《 47 》

8.8K 768 411
                                    

Qamar Khawla masuk ke dalam rumah kondominium Aisy yang sudah jadi rumah mereka berdua. Sebaik pintu di tutup, Qamar terus panggil si suami, "Hun?" Panggil Qamar baik. 

Wanita itu terus menapak ke bilik mereka, "Hun?" Panggil Qamar lagi. Hairan wanita itu dibuatnya lepas lihat Aisy tiada di bilik. Di ruang tamu rumah pun tak ada. Tapi lampu rumah mereka terbuka seolah ada orang dalam rumah tersebut.

Qamar duduk di atas tilam seraya dail nombor Aisy. Telefon pintarnya di letak rapat ke telinga, sebaik deringan ketiga, panggilan telefon itu terus bersambung.

"Yes dear?" Suara Aisy terus kedengaran.

"Hun belum balik ke?" Tanya Qamar.

"Ye sayang, Hun masih ada kerja. Hun dah beritahu sayang kan?" 

"Tak ada masuk apa - apa pesanan pun" Qamar lihat skrin telefonnya.

"Oh..Hun lupa buka data. Maaf sayang. Hun balik lewat harini, ada kes baru. Sayang jangan tunggu hun, sayang tidurlah dulu" Kata Aisy.

"Okay. Nanti balik hati - hati" Pesan Qamar.

"Baik sayang, mimpikan hun tau" 

Qamar hanya tersenyum manis sebelum akhiri panggilan telefon mereka. Aisy juga begitu, lebar senyuman Aisy lepas dapat dengar suara Qamar, habis hilang segala penatnya. 

"Badrul jom" Aisy simpan telefonnya dan pusing ke belakang mahu cari rakan kerjanya tetapi tiada sesiapa pun di situ.

"Bad?" Panggil Aisy pelik. Rasanya Badrul beritahu yang dia akan tunggu Aisy untuk lihat mayat sekali. Tiba - tiba sahaja lelaki itu hilang.

"Dah pergi kot" Aisy berjalan menuju ke bilik mayat seoarang diri. Aisy letakkan telefon pintarnya di luar sebelum pakai sarung tangan dan pelitup muka yang dibawa.

Masuk sahaja dalam bilik mayat itu, perkara pertama yang Aisy cari adalah Badrul. Tapi dalam bilik mayat itu hanya ada Aisy seorang sahaja.

'Ke mana sahaja la Badrul ni' Aisy bercakap dalam hati dan bergerak ke tempat penyimpanan mayat nombor 308.

Aisy buat kerjanya seperti biasa. Setiap sudut tubuh mayat itu Aisy perhatikan dengan teliti dan berhati - hati. Tak ada satu pun kesan lebam yang tidak disentuh oleh Aisy. 

"Ini bukan lebam dari kesan pukulan ni" Ujar Aisy. Lain benar warna dan kesan lebam di mayat tersebut.

Aisy kemudian lihat kesan di leher mayat itu pula, 'Polis jumpa mayat ni dalam keadaan dia menggantung diri tapi ini bukan kesan daripada tali gantung yang digunakan' Aisy hanya buat andaian dalam hati sahaja sekarang.

'Tali yang mayat gunakan untuk gantung diri adalah berjenis karmantel..tapi ini kesan wayar' Aisy pegang leher mayat tersebut dengan sangat lembut.

Tiba - tiba tangan Aisy digenggam oleh satu tangan yang pucat warnanya, seolah tangan mayat itu sendiri. Laju sahaja Aisy tarik tangannya dek terkejut. 

Aisy lihat tubuh mayat dihadapannya, masih sama seperti mula - mula Aisy bawa keluar tadi. Tangan siapa pula yang pegang tangan Aisy tadi? Aisy lihat tangannya, masih tersarung dengan sarung tangan getah.

Ketakutan Aisy terus hilang apabila lelaki itu dengar namanya seolah dipanggil oleh beberapa orang. Laju sahaja Aisy tutup mayat itu semula dan masukkan ke tempatnya. Aisy keluar dengan agak kelam kabut bila namanya makin kuat dipanggil.

"Wey kenapa?" Tanya Aisy apabila nampak Iffah, Badrul dan Farhan seperti hilang sesuatu.

"Wey Aisy! Kau pergi mana?" Tanya Badrul seraya pegang bahu rakannya itu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now