《 34 》

8.2K 740 91
                                    

Zara Afiyah masuk ke dalam perut kereta sebaik keluar daripada masjid. Wanita itu baru sahaja selesai menunaikan solat terawih bersama kakak dan abang iparnya, kini mereka bertiga dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

"Lelaki yang Zara senyum dekat butik tadi tu, itu la Fathi Wazif kan?" Kakak Zara yang bernama Jannah sudah mula ajak berbual.

"Hm" Jawab Zara ringkas.

"Okay ke orangnya biy?" Tanya suami Jannah, Hadi.

"Muka nampak sombong macam yang Zara cakap. Tapi adik beradik dia yang lain nampak ramah. Terutama sekali yang kembar tu, siapa namanya entah" Cerita Jannah.

"Amsyar dan Aisy" Kata Zara.

"Ha diaorang berdua. Nampak mesra je dengan pelanggan tadi"

"Saya tak mahu tahu dia sombong ke tidak. Saya nak tau sama ada Fathi tu hensem ke? Macam yang Zara cerita" Ujar Hadi membuatkan Jannah ubah riak wajahnya.

"Macam yang Zara cerita, keluarga dia keluarga yang mempunyai fizikal terlebih menarik. Bukan menarik tapi terlebih menarik. Adik perempuan diaorang yang orang british tu pun tadi dah berpurdah. Dari apa yang saya tengok, mata dia cantik la macam mana ayah dia. Tapi mata dia lebih bersinar orang kata. Sinar iman kot" Jannah cuba ingat semula wajah Fleur yang hanya terlihat bahagian mata dan dahi.

Hadi mengangguk, "sebab tu ke Zara tak nak moveon daripada dia?" Hadi lihat cermin pandang belakang.

"Bukannya Zara tak cuba bang. Masa dekat universiti dulu, bukannya Zara tak cuba untuk bercinta. Tapi entahlah, nama dia asik bermain je dalam fikiran" Zara jawab dengan nada yang agak kecewa.

"Zara kan buat solat istikharah dan solat hajat. Tak akan tak dapat jawapan?" Tanya Jannah pula.

"Makin lama Zara lakukan dua solat tu, makin kuat rasa cinta Zara kak. Sampai Zara rasa Zara kena buat solat hajat untuk buang semua perasaan Zara ni" Sedih Zara jadinya bila teringatkan bagaimana Fathi langsung tak bercakap soal perasaan Zara dan hanya tanda tangan surat perletakan jawatan itu tanpa sebarang perasaan.

"Sebab tu abang kata, mungkin itu petunjuk daripada Allah. Cuma Zara kena banyak bersabar la. Nak dapatkan kebahagiaan bukannya mudah" Beritahu Hadi dengan baik.

"Akak pun sebenarnya tak ada la tak suka dekat Fathi tu walaupun muka dia nampak sombong je tadi. Akak tau, dia seorang yang baik juga seperti mana adik beradik dia. Cuma mungkin Allah belum buka hati dia. Jangan putus asa Zara, Allah tak akan sia - siakan penantian Zara selama ni. Percayalah" Jannah turut beri kata - kata semangat buat adik perempuannya itu.

Zara hanya tersenyum kecil di bahagian tempat duduk penumpang di belakang.

"Apa pun, akak masih nak Zara fikir masak - masak tentang sambung pelajaran di Austria tu. Kesian dekat umi dik" Jannah kembali bersuara.

"Nak fikir apa lagi kak, Zara dah buat keputusan dah pun"

"Fikir lagi Zara. Lima tahun tu bukan sekejap, lama. Kalau buatnya Zara nak sambung master sekali kat sana, tak akan Zara nak berpisah dengan umi selama sepuluh tahun pula?" Kening Jannah sedikit berkerut.

"Jangan buat keputusan ikut kemahuan sendiri, fikirkan orang sekeliling. Umi tak mahu anak perempuan dia jauh daripada dia, umi bukannya muda Zara. Macam - macam perkara boleh berlaku" Sambung Jannah.

"Biy" Tegur Hadi baik.

"Nak sambung belajar, sambung la dekat Malaysia sahaja, senang Zara nak balik tengok umi. Atiyah pun nanti tak perlu jauh dari maksu dia. Atiyah tu dah la rapat dengan Zara" Jannah teruskan bercakap dan abaikan teguran suaminya.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now