《 51 》

11.6K 891 140
                                        

Fathi Wazif teliti semua jualan Avalance yang masuk sejak dua hari yang lalu. Koleksi aksesori Fleur yang sepatutnya dilancarkan hari ini tidak jadi dikeluarkan atas arahan Fleur sendiri. Gadis itu tidak mahu timbulkan kontroversi lain yang boleh membuatkan Fleur tertumpu oleh kamera dan media sosial. Jadi Fleur buat keputusan untuk batalkan sahaja pelancaran aksesori tersebut.

Fathi tidak nafikan, rugi Avalance agak besar kerana perkara tersebut tapi sejak dua hari yang lalu, jualan Avalance terus meningkat sehingga stock di kilang habis dengan licin. Pihak kilang sendiri terkejut dengan perkara itu kerana sebelum ini kilang tak pernah kehabisan stock.

"Afrina, masuk sekejap" Fathi bercakap menggunakan telefon pejabat.

Kurang dari 30 saat, pintu pejabat Fathi terus di buka daripada luar, "Ada apa - apa berita tak dari pembekal wangian?" Tanya Fathi tanpa angkat kepalanya.

"Tiada Tuan" Sebaik Fathi dengar jawapan tersebut, Fathi terus angkat kepalanya mahu lihat wanita yang berada dalam ruangan pejabat itu.

"Zara? You buat apa dekat sini?" Terkejut Fathi bila lihat wajah Zara.

"Kerja" Jawab Zara ringkas.

"You dah sihat ke?"

"Tuan risaukan saya ke?" Senyuman Zara sudah bertukar mengusik.

"Takut nanti kang kalau pengsan ke apa, pihak Avalance pula yang kena. Dah la you tu anak ustaz terkenal" Fathi kembali lihat kertas di tangannya.

"Ala Tuan..kalau risaukan saya, Tuan jujur je la, saya bukannya nak marah Tuan pun" Kata Zara.

"Memang lah you tak marahkan I sebab you sukakan I. Tapi nanti kalau I kata I risaukan you, you menggelupur pula sebab terlalu gembira. Tak pasal - pasal nanti I di cop beri harapan palsu" Ujar Fathi dengan yakin.

"Siapa kata saya sukakan Tuan?" Pertanyaan Zara itu membuatkan Fathi angkat wajahnya.

"Baguslah kalau dah tak suka" Balas Fathi selamba.

"Saya tak sukakan Tuan, tapi saya cintakan Tuan" Kata Zara dengan pantas membuatkan riak wajah Fathi terus berubah tidak percaya.

"Cia cia tak Tuan?" Zara jengkitkan kedua belah keningnya.

"You nak I hantar satu lori bekalan chiaseeds dekat rumah you ke? Sekurangnya chiaseeds boleh betulkan urat otak you yang dah putus tu. Berguna la juga daripada cia cia budak sekolah you yang dah ketinggalan zaman" Nada Fathi kedengaran dingin tapi wajahnya masih terlihat tenang.

"Tapi chiaseeds tak bantu pulihkan urat otak, chiaseeds ni lebih kepada turunkan berat badan atau untuk orang yang nak amalkan gaya hidup sihat" Balas Zara membuatkan Fathi ketap gigi.

"Zara you pergi sambung buat kerja you sekarang!" Arah Fathi dengan tegas.

"Ala Tuan marah saya ke? Saya main - main je tadi. Eh tapi..saya tak main - main pun, saya memang betul - betul cintakan Tuan dan fungsi chiaseeds memang untuk turunkan berat badan" Banyak pula mulut Zara sekarang, tak seperti orang yang baru sembuh langsung.

Fathi sudah menghelakan nafas berat. Dahinya di urut berkali - kali, " Tuan stress ke? Nak saya bagi cia cia lagi tak?" Zara mengusik Fathi terus menerus.

"Astaghfirullah Al Adzim..Zara Afiyah!" Pening kepala Fathi dibuatnya.

"Ish, yela yela" Zara akhirnya berhenti bergurau dengan lelaki itu.

"Ish? Zara you cakap ish dengan I?" Makin lama, Zara betul - betul layan Fathi seolah rakan baiknya.

"Ishtikharah cinta" Kata Zara dengan riang membuatkan Fathi tampar dahinya.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now