《 6 》

14.9K 1.1K 524
                                    

Fleur Sophia menarik nafas dalam - dalam dan dilepaskan perlahan - lahan. Mata gadis itu di tutup rapat. Tangan sebelah kanannya sudah berada di dada. Fleur dapat rasa degupan jantungnya sekarang membuatkan dirinya makin ketakutan.

Pintu bilik gadis itu diketuk dari luar, kurang dari tiga saat, pintu itu kini dibuka. Fleur dapat lihat wajah lima orang abangnya tersenyum indah buat dirinya.

Fleur bangun dari kerusi soleknya, gadis itu kini menghadap pintu bilik, tempat di mana lima orang jejaka sedang berdiri sekarang.

Perlahan - lahan Dayyan melangkah masuk ke dalam. Dia terus dakap adik perempuannya itu dengan sangat kemas, lama dakapannya seperti tidak mahu lepas.

Sebaik sahaja Dayyan leraikan pelukannya, Amsyar pula dakap Fleur. Belakang gadis itu di usap perlahan oleh Amsyar. Sebenarnya Amsyar sedang pujuk dirinya sendiri. Menahan air mata dari terus keluar.

Tiba la giliran Aisy untuk peluk Fleur. Pelukan Aisy sekejap sahaja, tidak seperti Amsyar dan Dayyan. Lelaki itu turut mengelak dari terus tatap anak mata Fleur.

Fathi melangkah perlahan, wajah Fleur ditatap kemas sebelum tarik adiknya ke dalam pelukan. Mata Fathi memang sudah memerah sejak malam tadi, cuma cecairnya sahaja belum keluar.

Emir masih berdiri di pintu bilik. Fleur tunggu sahaja Emir datang padanya tapi lelaki itu hanya berdiri tegak di tempat yang sama, "abang" panggil Fleur perlahan sambil depakan kedua belah tangan. Berlari anak lelaki itu jadinya bila dipanggil oleh Fleur. Emir la orangnya yang dakap Fleur paling erat. Fleur biarkan sahaja seraya usap belakang Emir dengan lembut.

Suasana bilik Fleur dari tadi sebenarnya sunyi sahaja, tiada seorang pun yang berani bersuara. Tapi mereka dapat dengar esakan perlahan si Emir membuatkan hati yang lain juga sudah tidak sekuat tadi.

Emir lepaskan pelukannya, wajah Fleur di tatap penuh sayu. Fleur sikatkan rambut Emir yang sudah sedikit serabai menggunakan tangannya, "dah hensem - hensem..berbaju melayu, tiba - tiba nangis. Tak macho la" pujuk Fleur perlahan.

Mata Fleur pun sudah merah sebenarnya, tapi gadis itu tetap tahan air matanya agar tidak keluar. Takut solekannya nanti rosak.

Emir ni tampak sahaja sombong dan ganas, matang la bak kata orang tapi sebenarnya, hanya orang yang kenal dia sahaja tau perangai sebenar lelaki itu macam mana. Kadang - kadang Emir ni lebih kebudak - budakan dari Fathi. Hatinya juga kadang - kadang lebih cepat terasa dari Amsyar.

"Adik abang dah nak jadi isteri orang.." ujar Dayyan secara tiba - tiba.

Pandangan Fleur kini beralih pada Dayyan, "janganlah macam ni ya Allah" dada Fleur terasa sakit dek menahan sebak. Sedih betul riaksi wajah abang - abangnya sekarang, seolah mereka tidak dapat jumpa lagi dengannya lepasni.

"Percayakan Fleur, percayakan Harraz. Hubungan kita sebagai adik beradik tak akan pernah berubah. Harraz tak kan pernah halang Fleur untuk jumpa dengan abang - abang Fleur. Fleur sentiasa doakan yang abang - abang Fleur satu hari nanti akan jumpa dengan pasangan dia sendiri" kata Fleur.

"Terima kasih sebab dah jaga Fleur dengan baik selama 10 tahun ni. Terima kasih sebab dah manjakan Fleur, beri apa yang Fleur nak, layan Fleur bak tuan puteri. Abang - abang Fleur terlalu baik untuk Fleur dan sekarang, Fleur dah jumpa dengan seorang lelaki yang sama baiknya dengan abang - abang Fleur"

"Abang Ian, abang Am, abang Aisy, abang Emir dan abang Fathi..lepaskan adik ye?"

Cara Fleur meminta izin itu buat hati kental mereka berlima betul - betul diuji. Kenapa masa terlalu kejam buat mereka berlima? 10 tahun itu bila dilihat dengan mata kasar, ianya memang satu tempoh yang lama, tapi bila dah alami sendiri..10 tahun itu sangat sekejap rupanya.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now