《 38 》

9.1K 778 233
                                    

Zara Afiyah keluar dari rumah orang tuanya selepas hantar satu pesanan pada seseorang. Telefonnya itu ditinggalkan di dalam rumah sahaja.

Zara tarik nafasnya dalam - dalam dengan mata yang rapat tertutup. Tiba - tiba gadis itu disapa oleh angin yang agak kencang sehingga hampir tanggalkan tudung sarung yang dipakai.

Kelam kabut Zara tahan tudungnya itu. Di saat gadis tersebut menahan tudung dari terbuka, mata Zara tertangkap pada suatu haiwan yang berdiri tidak jauh dari pagar rumah keluarga Zara.

Berkerut wajah Zara bila nampak anjing bewarna hitam legam sedang tenung dirinya. Zara pasti, anjing itu sedang lihat ke arahnya.

Suasana malam yang hanya diterangi oleh cahaya bulan buat Zara makin kehairanan. Zara dapat lihat anjing tersebut agak besar berbanding anjing - anjing yang lain. Warna bulunya hitam pekat tetapi Zara mampu lihat anjing tersebut walaupun persekitarannya agak malap.

Zara tidak alihkan matanya dari terus lihat kedua mata anjing tersebut. Tak sedikit pun Zara berasa takut sekarang malah mulutnya sudah digerakkan untuk baca sesuatu,

"اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون"

Ucap Zara dengan jelas. Wanita itu kemudian ucapkan maksud ayat tersebut pula,

"Aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sangat sempurna dari segala makhluk, yang jahat,  dan daripada syaitan, hantu, daripada mereka datang kepada aku" Bisik Zara dengan nada yang tegas.

Dalam sekelip mata, anjing itu terus berlalu pergi membuatkan hati Zara jadi tidak tenang. Wanita itu terus masuk ke dalam rumah dan tutup pintu serapat yang mungkin.

"Zara? Kamu buat apa dekat luar?" Tanya Encik Idris.

"Tak ada apa abi, ambil angin" Zara cuba untuk sorokkan rasa gugupnya ke tepi.

Encik Idris mengerutkan dahi, wajah anak bongsunya itu tampak sedikit lain tapi Encik Idris hanya iyakan sahaja dan terus berlalu pergi.

Bermacam perkara bermain dalam fikiran Zara sekarang, hatinya tak tenang sejak lihat anjing tersebut. Janganlah ada perkara buruk berlaku pada keluarganya.

Fathi Wazif baca pesanan yang di hantar oleh Zara selepas kira - kira 10 minit yang lepas.

"Assalamualaikum, saya minta maaf kalau pesanan ini buat Tuan Fathi rasa kurang selesa tapi saya cuma mahu ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Saya minta maaf kalau selama ni saya ada buat salah dengan Tuan, saya susahkan Tuan, saya buat Tuan kekok dengan saya. Saya minta maaf sebab simpan perasaan terhadap Tuan. Terima kasih sebab terima saya bekerja dengan Tuan, terima kasih sebab beri saya peluang untuk rapat dengan Tuan walau hanya untuk seketika. Saya doakan Tuan sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta. Semoga Tuan berjumpa dengan orang yang tepat satu hari nanti"

Itulah pesanan yang dihantar oleh Zara. Fathi tenung sahaja pesanan itu tanpa kelipkan matanya. Apabila Fathi sedar yang dia telah termenung dengan agak lama, Fathi terus tutup telefonnya dan letak telefonnya di atas katil.

Fathi kemudian keluar dari biliknya untuk duduk bersama - sama ahli keluarganya yang lain. Dah kenapa pula la dia perlu tenung pesanan Zara itu lama - lama. Buang tebiat agaknya.

♧  ♧  ♧

"Pergi hospital pakai baju melayu uyo" Puji Fleur apabila Harraz menghampiri Fleur di lobi hospital.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now