir itu.

"Jie nak air apa? Air sirap okay?" Sumayyah terus pergi ke bahagian dapur dan letak plastik barangan dapurnya di atas kabinet.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now