《 27 》

9.1K 799 260
                                    

Sebaik Amsyar masuk ke dalam bilik, lelaki itu terus cari nombor telefon Ayra untuk di hubungi. Janganlah gadis itu tak ada dekat dalam Malaysia sekarang, mahu Amsyar paksa si Ayra tu balik sekarang juga.

"Hello" Ujar Ayra sebaik angkat panggilan telefon Amsyar.

"Ayra, aku ada benda nak minta tolong" Beritahu Amsyar dengan pantas.

"Apa"

"Harraz ada buat laporan polis dekat balai tempat kau kerja. Kitaorang memang baru je balik dari buat laporan tadi, aku harap kau dapat selesaikan kes tu"

"Laporan polis? Kenapa? Apa jadi?" Ayra sedikit risau.

"Kau tengok je la laporan tu. Kalau ada apa - apa yang kau tak faham, nanti kau terus tanya aku" Kata Amsyar.

"Okay. Aku pun memang ada dekat dengan kawasan balai ni. Apa - apa aku inform kau" Ayra terus akhiri panggilan telefon itu dan masuk ke dalam keretanya.

Mujur la Ayra singgah ke seven eleven dahulu dan tidak terus balik ke rumah selepas selesaikan beberapa laporan kes di balai polis. Tak ada la jarak Ayra dari balai polis itu jauh.

Kurang dari 5 minit, Ayra sudah sampai di balai polis tempat dia bekerja. Gadis itu terus melangkah masuk dan pergi ke meja utama.

"Inspektor" Anggota polis yang berjaga malam ini bangun dari tempat duduknya untuk tegur orang atasannya itu.

"Awak ada terima apa - apa laporan polis atas nama Harraz Falikh tak?" Tanya Ayra pada anggota polis bernama Wan itu.

"Setakat malam ni hanya seorang sahaja yang buat laporan polis. Mungkin dia orangnya" Wan sudah lihat komputer yang tersedia di situ.

Ayra masuk ke dalam bahagian meja itu untuk baca laporan polis yang dibuat.

"Fleur.." Bisik Ayra perlahan bila baca laporan penuh yang dibuat.

"Saya akan uruskan kes yang ini" Kata Ayra tanpa fikir banyak kali.

"Baik" Jawab Wan dan terus printkan laporan polis tersebut.

"Terima kasih" Ayra terus masuk semula ke dalam keretanya.

Ayra baca sekali lagi laporan polis itu sebelum menghelakan nafas berat.

"Padahal Fleur pernah trauma sebab benda yang sama.." Ujar Ayra sendirian.

Timbul rasa kasihan dalam hati Ayra bila ingatkan perkara itu. Ada la hikmahnya sekarang kenapa Ayra lebih mahu bekerja di balai polis untuk beberapa hari ini.

♧  ♧  ♧

Harraz Falikh pusing ke belakang sebaik mereka berdua aminkan doa solat Subuh pada hari ini. Lepas je Harraz balik dari balai polis semalam, Fleur sudah lena tidur di dalam biliknya membuatkan mereka berdua langsung tak bercakap sepanjang malam. Pagi ni pun Fleur diam sahaja tidak cakap apa - apa.

"Sayang" Panggil Harraz lembut.

"Sayang tak nak pakai purdah dah lepasni.." Akhirnya, keluar juga suara Fleur selepas berjam - jam gadis itu senyapkan diri.

Tersentak sedikit hati Harraz tatkala dengar Fleur kata begitu. Dia perlu gembira atau sedih sekarang ni? Fleur bercakap tu dikira satu perkara yang menggembirakan tapi ayat gadis itu buat Harraz betul - betul tergamam.

"Kenapa hanya sebab seorang lelaki, sayang jadi langsung tak nak berpurdah dah?" Harraz cuba balas dengan ayat tanya juga.

Fleur tunduk sahaja lihat telekung yang dipakai seraya menggeleng, "Fleur tak suka jadi cantik.." Ujarnya perlahan.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now