《 48 》

8.6K 758 294
                                    

"Iqram Zaris!" Puan Mariana panggil suaminya menggunakan nada yang tinggi. Kesabaran Puan Mariana memang betul - betul sudah sampai ke kemuncak.

"Dah reti panggil nama je ye sekarang? Mana hormat awak sebagai seorang isteri?" Encik Iqram menahan rasa geramnya.

"Hormat? Apa yang awak maksudkan dengan hormat Iqram? Awak buat rumah ni seolah hotel. Awak keluar pagi, balik tengah malam, kadang - kadang tak balik langsung. Awak nak saya hormat awak tapi awak tak hormat saya?" Lawan Puan Mariana.

"Saya dah ulang banyak kali, saya panas duduk dalam rumah ni, saya panas! Apa yang susah sangat awak nak faham?"

"Awak panas dekat dalam rumah sendiri? Ini bukan rumah orang lain, ini rumah awak!" Nada Puan Mariana makin lama makin tinggi.

"Dah la Mariana..saya penat la bergaduh dengan awak" Encik Iqram terus melangkah tinggalkan isterinya.

"Awak jangan berani keluar daripada rumah ni Iqram!" Jerit Puan Mariana sekuat hati.

"Kalau saya buat juga, awak nak buat apa?!"

"Awak jangan harap awak akan jumpa saya lagi selepas awak melangkah keluar dari rumah ni" Ugut Puan Mariana tapi tidak sedikit pun Encik Iqram terkesan dengan ugutan itu.

"Iqram Zaris!" Puan Mariana memanggil suaminya sekali lagi apabila Encik Iqram teruskan melangkah.

"Awak jangan sampai saya ceraikan awak Mariana!" Jerit Encik Iqram apabila lelaki itu rasa dia tidak boleh tahan lagi amarahnya.

"Tak perlu sibuk dengan urusan saya!" Sambung Encik Iqram lagi.

Disaat Encik Iqram berhenti bercakap, mereka berdua dengar suara Fleur Sophia seolah memanggil mereka berdua dengan sangat sayu.

"Mummy..daddy.." Perkataan itu berulang di dengari oleh Encik Iqram dan Puan Mariana.

Suara Fleur, memang mereka yakin itu adalah suara Fleur. Encik Iqram sudah lihat di sekeliling tempatnya, lelaki itu mencari dari mana datangnya suara Fleur.

Lelaki itu tak tau pun yang Fleur berada dalam rumahnya? Waktu sekarang baru menunjukkan pukul 9:30 pagi, semua anak menantunya sudah bergerak ke tempat kerja dan yang tinggal cuma Puan Mariana dan Encik Iqram sahaja di rumah agam tersebut.

"Fleur?" Panggil Puan Mariana apabila dia turut dengar suara anak perempuannya.

Lama kelamaan suara Fleur kedengaran makin sedih. Dengar suara Fleur begitu sahaja sudah mampu untuk hancurkan hati seorang ayah. Encik Iqram berlari terus naik ke tingkat tiga, tingkat di mana terletaknya bilik Fleur Sophia.

Encik Iqram terus buka bilik anak perempuannya. Tiada apa - apa dalam bilik itu, semuanya kelihatan seperti selalu. Perlahan - lahan suara Fleur menghilang dari pendengaran Encik Iqram dan Puan Mariana.

Puan Mariana tidak buang masa, wanita itu terus cari telefon pintarnya untuk hubungi Fleur. Dua kali Puan Mariana hubungi anak perempuannya itu tapi panggilannya tetap tidak berjawab.

Kali ini Puan Mariana nekad untuk telefon anaknya buat kali terakhir, kalau Fleur tidak angkat juga, Puan Mariana akan pergi ke rumah Harraz terus.

Encik Iqram masih melilau di seluruh rumah, dia pasti dia dengar suara Fleur tapi kenapa dia tidak nampak walau bayang - bayang gadis itu sekali pun?

Tangan sebelah kanan Puan Mariana sudah berada di pinggang, berharap yang Fleur jawab panggilannya kali ini.

"Fleur?" Lega sedikit Puan Mariana jadinya bila Fleur angkat panggilan telefonnya.

"Ya mummy?" Fleur pegang tekaknya yang terasa perit.

"Fleur okay ke ni? Suara Fleur macam lain je"

"Fleur okay..Fleur baru bangun tidur" Beritahu Fleur seraya lihat ruang tamu rumahnya. Fleur sendiri tidak ingat apa yang berlaku semalam selepas dengar bunyi yang terlalu nyaring. Tau - tau sahaja dia terbangun dari lena apabila dapat panggilan telefon berulang kali.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now