《 7 》

15.5K 1K 361
                                    

Fleur Sophia melangkah masuk ke dalam ruangan dewan hotel yang disewa oleh mereka untuk majlis bersanding malam ini dan esok. Masuk - masuk sahaja dalam ruangan itu, Fleur boleh nampak Aurora mencekak pinggang seraya perhatikan pekerjanya buat tugasan mereka.

"Uit" tegur Fleur dari belakang.

"Fleur? Bila sampai?" Aurora lihat jam tangannya.

"Baru je, nak datang singgah tengok perkembangan pelamin kitaaa" kata Fleur, saje dia gedikkan suaranya.

"Berjalan lancar je. Kau jangan risau Fleur, aku akan pastikan setiap tetamu yang datang malam ni jeles dengan pelamin kau" Aurora sudah tersenyum bangga.

"Terbaik la" Fleur tersenyum puas.

"Ouh by the way.., pelamin outdoor kau sumpah lawa ya Allah. Tak puas rasanya duduk atas tu tiga jam je" Fleur memuji dalam masa yang sama dia juga seperti sedang mengadu.

Aurora jengkitkan sebelah keningnya, "tengoklah design pelamin tu siapa yang reka" wanita itu sudah flipkan rambut panjangnya.

"Iyalah Rora ye la. Aku nak naik bilik dulu, apa - apa kau call je. Kau tau kan aku bersiap dekat bilik mana satu? Jangan kerja keras sangat" Fleur sudah minta diri.

"Hm baik - baik Fleur. See you later" Aurora sudah lambai tangannya pada Fleur.

Mujur Fleur sudah pun solat zohor sebelum bergerak ke hotel tadi. Boleh la dia berehat lepas naik atas nanti.

Sementara di tempat lain, kereta yang membawa 5 abang Fleur serta Harraz Falikh berada di jalan raya, on the way ke hotel selepas solat jumaat. Mereka naik satu kereta yang mempunyai 6 seat, senang.

"Harraz, aku nak tanya la" Amsyar yang duduk di bahagian belakang sekali sudah letakkan dagunya di kerusi Harraz yang duduk di hadapannya.

"Hm apa tu"

"Mula dah.." Emir di hadapan sudah garu sebelah keningnya. Soalan Amsyar ni tiada serius masalahnya.

"Jangan terasa la ye..tapi aku nak tau juga apa yang buat kau tiba - tiba nangis waktu baca ta'liq tadi? Tak kan la kau tak tau apa isi ta'liq tu sebelum ni" Soal lelaki itu baik.

"Tak habis - habis la dengan ta'liq dia" Aisy di sebelah sudah geram habis.

"Aku tanya elok - elok pun kau nak marah. Kau taknak dengar kau tutup telinga je la" marah Amsyar.

Harraz hanya tersenyum tipis, "tipulah kalau aku tak tau, aku siap dah practise lagi malam tadi bacaan ta'liq tu. Aku okay je malam tadi sebenarnya tapi entah la, sebak pula rasa bila baca tadi"

"Sebak sebab perkataan talak tu ke?" Tanya Amsyar lagi.

"Itu satu hal, sebab lain pula aku rasa mungkin sebab lafaz ta'liq tu adalah satu lafaz yang agak berat. Entahlah, macam mana ea aku nak terangkan.., pada pengetahuan orang lain, lafaz ta'liq tu umpama syarat dari pihak lelaki pada pihak perempuan sebelum berkahwin agar hak perempuan tu terpelihara tapi pada aku yang membaca ni aku rasa lafaz ta'liq ni bukan setakat syarat biasa tapi dia adalah janji di antara aku dengan Allah. Andai aku gagal tepati janji itu maka tunggu la pembalasannya kelak"

"Dia jatuh sebak sebab kita tak pernah terfikir nak sakitkan isteri inikan lagi lepaskan dia, dan lagi satu sebab kita tau benda tu adalah satu janji yang kau buat secara terang - terangan di hadapan ayah pengantin perempuan. Mungkin itu kot sebabnya. Ramai saksi yang dengar aku lafazkan ta'liq tadi, jadi andai kata aku tersilap sikit sahaja dan Fleur terus buat keputusan di luar jangkaan..aku mungkin akan kehilangan dia dek ramai yang boleh jadi saksi yang mengatakan, aku dah pun lafaz ta'liq. Nauzubillah" terang Harraz panjang lebar.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now