《 61 》

10.2K 846 197
                                    

Hawa NurIman pandu keretanya dengan agak tenang, menuju ke klinik perawatan wajah seperti biasa. Radio tidak dipasang memandangkan Hawa mahu fikir tentang sesuatu.

Kenapa tiba - tiba Amir datang ke kliniknya selepas berbulan - bulan lelaki itu hilangkan diri? Dia sakit ke? Dari rupa paras Amir, tampak seperti lelaki itu sedang menderita.

Puas Hawa berfikir selama beberapa hari ini tapi dia tidak juga dapatkan jawapan.

"Dia nak bunuh Amir..siapa dia?" Hawa bertanya sendirian.

Wanita itu cuba lagi dan terus paksa otaknya untuk fikirkan sesuatu yang logik sebelum Hawa teringatkan kata Hadi.

"Aku juga hampir kena sihir pemisah, Amir ke yang hantar?" Hawa tiba - tiba sedar akan perkara itu.

"Hadi kata sihir itu gagal kerana penghantarnya mungkin langgar pantang larang..bermakna yang Amir langgar pantang larang sebab tu dia seolah menderita" Kening Hawa terus berkerut.

Ya, semuanya sudah terbukti di hadapan mata. Sekarang baru Hawa tau siapa penghantar sihirnya. Tetapi tak akan la Amir hantar sihir dan santau pada keluarga Encik Iqram juga? Fleur disihir oleh Amir juga ke?

"Tak mungkin la..buat apa dia nak sihir Fleur" Hawa masih berfikir.

"Astaghfirullah Al Adzim. Ya Allah, kau lindungi la keluarga besar kami" Ucap Hawa perlahan.

Keluarga mereka tampak baik - baik sahaja sejak Fleur sihat beberapa minggu ini. Keluarga mereka makin riuh dengan kehadiran si kecil, Fahnaz Abizar. Janganlah ada yang ganggu ketenteraman keluarga Encik Iqram lagi.

Fleur Sophia pejamkan matanya apabila kepalanya tiba - tiba berdenyut tanpa sebab. Kening wanita itu terus berkerut apabila sakit kepalanya makin terasa.

Perlahan - lahan Fleur buka matanya dan lihat jam di skrin komputer. Jam menunjukkan pukul 3:08 minit petang. Harraz belum boleh pulang lagi waktu - waktu begini, tak mungkin la Fleur mahu telefon Harraz dan minta tolong pada suaminya agar bawa Fleur pulang ke rumah.

Fleur akhirnya letakkan kepalanya di atas meja, berbantalkan lengan sendiri. Makin lama denyutan itu makin terasa, tidak sehingga denyutan itu hilang dengan tiba - tiba.

Fleur pegang kepalanya. Dahinya dipicit dengan perlahan. Pelik, macam mana kepalanya boleh berdenyut tiba - tiba dan henti berdenyut juga dalam keadaan tiba - tiba?

Fleur lihat semula jam di skrin komputer, pukul 3:10 minit petang. Dia hanya sakit kepala selama dua minit tapi sakit itu terasa seolah dua jam lamanya.

Tiba - tiba Fleur sedar akan sesuatu. Kenapa setiap kali pukul 3:08 minit sahaja dia akan rasa semacam? Rasa tidak sedap badan, pening, mual dan sebagainya pada waktu siang tapi ketika malam, Fleur sentiasa terjaga pada pukul 3:08 minit malam tepat. Setiap hari. Terkadang pada pukul 3:08 minit malam juga, Fahnaz akan menangis teruk sehingga la pukul 3:10 minit.

Tak mungkin la semua itu hanya sekadar kebetulan. Tapi kenapa Fleur baru sedar hari ini?

Fleur melangkah keluar dari ruang pejabatnya dan terus ke meja Zara Afiyah.

"Zara, saya nak cakap sikit. Masuk ke dalam pejabat saya" Pinta Fleur dan terus menapak ke pejabatnya semula.

Zara turut melangkah ke pejabat Fleur. Fleur tidak duduk di kerusinya malah wanita itu terus berdiri dan tatap wajah Zara.

"Saya rasa ada sesuatu yang tak kena la dengan saya" Beritahu Fleur.

"Maksud Fleur?"

"Saya baru sedar, tepat pukul 3:08 minit petang mahupun malam akan berlaku sesuatu pada saya. Benda random tapi benda random tu..macam mana ye saya nak terangkan? Bukan benda biasa la senang cerita. Tadi pun saya tiba - tiba pening kepala. Lepastu malam tadi saya rasa lengan saya panas, pedih. Awak rasa ada kena mengena dengan makhluk tu ke?" Soal Fleur risau.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now