《 20 》

10.9K 807 350
                                    

Fleur Sophia menggelengkan kepala bila lihat troli yang ditolak Harraz, "abang ni bukan sikit dah ni.." Kata Fleur dengan riak wajah yang risau.

"Kenapa? Apa yang tak kena?"

"Abang la, sayang dah suruh kurangkan tadi tapi abang ambil juga macam - macam. Macam hidup kita ni 24 jam makan je kerjanya. Padahal kita duduk berdua je. Beli makanan segunung macam duduk sepuluh orang ha"

Harraz sudah tertawa dengar bebelan isterinya.

"Kenapa ketawa" Fleur sudah cubit pinggang suaminya.

"Suka la suka?" Fleur cubit lagi pinggang Harraz membuatkan Harraz tidak henti gelak.

"Dah lah" Fleur tinggalkan Harraz seorang diri seraya tolak troli mereka yang penuh dengan pelbagai barang.

Harraz terus berhenti gelak dan kejar isterinya yang sudah ke depan.

"Berani betul sayang jalan sorang - sorang ye? Kalau kena culik, habislah sayang" Harraz terus pegang pemegang troli itu.

"Ingat sayang ni apa? Budak 5 tahun ke nak kena culik?"

"Eh sayang jangan macam - macam tau. Kalau abang nampak sayang dekat tepi jalan, jalan sorang - sorang, abang memang tarik masuk kereta je" Gurau Harraz.

"Malas cakap dengan abang ni"

"Ala sayang ni, bergurau sikit pun tak boleh"

"Oh dah mula mengeluh la ha Harraz? Tak sampai sebulan lagi kahwin dah mengeluh??" Fleur toleh untuk lihat suaminya.

"Ha tengok, buat kesimpulan sendiri. Tak syok la macam ni..jom kita balik rumah nak?" Harraz tersenyum manis buat isterinya.

"Merajuk dengan abang" Fleur terus berjalan dengan pantas, tinggalkan Harraz seorang diri.

Harraz hanya mampu gelengkan kepala. Bibirnya tak henti ukirkan senyuman manis.

"Merajuk lagi ke sayang?" Tanya Harraz sebaik dia masuk ke dalam perut kereta.

Fleur hanya diam sahaja lihat ke hadapan. Harraz tatap wajah isterinya lama tapi Fleur masih tidak bergerak walau seinci. Tiba - tiba sahaja isterinya itu ber-emosi.

Harraz akhirnya dekatkan sedikit tubuhnya pada Fleur dan pakaikan tali pinggang keledar buat isterinya itu.

Fleur sedikit ke belakang bila tubuh Harraz berada di hadapannya. Sebaik selesai, Harraz pandang wajah Fleur. Wajah mereka hanya dipisahkan beberapa inci sahaja sekarang.

Perlahan - lahan Harraz kucup dahi isterinya dan kembali duduk di tempat pemandu.

"Abang minta maaf ye?" Ujar Harraz perlahan membuatkan Fleur toleh ke sebelah.

Harraz pandang Fleur dengan pandangan yang redup. Senyuman di bibir Harraz buatkan Fleur rasa sebak tiba - tiba. Laju sahaja air mata Fleur mengalir keluar membuatkan Harraz panik.

"Sayang?" Harraz terus pegang wajah isterinya.

"Hey..kenapa? Kenapa nangis??" Tak keruan Harraz dibuatnya.

"Tak tau.." Jawab Fleur dengan tersedu - sedu.

"Ya Allah..menangis teresak esak sangat ni" Harraz kesat segala air mata yang jatuh.

Harraz cuba untuk tarik isterinya dalam dakapan. Walaupun susah, tapi lelaki itu cuba juga agar isterinya dapat tenang seperti biasa.

"Ingat tak apa yang abang cakap dulu? Jangan nangis sebab kalau sayang nangis, ianya akan buat abang sedih sama.." Pujuk Harraz perlahan.

Fleur cuba untuk kawal emosinya sekarang. Bila Harraz rasa Fleur sudah okay sedikit, lelaki itu mula terfikirkan sesuatu.

"Sayang dah nak period ke?" Tanya Harraz.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now