《 41 》

9.8K 807 205
                                    

"Aku terima nikahnya Hawa NurIman binti Abbas Arsyad dengan mas kahwinnya sebanyak RM555 tunai" Ucap Dayyan dengan jelas dan terang.

Selepas dua saksi pernikahan itu mengatakan sah, maka kini Hawa sudah sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Dayyan Aqil.

Tak henti Dayyan ucapkan syukur di dalam hatinya apabila sedar yang Hawa sudah jadi miliknya. Hawa di atas pelamin pula sudah menahan sebak di dada bila kenangkan lelaki yang dia cintai selama ini menjadi seorang lelaki yang akan hidup dengannya selama - lamanya.

Setiap tetamu di situ sudah menadah tangan mahu aminkan doa yang di baca. Selepas doa itu selesai, Dayyan sudah mula untuk baca lafaz ta'liq seperti mana yang dilakukan oleh Harraz sebelum ini.

Fleur hanya lihat sahaja abang sulungnya itu dari tempat duduknya. Tiba - tiba kerusi kosong di sebelah Fleur diduduki oleh seseorang membuatkan Fleur menoleh ke sebelah.

Betapa terperanjatnya Fleur bila lihat wajah suaminya berada di sebelah. Sudah siap berbaju melayu dengan kemas. Fleur lihat Harraz dari atas ke bawah, seolah tidak percaya yang suaminya itu ada di sini.

"Orang lain yang baca ta'liq, orang lain yang menangis" Bisik Harraz apabila lihat mata isterinya sudah berkaca.

Perlahan - lahan Harraz dakap bahu isterinya itu, "Kenapa isteri abang terlalu emosi beberapa hari ni?" Tanya Harraz dengan baik.

Harraz tidak nafikan, sekarang ni, bukan main senang lagi air mata Fleur mengalir keluar. Terkadang Harraz sendiri tak tau apa punca sebenarnya yang membuatkan Fleur menangis.

Puan Mariana yang duduk di sebelah Fleur turut hairan bila lihat anak perempuannya itu menangis.

"Abang kata abang tak jadi balik harini" Kata Fleur dengan perlahan.

Harraz kesat air mata isterinya, "Mana mungkin abang nak tinggalkan isteri abang lama - lama. Abang sentiasa kalah dengan perasaan rindu" Jawab Harraz lembut.

Dayyan Aqil sudah bangun bersama Ziyyad, menuju ke ruangan solat untuk tunaikan solat sunat nikah. Tetamu yang lain sudah terasa gembira sekali apabila saksikan sebuah masjid di bina pada pagi Sabtu yang indah ini.

"Harraz? Bila sampai?" Tanya Encik Iqram bila lihat wajah menantunya itu.

"Baru je daddy. Sampai tadi terus mandi dan bersiap" Harraz masih dakap bahu isterinya.

"Suka la tu dapat jumpa suami dia" Usik Amsyar.

"Setiap hari dia mengadu dia rindu dekat Harraz" Kata Puan Mariana pula.

Harraz hanya tersenyum manis dengar ayat Puan Mariana itu.

"Abang tak rehat ke?" Soal Fleur baik.

"Rehat? Tengok wajah isteri abang je dah cukup tenangkan hati dan hari abang" Bisik Harraz perlahan membuatkan Fleur tersenyum bahagia.

"Lepasni abang pergi kursus sayang nak ikut la" Kata Fleur.

Harraz tidak membalas malah lelaki itu hanya usap kepala isterinya perlahan.

"Makin cepatlah Emir nak kahwin nanti" Sampuk Emir tiba - tiba membuatkan Encik Iqram dan Puan Mariana sedikit terkejut.

"Emir? Kamu buat apa dekat sini? Dulang cincin dah tengok? Kamu yang akan hulurkan cincin pada Dayyan kan?" Dengar sahaja Encik Iqram kata begitu, Emir terus bergerak untuk lihat dulang cincin belah lelaki. Macam mana la dia boleh lupa. Mujur abangnya itu belum selesai solat.

Kurang dari tujuh minit, Dayyan masuk semula ke dalam ruangan dewan dan terus menuju ke pelamin mereka.

Dayyan labuhkan punggungnya di sebelah Hawa, "Assalamualaikum Hawa NurIman, isteri kepada Dayyan Aqil" Sapa Dayyan dengan baik membuatkan senyuman Hawa makin lebar.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now