《 53 》

10.4K 929 189
                                    

Semua ahli keluarga Encik Iqram yang ada di situ terus bangun dan hampiri seorang doktor wanita yang baru keluar dari ruang rawatan kecemasan.

"Doktor, isteri saya?" Harraz terus bertanya, berharap yang sekurangnya Fleur masih bernafas.

"Kandungan Fleur terlalu berisiko sekarang kerana badan Fleur tersangat lemah. Sekarang ni kami akan cuba untuk selamatkan ibu dan bayi. Kita cuma ada satu cara sahaja, tidurkan Fleur" Beritahu Doktor tersebut.

"Tidurkan Fleur?" Harraz tak berapa faham.

"Saya risau kalau Fleur terus berjaga, dia akan gunakan tenaga atau berlaku sesuatu yang buatkan Fleur tertekan. Jadi untuk langkah berjaga - jaga, kita akan tidurkan Fleur sehingga bayi dalam kandungan Fleur boleh di bawa keluar. Tapi saya cuma nak beritahu, jika kita lakukan pembedahan untuk keluarkan bayi nanti, risiko dia agak tinggi pada Fleur"

"Kalau kita fokus untuk selamatkan Fleur sahaja..tak boleh ke?" Tanya Harraz risau.

"Kalau kita fokus untuk selamatkan Fleur sahaja, perkara yang kita akan lakukan tetap sama, iaitu bawa keluar kandungan tersebut dan Fleur akan terus ditidurkan sehingga imunisasi badan Fleur kembali. Tapi kalau kita keluarkan kandungan Fleur sekarang, bayi itu mungkin tidak dapat bertahan dan ianya tetap berisiko untuk Fleur. Jadi saya sarankan supaya kita tidurkan Fleur untuk beberapa minggu, sekurang - kurangnya sehingga usia kandungan Fleur berusia 22 minggu, selepas itu kita akan lihat sama ada tubuh Fleur sudah cukup kuat untuk di bedah mahupun tidak"

"Maknanya apa sahaja yang kita lakukan sekarang akan bahayakan Fleur?" Susah benar Harraz mahu bertanyakan soalan itu.

"Saya tak nak cakap macam tu kerana pihak kami akan cuba sehabis baik untuk selamatkan Fleur dan juga bayi dalam kandungan. Fleur akan dipindahkan ke unit jagaan rapi agar keadaan dia boleh sentiasa di pantau" Ujar doktor wanita itu sebelum meminta diri.

Saat itu juga hati Harraz mula di sapa oleh pelbagai jenis perasaan. Sakit, risau, rindu, kecewa, marah, semua ada bercampur aduk. Fleur mungkin masih menghembuskan nafas, tapi entah sampai bila gadis itu dapat bertahan.

Kaki Harraz betul - betul sudah tidak mampu untuk tampung badannya, akhirnya Harraz jatuh terduduk bersama dengan air mata yang tidak henti keluar daripada tadi.

Kelam kabut abang - abang Fleur di buatnya. Mereka berlima turut penat dengan semua ini dan mereka percaya, Harraz jauh lebih penat daripada mereka.

Harraz turut mempunyai luka, tangan kirinya berbalut, kesan daripada terkena kaca cermin sewaktu cuba untuk selamatkan Fleur malam waktu Fleur mahu terjun dari tingkat tiga. Leher Harraz juga terasa perit memandangkan Harraz dicekik dengan kuat semalam, tubuh belakang lelaki itu turut sakit kerana tubuhnya terantuk pada pintu almari dengan agak kuat.

Tapi Harraz rasa sakit yang dia alami sekarang tidak setanding dengan penderitaan yang Fleur rasai.

Harraz bukan sahaja rasa dia gagal menjadi seorang suami malah dia turut rasa gagal menjadi seorang ayah buat anak mereka. Perlahan - lahan mata Harraz turut terkatup sama. Pandangan Harraz Falikh gelap seperti pandangan Fleur Sophia. Keduanya letih, penat tak terkata dengan semua perkara ini.

Berita tentang keadaan Fleur sudah tersebar di mana - mana, bukan hanya di Malaysia malah di negara kelahiran gadis itu juga, United Kingdom. Jangankan orang biasa, Mr Finley Theo sendiri terkejut bila baca artikel yang sedang tular itu.

Hanya baca artikel yang ditulis mampu untuk gugurkan air mata Mr Finley, inikan pula kalau lelaki itu lihat sendiri keadaan anak gadisnya di hadapan mata. Mr Finley tidak tunggu lama, lelaki itu terus tempah tiket kapal terbang ke Malaysia secepat mungkin. Dia mahu berjumpa dengan Fleur sekarang juga kalau boleh.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now