《 25 》

10.2K 773 136
                                    

Muhammad Amsyar sandarkan badannya di kepala kerusi. Lelaki itu baru sahaja selesai tunaikan solat maghrib. Siang tadi, perutnya tidak henti berbunyi minta di isi tapi sebaik sahaja Amsyar makan sebiji kurma, lelaki itu terus tak ada mood mahu jamah sebarang makanan yang di pesan menggunakan perkhidmatan penghantaran.

Amsyar lihat sekeliling ruang pejabat yang sudah seperti tempat lepak buat Amsyar. Sudah masuk dua hari Amsyar berbuka sendirian di sini dek kerana banyak kerja. Tak pernah Amsyar rasa sesunyi ini dalam hidupnya.

Sebelum ni kalau Amsyar perlu berbuka seorang diri, Dayyan pasti akan datang pada Amsyar, tak kira walau di mana Amsyar berada sekali pun untuk teman adiknya itu berbuka. Jadi Amsyar tidak pernah berbuka seorang diri.

Tapi sekarang, abangnya itu sedang dalam fasa sibuk uruskan segala perkara. Macam - macam perkara yang perlu Dayyan siapkan memandangkan dia akan berkahwin sebaik bulan puasa tamat.

Amsyar tutup matanya rapat - rapat, cuba untuk rehatkan diri sebentar sebelum mula lakukan kerjanya. Tiba - tiba fikiran Amsyar teringatkan Ayra. Apa la yang gadis itu lakukan bila berseorangan?

Sepuluh tahun hidup sendiri, pasti perkara tu bukan satu benda yang mudah buat Ayra. Amsyar baru berbuka seorang diri selama dua hari, itu pun Amsyar rasa seperti hilang separuh dari dunianya. Mungkin kerana Amsyar sendiri dah biasa hidup dalam keriuhan keluarga.

Lelaki itu bangun dan ambil telefon pintarnya. Amsyar dail nombor Ayra Hazirah sebelum letakkan telefonnya rapat ke telinga.

Tapi panggilan telefon Amsyar tidak di angkat.

"Solat kot" Kata Amsyar sendirian sebelum letakkan telefonnya jauh dari meja yang menempatkan alat peranti Amsyar.

Lelaki itu kembali duduk di hadapan komputer. Dia buat beberapa renggangan sebelum sambung buat tugasannya yang masih banyak bertimbun. Tiba - tiba sahaja lelaki itu terima banyak kerja waktu bulan Ramadhan ni. Kacau mood sungguh.

♧  ♧  ♧

"Abang, esok nak masak apa ye untuk sahur? Untuk berbuka abang nak makan apa pula?" Tanya Fleur yang sedang lap meja makan mereka.

"Sayang, kita baru je berbuka harini, sayang dah fikir esok nak buka apa" Harraz tidak toleh untuk lihat Fleur, malah lelaki itu teruskan tugasan mencuci pinggan di sinki.

"Kena la fikir awal - awal, kalau tak nanti kang Fleur termenung je dekat pejabat sebab fikir apa nak masak buka nanti. Sayang dah tak ada idea dah ni" Fleur menapak ke singki untuk basuh tangannya.

"Baru seminggu puasa, dah tak ada idea nak fikir juadah?" Harraz ketepi sedikit, beri ruangan pada isterinya untuk cuci tangan.

Fleur tutup paip air tersebut dan terus pusing ke belakang untuk lihat suaminya, "kalau abang tau sangat, abang beritahulah sayang. Tak payah sayang fikir" Lawan gadis itu.

"Petah nya isteri abang ni bercakap. Sayang dah la ada depan abang sekarang ni, kita dipisahkan beberapa cm je ni sayang" Pandangan Harraz sudah penuh makna.

"Jadi? Sayang tanya pasal juadah berbuka dan sahur je pun" Fleur masih enggan beredar dari berada di hadapan Harraz.

"Tangan abang penuh sabun ni, lebih baik sayang ketepi sebelum baju sayang bersabun abang buat nanti"

Fleur sudah buat muka dan beralih ke tepi agar Harraz boleh sambung mencuci pinggan.

"Abang abang" Sengaja Fleur mahu kacau suaminya itu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now