《 15 》

13.9K 912 202
                                    

Fleur Sophia letakkan telefon pintarnya di atas meja solek dalam bilik hotel mereka sebelum masuk ke dalam bilik air.

Fleur cuci mukanya menggunakan air sejuk yang membeku untuk segarkan diri. Letihnya dia hari ini tidak terkata. Tak henti Fleur menelefon orang sedari tadi untuk selesaikan semuanya hari ini juga.

Selepas selesai mencuci muka dan basuh kaki, Fleur keluar dari bilik air menuju ke katil, tempat di mana Harraz duduk sambil membelek telefon pintarnya.

Fleur naik ke atas katil dan terus rangkul leher suaminya membuatkan Harraz sedikit tersentak.

"Rindu" Kata Fleur perlahan membuatkan Harraz tertawa kecil.

"Dari tadi abang ada dengan Sophia je sayang, macam mana boleh rindu pula ni?" Harraz letak telefonnya ke tepi dan balas dakapan si isteri.

"Ada depan mata..tapi kita tak bercakap pun dari tadi" Perlahan - lahan Fleur leraikan dakapannya.

Harraz sisir anak rambut Fleur ke belakang, "Ni sayang dah bercakap dengan abang" Jawab lelaki itu.

Fleur hanya tatap anak mata Harraz lama.

"Haritu kan sayang kata sayang tak faham walau satu pun pekerjaan Amsyar kan?" Tanya Harraz.

"Haah, kenapa?"

"Harini, abang rasa macam abang duduk dekat dunia asing. Satu perkara yang Fleur bincangkan dengan Fathi dan yang lain, satu apa pun abang tak faham"

Ayat itu buatkan Fleur tertawa perlahan,

"Kenapa ketawa? Eh abang bangga tau sayang abang uruskan semua perkara - perkara besar macam tu. Dapat bagi cadangan yang bernas dalam hari yang sama" Puji Harraz.

"Ye lah..Fleur tau Fleur hebat" Fleur terus baring di atas katil berbantalkan peha Harraz.

"Awak..saya minta maaf sebab batalkan honeymoon kita. Sepatutnya sekarang kita tengah berdua, jalan sama - sama. Bukannya fikir tentang hal kerja" Kata Fleur perlahan.

"Tak apa, abang faham. Lagi pun abang masih berada dengan sayang"

"Patut ke kita plan honeymoon yang lain?" Soal Fleur seraya berfikir.

"Should we?" Harraz turut tersenyum senang.

"Em.." Keduanya terus fikir akan tempat serta masa yang sesuai untuk bulan madu mereka.

"Sayang, tak payah fikir sayang. Kita pergi satu tempat ni, tak payah keluar duit pun" Teruja betul wajah Harraz sekarang.

"Apa dia tu?"

"Bali. Percutian yang Erwan dan Embun beri tu"

"Haah lah! Eh betul - betul. Kita perlu keluarkan duit untuk makan je. Pandai la awak ni"

Ayat terakhir Fleur buat Harraz kecilkan matanya seraya lihat Fleur dengan kening yang berangkat.

"Ye ye, memang la Harraz pandai. Dulu Harraz lagi pandai dari Fleur" Kata gadis itu.

"Tau pun"

"Habistu awak nak kata yang saya tak pandai lah?" Fleur terus bangun dari pembaringannya.

"Kita dua - dua pandai sayang, cuma abang je yang pandai lebih sikit dari sayang" Usik Harraz.

"Dah lah menyampah" Fleur terus masuk dalam selimut membuatkan tawa Harraz pecah.

♧  ♧  ♧

Fathi Wazif tidak dapat duduk diam. Dari siang tadi hatinya resah sahaja bila dia terima satu amanah yang tersangat besar. Fathi bukan sahaja dapat jadi pengurus bagi cawangan Avalance di Scotland tapi di seluruh United Kingdom termasuk England! Besarnya amanah yang digalas Fathi sekarang tidak terkata.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now