《 11 》

13.5K 983 485
                                    

‼️ IMPORTANT ‼️

Author telah pun TUKAR nama FIRST LEAD CHARACTER iaitu Harraz Naufal. Author dapat tau yang nama Harraz Naufal ni merupakan nama dalam salah sebuah novel Anjell, Tundukkan Playboy Itu dan novel itu juga telah diadaptasi sebagai drama.

Jadi untuk elakkan sebarang tuduhan plagiat atau kekeliruan, Author buat keputusan untuk tukar nama Harraz Naufal ke Harraz Falikh. Author telah pun buat perubahan nama di season 1 dan juga beberapa chapter di season 2.

TETAPI jika readers nampak nama Harraz Naufal tidak di tukar, sila tinggalkan tanda / komen supaya Author boleh tukar nama tersebut. Setahu author, tiada lagi penulis lain guna nama Harraz Falikh tapi kalau ada, let me know.

Author harap korang faham dan jangan pelik kalau nampak nama Harraz Falikh kerana Harraz Falikh tetap suami kepada Fleur Sophia dan abang kepada Vincy Ilham. Thank You.

___________________________________________

Harraz Falikh mengerutkan wajahnya, entah kenapa kepalanya tiba - tiba sahaja terasa berat malam ini. Lelaki itu juga sudah mula selesema, jangan dia demam pula sudah. Esok dia ada majlis ni.

Harraz buka matanya perlahan - lahan lepas rasa dia tidak boleh lelapkan diri. Fleur yang baring di sebelahnya di tatap rapi oleh Harraz sebelum lelaki itu tarik lengannya perlahan - lahan. Memandangkan Fleur tidur berbantalkan lengan Harraz, jadi Harraz sedikit gementar untuk tarik tangannya, takut Fleur terjaga.

Lepas Harraz berjaya tarik tangannya, lelaki itu dekatkan wajahnya pada Fleur, "maaf sayang" bisiknya perlahan sebelum beri kucupan lembut pada dahi si isteri. Harap - harap Fleur tidak terjaga la.

Harraz terus turun dari katil dan keluar dari biliknya. Mahu cari air suam untuk basahkan tekak.

Hampir gugur jantung Harraz bila lihat kelibat seorang lelaki duduk di meja makan dalam keadaan gelap. Harraz menelan liur, perlahan - lahan Harraz melangkah ke meja makan. Makin dekat, Harraz seperti makin kenal lelaki yang duduk di kerusi meja makan itu.

"Dayyan?" Tegur Harraz membuatkan Dayyan terus pusingkan kepalanya kebelakang.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Dayyan terkejut.

"Aku yang sepatutnya tanya kau, kau buat apa dalam gelap ni? Buka la lampu kot ye pun" nada Harraz sedikit tinggi. Buat seriau je Dayyan ni.

"Aku taknak la orang tau aku ada kat luar" ujar Dayyan perlahan.

Harraz hanya mampu gelengkan kepala, "aku nak ambil air sekejap" katanya dan terus menapak ke dapur.

Dayyan buka satu lampu agar ruangan di tempat makan itu sedikit terang. Tak lama lepastu, Harraz kembali dengan segelas air suam.

"Tak boleh tidur ke?" Soal Dayyan terus tanpa tunggu adik iparnya duduk di kerusi.

"Hm, tiba - tiba je pening kepala. Langsung tak boleh tidur"

"Makan la ubat, mummy ada bawa panadol rasanya. Dalam peti sejuk" dahi Dayyan sedikit berkerut, risau la pula.

"Aku dah makan dah tadi sebelum lelapkan mata, tapi tak reda reda pula sakit kepalanya"

"Tambah pula kau tak tidur malam ni, mesti esok kepalanya makin berdenyut. Esok petang kita ada majlis tau. Risau pula aku" Dayyan lihat sahaja Harraz teguk air suamnya.

"Esok kalau dah ramai orang, tak terasa sakit tu. Seronok je yang terasa" Harraz tersenyum kecil.

"Harap macam tu la.." Dayyan bermain dengan gelasnya yang berisi latte panas.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now