《 16 》

12.4K 823 268
                                    

Rian Balqis masuk ke dalam rumah usang mereka dengan plastik beg di tangannya. Wanita itu letakkan plastik beg tersebut di dapur rumah sebelum masuk ke biliknya yang hanya berpintukan kain langsir.

Rian lihat kain baju yang bersepah di atas tilam lusuhnya sambil mengeluh berat. Nak tak nak, dia juga la yang kena lipat semua ni.

Sedang sibuk wanita itu melipat pakaian, tiba - tiba kain yang jadi pintu biliknya di selak seseorang.

"Woi" Tegur Reyza.

Rian buat tidak tahu aje teguran abang tirinya itu.

"Aku panggil ni Rian, kau tak dengar ke?" Nada Reyza sedikit tinggi.

"Apa benda?" Suara Rian turut ditinggikan. Sudah la dia tengah letih sekarang ni.

"Aku nak benda tu" Beritahu Reyza.

"Okay dan? Apa kena mengena dengan aku?" Balas Rian menyampah.

"Kau rasa dalam rumah ni ada perempuan lain ke selain kau? Kau sorang je pun yang biasa aku lahap sebelum ni" Reyza terus masuk ke dalam bilik kecil Rian.

"Kalau aku tak nak bagi macam mana?"

"Asal pula kau tak nak bagi? Selama ni elok je kau enjoy sama" Reyza sudah bersandar pada dinding, lihat Rian yang sedang melipat pakaian.

"Pergi mampus je lah. Haritu kau pergi keluarkan kat dalam. Mujur aku tak mengandung kau tau tak?" Marah si Rian.

"Yang kau nak gelabah sangat aku keluar kat dalam dah kenapa? Kau makan je la pil perancang tu" Balas Reyza.

"Pil tu kan dah habis bodoh. Kau ada duit sangat ke nak beli?"

Reyza tersenyum sinis, "kalau kau mengandung sekali pun..kau boleh je gugur kan budak tu. Asal? Tiba - tiba takut dosa ke?" Cabar si abang.

"Tak payah cakap tentang dosa la dengan aku. Duit nak beli pil pun tak ada, ada hati suruh aku gugurkan kandungan. Bil klinik siapa nak bayar? Kau tu dah la menganggur, makan pun aku yang bayar" Jeling Rian.

"Siapa kata gugurkan dekat klinik? Wah highclass betul kau nak gugurkan kandungan dekat klinik. Banyak caranya sayang, salah satunya adalah makan nenas muda banyak - banyak" Reyza sudah tersenyum sinis.

"Geli babi dengan sayang kau. Kau bla je la! Cari kerja! Sampai bila aku nak kena tanggung kau!" Sumpah Rian sudah penat dengan semua ini.

Reyza duduk mencangkung seraya tatap wajah si Rian, "Kau emo ni..sebab kau tengok live diaorang tempoh hari kan?" Soal Reyza tanpa berkias.

Rian menggiggit bibir dalamnya seraya mendengus kasar,

"Jangan risau, aku akan gantikan semua rasa sakit hati dalam hati kau pada sebuah kepuasan dan kegembiraan. Tapi sebelum tu.." Reyza sudah dekatkan bibirnya pada leher Rian tapi laju sahaja Rian tolak tubuh abangnya.

"Buat dulu, baru aku akan bagi macam selalu" Ujar Rian sebelum campakkan bajunya pada Reyza.

Wanita berusia 26 tahun itu terus keluar dari biliknya dan berlalu keluar dari rumah mereka dua beradik.

"Sial! Sebab korang berenam la aku hidup susah sekarang" Bisik si Rian sambil berjalan tanpa hala tuju.

"Kau tunggu lah..tak selamanya kau boleh bergelak tawa" Wanita itu sudah sepak segala baju yang dia nampak.

Memang menyakitkan hati. Disaat keluarga Encik Iqbal sedang gembira dengan gelak tawa, keluarga Encik Alif jadi berpecah belah dengan kesengsaraan mereka. Tapi Rian percaya, Reyza tak akan duduk diam. Abangnya itu akan balas dendam, sekurangnya untuk puaskan hati Rian.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now