《 26 》

9.3K 800 182
                                    

Emir Amirullah berjalan keluar dari bangunan Google itu seraya mencari kelibat seseorang. Sebaik lelaki itu nampak sosok tubuh Xiu Ying, Emir terus hampiri Xiu Ying tanpa sebarang bunyi.

Xiu Ying toleh ke sebelah untuk lihat orang yang tiba - tiba sahaja berdiri di sebelahnya, agak rapat pula tu.

"Nak balik ke?" Tanya Emir dengan mesra.

Xiu Ying hanya mengangguk seraya lihat skrin telefonnya, menunggu pesanan grabnya diterima oleh mana - mana driver.

"Jom lah, i hantar you balik" Pelawa Emir tapi laju sahaja Xiu Ying menggelengkan kepala.

"Kenapa?" Soal Emir sedikit pelik.

"I tak perlu kan tumpangan sesiapa, I boleh balik sendiri. Lagi pun i tak nak orang luar tahu tempat tinggal i" Jawab Xiu Ying selamba.

"I bukannya nak mencuri pun bila tahun rumah you dekat mana" Emir masih tidak mahu mengalah.

"Tak apa la Emir, terima kasih je" Tak sedikit pun Xiu Ying pandang wajah Emir sekarang.

Emir diam untuk beberapa saat sebelum kembali bersuara, "susah nak dapat grab dekat sini, nak pula sekarang waktu orang pulang kerja" Emir cuba memujuk.

Tapi belum sempat Xiu Ying membalas, datang seorang wanita, tegur Emir dengan agak mesra.

"Kau buat apa dekat sini?" Nada Emir terus berubah sebaik nampak Erica.

"I dapat tau yang you dah pindah kerja dekat Malaysia. Jadi i nak la tengok tempat kerja you. Tiba - tiba pula nampak you dekat luar ni, itu yang i terus sapa you" Jawab Erica tanpa tunjuk rasa malu.

Emir melepaskan keluhan dan abaikan sahaja Erica. Siapa sahaja lah yang beritahu Erica tentang penukaran tempat kerjanya.

Erica sedikit tidak puas hati bila Emir abaikannya jadi Erica cuba untuk rangkul lengan Emir kerana itu sahaja yang boleh tarik perhatian lelaki tersebut.

"Astaghfirullah Al-Adzim Erica" Nada Emir sedikit tegas seraya jauhkan diri dari gadis itu.

"Tolong hormat aku dan tunang aku" Wajah Emir sedikit berkerut seraya beralih tempat di sebelah kanan Xiu Ying.

Xiu Ying hanya berdiri tegak sahaja, abaikan segala masalah pasangan itu.

"Tunang?" Terus berubah wajah Emir dibuatnya.

"Ya tunang. Tak nampak perempuan cantik dekat sebelah aku ni?" Emir lihat sekejap Xiu Ying di sebelah.

Xiu Ying sudah angkat kepalanya untuk lihat Emir. Tak sedikit pun Emir balas tatapan Xiu Ying. Apa lelaki itu maksudkan dirinya ke? Mana ada perempuan lain dekat sebelah Emir sekarang.

"Sejak bila you bertunang? I tak tau pun?"

"Kenapa i nak kena beritahu you yang i dah bertunang? Lagi pun Islam ajar umat dia untuk sorokkan pertunangan, hebahkan perkahwinan" Begitu tenang Emir lontarkan jawapannya sekarang.

Erica seolah tidak percaya Emir cakap begitu sekarang. Gadis itu pandang wajah Xiu Ying dan Emir berulang kali.

"You serius ke? Atau main - main?" Erica masih susah untuk percaya.

"Sayang, beritahu dia sayang. Susah cakap dengan orang tak faham bahasa ni" Nada Emir bertukar menyampah. Lelaki itu sudah lihat ke tempat lain, cuba untuk kawal amarah dan rimas.

"Cik, dah kalau orang tak nak tu, tolong la jangan terhegeh. Angkat darjat cik sebagai wanita tinggi - tinggi. Kalau suka dekat lelaki sekali pun, biarlah suka secara senyap sahaja. Tak perlu rangkul - rangkul lengan tunang orang!" Xiu Ying terus bertingkah tegas dengan Erica.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now