《 54 》

10K 910 220
                                    

Harraz Falikh letakkan satu sampul surat bewarna putih di atas meja kerja orang atasannya.

Berkerut wajah Encik Fadil apabila lihat sampul surat tersebut. Encik Fadil tidak ambil sampul surat itu malah lelaki tersebut berdiri mahu bercakap dengan Harraz, "Apa isi dalam sampul surat ni?" Encik Fadil bertanya.

Harraz hanya tundukkan kepala sahaja sedari tadi, "Surat permohonan berhenti kerja Tuan" Kata Harraz dengan baik.

Terkejut Encik Fadil jadinya, "Berhenti kerja? Tapi kontrak kita masih ada tiga tahun lagi" Katanya.

"Saya tau..saya minta maaf, saya tak dapat nak teruskan kontrak tersebut" Ujar Harraz, wajahnya masih ditundukkan.

"Kenapa tiba - tiba je kamu hantar surat resign ni? Kalau saya tak nak terima macam mana?"

Harraz ketap bibirnya sekejap sebelum angkat wajahnya, "Tuan sendiri tau keadaan isteri saya sekarang. Tak lama Tuan..tolak harini tinggal tiga hari je masa yang tinggal dan keadaan isteri saya masih sama. Saya kalau boleh tak nak lepaskan pandangan saya dari terus lihat dia. Bila - bila masa je dia boleh tinggalkan saya daripada sekarang"

Sakit dada Harraz apabila dia cuba menahan sebak, "Saya cuma nak berada di sisi isteri saya je Tuan tapi dalam masa yang sama saya tak nak terus susahkan Tuan. Saya tak nak ambil cuti sepanjang masa jadi saya hantar surat berhenti terus. Saya sanggup hilang kerja saya daripada saya menyesal di kemudian hari" Sambung Harraz lagi tanpa tunjuk riak wajah main - mainnya.

Encik Fadil terdiam bila dengar Harraz kata begitu. Benar, Harraz tampak penat dan serabut beberapa minggu ini. Lelaki itu tidak duduk tenang di tempat kerja dan selalu berulang alik dari tempat kerja ke hospital. Bila masa Harraz rehat, Encik Fadil sendiri tidak tahu.

"Macam ni la Harraz, kontrak awak dengan syarikat ni masih berbaki tiga tahun lagi. Awak ambil la berapa masa yang awak perlukan, saya tak akan batalkan kontrak tersebut mahupun buang awak daripada kerja. Awak seorang pekerja yang bagus, dapat laksanakan kerja dengan sempurna, sayang rasanya nak buang pekerja macam awak ni"

"Tempat awak di syarikat ini masih ada, cuma awak ambil la masa seberapa lama yang awak nak tapi sepanjang awak cuti, awak tak akan dapat gaji. Saya bagi cuti tanpa gaji buat sementara waktu. Bila - bila awak nak mulakan kerja semula, awak tinggal datang sahaja ke sini seperti biasa" Encik Fadil akhirnya buat keputusan sendiri.

Harraz sedikit terpana apabila dengar Encik Fadil kata begitu.

"Saya pun ada isteri dan usia perkahwinan saya nak masuk 20 tahun. Walaupun dah nikah lama, tapi kalau isteri saya sakit macam tu saya sendiri akan berasa sedih, inikan pula awak yang merupakan pengantin baru dan baru nak merasa cahaya mata pertama. Tak apa lah saya faham, ambil la masa awak" Kata Encik Fadil lagi apabila Harraz terus diamkan diri.

"Terima kasih Tuan.." Ucap Harraz.

Encik Fadil hanya mengangguk, "Awak boleh pergi ke hospital, isteri sedang menunggu tu" Sebaik Encik Fadil kata begitu, Harraz terus ukirkan senyuman kecil.

Hidup Harraz sungguh beruntung, bertemu dengan orang atasan sebaik Encik Fadil. Sungguh, perkara itu merupakan rezeki yang jarang didapati oleh semua orang.

Harraz berjalan keluar perlahan - lahan, mahu menuju ke tempat parkir keretanya. Lemah sahaja tubuh Harraz sekarang, seolah tak terdaya. Suami mana sahaja yang akan berasa seronok apabila nyawa isterinya di ambang kritikal.

Keadaan Fleur langsung tidak berubah sejak empat hari lalu dan makin lama perkara itu buat Harraz makin hilang arah tujuan. Dia rasa dia mahu berada di sisi Fleur pada setiap masa tapi dia tak mampu. Pasti rasa bersalah akan menerpa hati Harraz jika dia terus tatap wajah Fleur.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now