《 28 》

9.2K 752 97
                                    

Harraz Falikh masuk ke dalam sebuah restoran berhampiran dengan kawasan rumahnya. Sebaik lelaki itu menapak masuk, dia dapat lihat Aisy angkat tangannya agar Harraz nampak di mana tempat duduk mereka.

"Assalamualaikum ya abang ipar" Tegur Harraz seraya labuhkan punggung di atas kerusi.

"Waalaikumsalam" Jawab Aisy baik.

"Tinggi betul kau angkat tangan ye, tak pernah - pernah Aisy berperangai sebegini" Harraz tersenyum kecil lihat wajah Aisy yang masih blur.

"Lantak lah, sekarang ni kan..ada lebih kurang 15 minit lagi nak berbuka, aku nak tanya kau sesuatu" Aisy terus straight pada pointnya.

"Silakan"

"Macam mana kau sedar yang kau suka dekat Fleur masa mula - mula dulu?" Mata Aisy sudah bersinar mahukan jawapan.

Terdiam Harraz bila dengar soalan Aisy dan lihat riak wajah abang iparnya sekarang.

"Bukan aku yang sedar perkara tu tapi mak aku yang sedar" Harraz tetap menjawab dan hiraukan dahulu perasaan tanda tanyanya ke tepi.

"Maksud kau?"

"Maksudnya..aku cerita masalah aku dekat mak aku lepastu mak aku tanya aku ada rapat dengan mana - mana perempuan ke masa tu. Aku cakap ada, lepastu mak aku cakap mungkin aku resah sebab sukakan perempuan tersebut which is Fleur Sophia" Cerita Harraz ringkas.

Aisy mengerutkan kening, cuba untuk proses ayat Harraz.

"Qamar Khawla?" Harraz tiba - tiba bersuara membuatkan jantung Aisy berdegup laju mendengar nama wanita itu.

"Cerita dia senang je Aisy. Kalau kau rasa berdebar bila jumpa dia, kau tak nak dia jauh, kau suka tengok senyuman dia dan kau rasa kecewa bila dia tinggikan suara pada kau maknanya kau dah jatuh cinta" Sambung Harraz.

Seram Aisy jadinya bila semua perkara yang Harraz katakan itu sudah pun dia alami.

"Jangan ego itu je. Tapi dalam masa yang sama jangan memaksa. Benda semua pernah jadi depan mata kau sendiri. Tengok apa jadi bila aku ego dulu lepastu kau tengok pula apa jadi bila Reyza memaksa dulu" Sengaja Harraz beri contoh yang melibatkan adik Aisy agar lelaki itu lebih faham dengan maksudnya.

"Masalahnya macam mana aku nak tarik perhatian dia? Buat dia sukakan aku kalau mesej aku pun dia tak balas?" Aisy mengalah dan terus minta tips daripada Harraz.

"Benda tu perkara biasa, kena reject. Aku dulu siap kena block lagi dengan Fleur tapi sebagai seorang lelaki, effort tu penting" Harraz sudah mula tunjukkan sisi seriusnya.

"Effort dengan paksaan lain tau. Macam aku dulu, aku tunjukkan yang aku nak Fleur dengan cara buat dia selesa dengan aku. Aku bagi origami, aku belikan dia ais krim, buat benda yang dia suka. Senang cerita, buat dia selesa dengan kau. Jangan kau terus terjah dia kau kata, jom kita couple. Meremang la budak tu jadinya"

"Instead of mesej dia setiap hari, cuba kau buat sesuatu yang lebih macam.., macam mana ea nak cakap. Lebih istimewa la macam tu. Kau kalau setakat nak mesej dia, semua orang boleh buat. Tapi cuba kau fikir sesuatu yang di luar kotak supaya kau rapat dengan dia" Nasihat Harraz.

Aisy terus menongkat dagu bila dengar Harraz kata begitu. Harraz lihat sahaja wajah Aisy yang sedang berfikir sekarang.

"Masal-" Belum sempat Aisy mahu habiskan ayatnya, azan maghrib terus berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba.

Kedua lelaki itu senyap sebentar untuk buka puasa mereka. Sebaik azan maghrib habis, Harraz bangun terlebih dahulu mahu tunaikan solat maghribnya. Kurang dari 7 minit, Aisy pula bangun dan laksanakan kewajipannya di surau dalam restoran tersebut. Lebih senang kalau mereka solat awal - awal, tiada la mereka kelam kabut mahu berbual nanti.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now