《 13 》

12.8K 807 87
                                    

Harraz Falikh sarungkan jaket musim sejuk yang agak tebal buat Fleur, "tebal sangat ni" adu Fleur perlahan.

"Supaya sayang tak kesejukan" jawab Harraz perlahan.

"Tukar yang nipis sikit la, nanti Fleur tak enjoy nak main" pinta Fleur dengan baik.

Harraz tersenyum kecil, "main ea?" Harraz lihat wajah isterinya.

"Ski maksudnya..bukan main macam kanak - kanak" kata Fleur selamba.

"Ye la sayang..masalahnya kalau sayang nak tukar jaket, sayang boleh tahan sejuk ke?"

"Sepatutnya Fleur tanya soalan tu dekat Harraz..Harraz boleh ke tahan sejuk? Salji memang perkara kegemaran Fleur, dari kecil lagi. Lagi pun Fleur lahir kat negara bersalji" balas Fleur dengan berlagak.

"Dia kena kan kita pula.." Harraz sudah menoleh untuk ambil jaket lain.

"You'll never win" ceria sahaja suara Fleur sekarang.

"We'll see.." Harraz pilih jaket lain yang lebih tipis buat isterinya.

Selepas lihat Fleur sudah bersiap kemas, Harraz dan Fleur keluar dari bilik resort mereka untuk pergi jumpa dengan yang lain.

"Tak mahuuuu" Vincy sudah berusaha untuk lepas dari pelukan Amsyar.

"Abang kata tak boleh maknanya tak boleh!" Ujar Amsyar tegas.

"Dah lah Am..dengan budak - budak pun nak gaduh ke?" Kata Aisy seraya cuba untuk lepaskan pelukan Amsyar pada Vincy.

"Entahnya, kau semalam dah naik dengan diaorang kan? Bagi la Ilham pula" sambung Emir.

"Tempat duduk penumpang tu kan ada dua, kenapa sampai nak berebut - rebut tempat duduk ni?" Wajah Dayyan sudah sedikit tegang.

Dengan pantas, Amsyar lepaskan Vincy lepas lihat wajah Dayyan tegang begitu, "period ke bang..." soal Amsyar dengan berbisik.

Tapi bisikan Amsyar tu masih kedengaran di telinga Dayyan, "kau tu dah 28 tahun tau tahun ni, jaga perangai"

"Ala..janganlah marah..bergurau pun tak boleh" Amsyar sudah tundukkan kepalanya.

"Geli bodoh" kata Aisy bila lihat Amsyar buat perangai.

"Pagi - pagi dah gaduh..tak penat ke?" Tegur Fleur yang baru sampai.

"Dayyan ni ha" kata Amsyar.

"Takde kak, tipu tipu. Abang Am mula dulu" adu Vincy seraya berjalan ke arah Fleur.

"Tak payah peluk - peluk, kau tu dah besar" Harraz pegang dahi adiknya untuk halang Vincy dari datang dekat pada Fleur.

Vincy mendengus geram, "kau ingat kau 7 tahun? Nak peluk - peluk bini orang?" Marah Harraz lagi.

"Dah la..lepas, kesian dia" Fleur tarik tangan Harraz.

"Mummy dengan daddy mana? Papa? Mama?" Soal Fleur untuk mengubah topik.

"Diaorang suruh pergi dulu, ye la tempat bersalji kan.., nak duduk lama - lama tak boleh" beritahu Emir.

Harraz mengangguk, "jom lah" ajak Harraz.

"Ilham nak ikut abang" kata Vincy baik.

"Jom" Harraz terus peluk bahu si adik, sekejap sahaja sudah berbaik.

"Jalan dulu" ujar Fleur memandangkan dia mahu berjalan dengan abang - abangnya.

"Do you guys know how to ski?" Soal Fleur seraya berjalan di sebelah Fathi.

"We don't even know the basic step.." balas Aisy yang berjalan di belakang Fleur.

"You don't know anything Aisy, so shut your mouth" balas Amsyar selamba.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now