《 31 》

8.7K 783 193
                                    

"Mak ai..." Harraz lihat semua barang yang Erwan bawa turun dari bonet keretanya.

"Kau nak tinggalkan anak kau untuk beberapa jam ke atau beberapa hari ni?" Soal Harraz tanpa alihkan pandangannya dari segala barang milik Erfan Aiden.

"Nanti kau dah jaga dia, confirm kau akan rasa semua barang - barang ni adalah keperluan wajib" Jawab Erwan seraya letakkan barang - barang anaknya di ruang tamu rumah Fleur dan Harraz.

"Risau je dia lupa nak ambil anak dia nanti" Sampuk Fleur yang baru masuk ke dalam ruang tamu selepas pakai tudung dan purdahnya.

"Kitaorang tak janji boleh ambil Aiden pukul berapa. Macam yang kitaorang cakap, kalau dah lewat sangat, mungkin kitaorang akan ambil lepas Subuh je" Kata Erwan seraya lihat pasangan di hadapannya.

Harraz mengangguk tanda faham.

"Embunnya mana?" Fleur sudah tercari - cari kelibat isteri Erwan.

"Ada dalam kereta, dia tengah susukan Aiden sekejap" Erwan lihat satu per satu barang anaknya.

"Aku rasa korang boleh guna kot semua barang - barang baby ni. Senang je cara guna dia" Erwan sudah mencekak pinggang.

"Bawa banyak - banyak bersabar la ye sebab anak aku ni kuat minum susu, jadi kalau dia nangis tapi lampin dia masih kosong tak ada apa - apa, maknanya dia lapar la tu" Beritahu Erwan lagi.

Fleur mengangguk seraya lihat isi dalam salah satu beg yang ada.

"Assalamualaikum" Embun melangkah masuk ke dalam rumah dan terus berjalan pergi ke ruang tamu.

Fleur sudah ketap bibirnya tatkala lihat Erfan di dukungan Embun. Ya betul, Erfan sudah sedikit besar berbanding waktu mereka berdua lihatnya di hospital bulan lepas tapi pada Fleur, Erfan tetap kecil.

Embun cium anaknya sepuas - puasnya sebelum beri ruang pada Erwan untuk cium anak mereka.

"Nah" Embun sudah bersedia mahu beri Erfan pada Harraz.

Tanpa sebarang rasa kekok mahupun takut, Harraz dukung Erfan dengan kemas seraya betulkan baju bayi itu yang sudah sedikit serabut.

"Kalau ada apa - apa, kau telefon je Embun, kitaorang pasti jawab punya" Tak henti Erwan beri pesanan pada Harraz dan Fleur.

"Baik" Jawab Harraz dengan senyuman.

Erwan dan Embun lihat anak mereka sekejap sebelum Erwan mula melangkah untuk tinggalkan ruang tamu itu.

Harraz dan Fleur hanya ikut mereka berdua untuk dihantar pulang.

"Maaf tau, kitaorang hantar Erfan lebih awal dari masa yang diberitahu. Tak sangka pula..kitaorang nak kena buat banyak benda sebelum pergi berbuka petang ni" Ucap Embun dengan baik.

Kalau ikutkan mereka berdua akan hantar Erfan pada pukul 5 petang tapi tiba - tiba mereka terpaksa hantar pada pukul 3 petang disebabkan hal - hal tertentu.

"Tak apa lah, awal dua jam je" Jawab Harraz.

"Terima Kasih" Ucap Erwan dan Embun sebelum kedua mereka masuk ke dalam kereta.

Selang beberapa minit, kereta yang membawa Embun dan Erfan hilang dari pandangan mereka.

Fleur lihat Erfan di dukungan Harraz. Perlahan - lahan Harraz melangkah mahu kembali ke ruang tamu rumah mereka.

"Sayang, tolong bentangkan tilam Erfan tu" Pinta Harraz dengan baik.

Fleur akur dan buka beg yang meletakkan tilam kecil buat Erfan. Fleur bentangkan tilam itu si tengah - tengah lantai ruang tamu. Dia susun bantal tersebut dengan teratur sebelum Harraz letakkan Erfan di tilamnya.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now