《 58 》

11.5K 844 215
                                    

Emir Amirullah keluar daripada bilik air yang berada di dalam bilik tidurnya. Mata lelaki itu terus tertangkap pada wajah Sumayyah yang dihiasi dengan senyuman sahaja daripada tadi. Perlahan - lahan Emir menapak ke bean bag tempat di mana Sumayyah sedang duduk sekarang.

"Manisnya senyuman isteri Emir ni..sayang tengok apa tu?" Emir duduk mencangkung di hadapan isterinya.

Sumayyah tidak menjawab dan terus tunjukkan skrin telefonnya kepada Emir membuatkan Emir turut tersenyum lebar. Emir ambil telefon Sumayyah itu dan bangun dari cangkungannya.

"Comelnya sayang, bila sayang ambil ni?" Soal Emir sementara matanya tidak henti lihat wajah Fahnaz dalam telefon Sumayyah. Bayi kecil itu sedang tersenyum dengan mata yang tertutup. Mungkin Fahnaz senyum saat sedang tertidur.

"Waktu Emir dan yang lain pergi masjid solat maghrib tadi. Sumayyah tengok je Fahnaz, tiba - tiba dia tersenyum. Terus sayang ambil telefon untuk tangkap gambar dia" Cerita Sumayyah ringkas.

Emir mengangguk seraya pulangkan semula telefon isterinya.

"Agak - agak kalau Sumayyah tenung mata Fahnaz setiap hari kan, nanti anak kita lahir mata warna hijau juga ke?" Tanya Sumayyah.

"Risau abang sayang kalau anak kita tiba - tiba keluar mata warna hijau" Emir tersenyum kecil seraya berjalan ke arah meja solek.

"Itulah kan. Sayang pun risau juga. Tak apa la, mata coklat pun coklat la" Apabila dengar Sumayyah kata begitu, Emir terus tertawa kecil.

"Sumayyah sayang, pakaikan skincare untuk Emir" Panggil Emir dengan suara yang manja.

Sumayyah lihat wajah Emir lama sebelum menapak ke meja solek, "Ini pun anak Sumayyah juga ni" Usik Sumayyah apabila Emir berkelakuan seperti budak - budak.

"Manja dengan isteri sendiri" Emir letak lengannya di bahu Sumayyah yang berdiri di hadapannya.

"Emir" Panggil Sumayyah perlahan.

"Ye sayang?"

"Kalau sayang nak sambung belajar, boleh tak?" Sumayyah beritahu Emir akan perkara yang bermain di fikirannya selama beberapa minggu ini.

"Mestilah boleh. Tak kan la Emir nak halang isteri Emir menuntut ilmu pula. Tapi sayang sambung belajar dekat universiti yang dekat je ye? Emir tak mahu isteri Emir jauh" Jawab Emir dengan baik.

"Jangan cakap Emir, sayang pun tak mahu jauh daripada Emir"

"Kalau macam tu, sayang sambung la belajar..tak perlu kerja pun tak apa sayang, Emir boleh tanggung sayang. Buatlah apa yang sayang mahu, asalkan sayang tak jauh daripada Emir" Emir lihat ke dalam anak mata Sumayyah.

"Terima Kasih" Ucap Sumayyah perlahan seraya ratakan pelembab di wajah suaminya.

Daripada apa yang Sumayyah dengar tentang Emir sebelum ni, Emir adalah seorang yang sombong, lelaki itu juga akan bidas siapa sahaja yang lontarkan ayat - ayat yang negatif pada keluarganya tetapi sejak Sumayyah kenal Emir di Scotland, Emir tak pernah sekali pun tinggikan suara padanya, inikan lagi naik tangan. Tak dapat Sumayyah beritahu betapa bersyukurnya dia kerana dapat suami selembut Emir Amirullah.

♧ ♧ ♧

Fleur Sophia kemaskan baju kemeja yang Harraz pakai, kolarnya di kemaskan seperti selalu sebelum dia menapak selangkah ke belakang untuk lihat tubuh Harraz yang sudah kemas berdandan.

Harraz capai minyak wangi kegemarannya, keluaran Avalance. Lelaki itu semburkan minyak wangi itu pada tubuhnya. Tiba - tiba perasaan cemburu menerpa dalam hati Fleur membuatkan riak wajah tenang gadis itu terus berubah.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now