《 44 》

9.1K 709 117
                                    

Sumayyah peluk tubuh Puan Hui Ying dengan sangat kemas. Lama pelukan mereka kerana masing - masing tahu, mungkin lepasni mereka akan susah untuk jumpa sesama sendiri.

"Sumayyah jaga diri baik - baik ye, jangan lupa telefon mak" Pesan Puan Hui Ying baik. Jujur, Sumayyah suka apabila ibunya mula panggil dirinya menggunakan nama Sumayyah.

"Mestilah Sumayyah tak akan lupa telefon mak, silap - silap nanti mak yang rimas sebab Sumayyah asik telefon mak je" Jawab Sumayyah dengan senyuman di bibirnya.

"Mak tak akan pernah rasa rimas dengan anak mak sendiri" Puan Hui Ying usap pipi anak perempuannya dengan lembut.

"Mak, bila giliran Jie pula mak?" Soal Li Jie apabila dia seolah tunggul di situ.

"Halah nak juga ke" Sumayyah sudah depakan tangannya. Li Jie terus dakap tubuh kakaknya itu dengan kemas. Mereka baru sahaja berjumpa tak sampai beberapa hari tapi dah kena berpisah semula.

"Jaga mak baik - baik. Kalau Jie tak cukup duit, Jie jangan segan untuk minta pada akak" Pesan Sumayyah.

"Baik kakak ku yang cantik" Li Jie lepaskan pelukannya.

"Abang, tolong jagakan kakak saya baik - baik. Saya minta maaf sebab tak dapat nak ada dengan akak dan abang masa korang nikah nanti tapi apa pun selamat pengantin baru awal - awal" Ucap Li Jie dengan senyuman yang tersangat lebar.

"Terima Kasih. InsyaAllah, abang akan jaga akak Li Jie elok - elok. Kalau Li Jie ada nak minta tolong apa - apa, Li Jie cakap je dengan abang. Mak pun sama. Bila - bila mak nak balik Malaysia, mak beritahu je dekat Emir, Emir boleh belikan tiket kapal terbang untuk mak dengan Li Jie" Kata Emir dengan baik.

"Terima Kasih Emir. Mak tak tau la nak ucap terima kasih macam mana lagi dengan keluarga kamu" Segan Puan Hui Ying jadinya.

"Tak perlu berterima kasih mak. Emir seronok dapat bantu keluarga tunang Emir sendiri" Balas Emir baik.

"Okay lah mak, jom kita masuk. Lambat - lambat nanti kang, pintu kapal terbang tutup pula" Li Jie hulurkan passport Puan Hui Ying pada emaknya.

Puan Hui Ying hanya mampu lambaikan tangan pada Emir dan Sumayyah. Tak ada lagi pesanan yang tertinggal, semuanya sudah Puan Hui Ying ucapkan sejak daripada siang tadi.

Li Jie terus dakap bahu Puan Hui Ying dan berjalan bersama emaknya perlahan - lahan menghilang dari pandangan Sumayyah dan Emir.

"Belum apa - apa lagi saya dah rindu dekat mak" Nada Sumayyah sedikit sedih.

"It's okay sayang, kita akan jumpa dengan diaorang lagi" Pujuk Emir dengan lembut.

"Sayang nak balik ke atau sayang nak makan sesuatu?" Soal Emir untuk ceriakan wanita kesayangannya itu.

"Makan sesuatu tu makan apa?" Wajah Sumayyah sedikit teruja.

"Sayang nak makan apa? Semua Emir boleh belikan"

"Belikan saya airport ni terus la" Jawapan Sumayyah itu buat Emir tergamam untuk beberapa saat.

"Tau pun tak boleh beli" Usik Sumayyah seraya berjalan.

Emir hanya gelengkan kepala lihat wajah manis Sumayyah. Gadis itu sudah boleh bergurau senda dengannya, kalau tidak sebelum ini, Emir seolah duduk dengan orang asing. Sumayyah tampak kekok sahaja dengannya tapi dua tiga hari ni, Sumayyah sudah boleh di ajak berbual seperti pasangan lain.

♧ ♧ ♧

Fathi Wazif tutup file di hadapannya apabila semua pekerja sudah keluar dari bilik mesyuarat utama. Kini yang tinggal cuma Fleur dan Fathi sahaja dalam ruangan itu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now