《 52 》

10.8K 889 224
                                    

Ayra Hazirah letak mata sebelah kanannya di scope kali lapan yang terpasang di sniper milik gadis itu. Ayra sekarang berada di satu bangunan terbiar, gadis itu sibuk perhatikan gelagat musuhnya dari bangunan tersebut menggunakan teropong serta scope di sniper yang berada dengan Ayra.

"Aku ulang sekali lagi Deas, jangan kau tembak bekas besar yang bewarna hitam tu kalau kau tak nak satu daerah ni di cemari dengan nuklear" Agent Bermy ulang ayat tersebut buat kali ketiga.

"Kesah apa aku, kita dah pakai suit lengkap yang akan lindungi kita daripada nuklear bodoh tu" Jawab Ayra. Sengaja Ayra jawab begitu, gadis itu rimas sebenarnya bila Bermy asik ulang perkara yang sama saja.

"Lo hilang akal Deas?" Hayr bercakap menggunakan walkie talkie mereka.

"Korang semua dekat bawah, aku sorang je dekat atas jadi urusan menembak semua aku yang tentukan sendiri" Kata Ayra lagi tanpa tunjukkan rasa takutnya.

"Tapi pin kau ada dekat aku, sekali aku buka pin kau ni tak pasal - pasal agensi dapat trace kau dekat mana" Ugut Bermy.

"Belum sempat kau hidupkan pin aku tu, kau dah gelabah tengok letupan nuklear" Ayra tertawa kecil.

"Gila budak ni" Suara Agent Phim turut kedengaran di walkie talkie tersebut.

"Kau jangan main - main Ayra, memang la jumlah nuklear yang diaorang bawa tu sikit tapi yang sikit tu nanti la yang akan bunuh kau, kau tau tak?" Suara Bermy kedengaran serius.

"Sekali lagi kau ulang ayat yang sama, jangan tembak bekas hitam jangan tembak bekas hitam, aku malas dah nak jawab, aku tembak je terus" Akhirnya Ayra beritahu juga Bermy akan kerimasan yang dia rasakan.

Ketenangan Ayra di bangunan itu terganggu apabila Ayra tiba - tiba terima serangan daripada belakang oleh seseorang. Lelaki tersebut kunci badan Ayra ke lantai membuatkan Ayra tidak boleh bergerak.

"Deas, lelaki yang pakai jaket kulit harimau bintang tu dekat mana? Aku tak nampak dia la" Tanya Phim melalui walkie talkie apabila jejak lelaki yang dikawalnya tidak dapat dikesan.

Ayra cuba untuk lepaskan diri. Wanita itu tumbuk dada lelaki tersebut menggunakan siku sekuat yang boleh. Kaki Ayra yang dikunci turut digerakkan sekuat mungkin agar Ayra dapat lepaskan diri.

Ayra ludahkan air liurnya pada tangan lelaki yang berada di lehernya seraya gigit tangan itu sekuat mungkin. Apabila Ayra rasa yang cekikan di leher Ayra sedikit longgar, Ayra terus bergegas bangun dan tumbuk wajah lelaki tersebut.

Tiada satu pun suara yang keluar dari mulut lelaki itu, Ayra tumbuk lagi wajah lelaki itu secara berterusan menggunakan tangan kanan sementara tangan kiri Ayra berusaha untuk jauhkan tangan lelaki tersebut dari terus capai tubuhnya.

Ayra akhirnya dapat lepaskan diri sepenuhnya selepas tumbuk wajah lelaki itu tanpa henti. Ayra terus berdiri dan tendang bahagian kemaluan lelaki tersebut agar lelaki itu tidak boleh bangun lagi.

Dengan pantas Ayra kemas segala snipernya dan barang - barang penting yang dia ada supaya dia tidak tinggalkan jejak atau perkara yang boleh kantoikan identiti mereka ber-empat.

"Deas" Daripada tadi walkie talkie Ayra tidak henti berbunyi.

"Lari" Balas Ayra sepatah dengan suara yang kelam kabut.

Wanita itu galas beg yang meletakkan snipernya dan bersedia mahu keluar dari bangunan tersebut tapi belum apa - apa, Ayra terus jatuh tersungkur apabila lelaki itu panjangkan kakinya, mahu halang Ayra daripada larikan diri.

Sebaik Ayra jatuh, Ayra terus selak baju yang di pakai dan keluarkan pistol model Ruger MK22 LR dan lepaskan tembakan sebanyak tiga kali pada lelaki tersebut. Dua das tembakan itu kena tepat pada dahi lelaki tersebut manakala lagi satu das tembakan tersasar pada mata lelaki itu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now