《 9 》

16.8K 1K 331
                                        


Harraz Falikh ketuk pintu bilik mereka, "Sayang, abang masuk ye?" Harraz meminta izin terlebih dahulu.

"Masuklah" jawab Fleur dari dalam bilik.

Fleur sudah selesai bersiap dan tukar pakaiannya untuk keluar pergi ke hospital. Harraz tersenyum kecil lihat isterinya yang sudah memakai anak tudung.

Lelaki itu lihat tudung bawal Fleur yang sudah terletak elok di atas katil, "sayang nak abang tolong pakaikan tudung tak?" Tanya Harraz baik. Lelaki itu tau, Fleur bukannya mahir sangat bab - bab pin tudung ni. Risau je isterinya itu nanti tercucuk jarum.

"Harraz reti gayakan tudung ke?" Fleur sudah menoleh untuk lihat suaminya.

"Boleh lah sikit - sikit. Harraz selalu tengok mama pakai tudung. Kadang - kadang Harraz yang tolong pin kan tudung mama supaya tak bergerak - gerak" lelaki itu masih berdiri di tempatnya.

"Boleh juga kalau macam tu" Fleur sudah bersedia, pin dan jarum tudungnya juga sudah dikeluarkan dan letak di atas permukaan meja solek.

"Okay" Harraz ambil tudung bawal Fleur yang sudah dilipat dengan kemas. Dengan berhati - hati, lelaki itu bawa tudung tersebut dan letakkan di atas kepala si isteri.

"Sekejap" Harraz ambil satu kerusi dan letakkan bersebelahan dengan kerusi Fleur.

"Harraz gayakan tudung Fleur simple je la ye..tak mampu nak gayakan lebih - lebih" kata Harraz perlahan dengan wajah yang serius. Tangannya sudah ralit membetulkan awning tudung agar kelihatan sempurna.

"Fleur tak kesah pun, asalkan pakai" gadis itu sudah dongakkan kepala lepas Harraz ambil pin tudung.

Diam sahaja Harraz sekarang, matanya di buka seluas - luasnya agar dia pin kan tudung Fleur itu dengan betul. Kalau tak hati - hati kang, tak pasal - pasal pin tu tercucuk pada dagu Fleur.

Harraz bernafas lega lepas dia berjaya pin kan tudung Fleur, "dia punya takut tu macam buat sesuatu yang bahaya" kata Fleur.

"Bahaya la ni sayang, pin ni dah la tajam" Harraz sudah selempangkan sebelah tudung itu pada bahu Fleur.

Harraz kemudian ambil satu lagi pin dan pin kan bahagian yang dia selempangkan itu agar tidak jatuh. Sebelah lagi bahagian tudung itu dia pin kan di bahu yang bertentangan untuk tutup dada Fleur.

"Okay dah" wajah Harraz kelihatan bangga lepas gayakan tudung isterinya dengan kemas.

Fleur lihat wajahnya di cermin, "cantik, pandai la Harraz. Lepasni Harraz je la yang pakaikan Fleur tudung" puji Fleur sedikit bangga.

"Anything for my wife"

"Cuba Harraz lipatkan sikit bahagian muka ni" pinta Fleur baik.

Harraz akur dan lipat seperti yang Fleur mahukan. Wajahnya sudah didekatkan agar dapat lihat dengan lebih jelas. Tiba - tiba Harraz dapat satu idea yang bernas. Dia cium perlahan pipi kanan Fleur membuatkan Fleur sedikit terperanjat.

"Harraz" Fleur sudah tampar lembut peha sang suami, "Fleur baru je pakai sunscreen tadi"

"Oh jadi sunscreen tu lagi penting la dari abang?" Harraz kembali lihat wajah Fleur.

"Bukanlah macam tu" Fleur sudah angkat tangannya dan lap bibir Harraz menggunakan ibu jari.

"Risau chemical dia melekat dekat bibir suami saya ni ha" usik Fleur seraya bangun dari kerusi solek.

Harraz sudah terpaku di tempat duduknya, tak percaya yang Fleur baru sahaja sentuh bibirnya. Boleh tahan berani juga isterinya ini. Dia buat perkara simple tapi Fleur balas dengan perbuatan yang agak luar biasa pada Harraz.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now