《 59 》

10.8K 853 138
                                    

Muhammad Amsyar tidak tunggu lama, lelaki itu buka laptopnya dan terus hack sistem agensi Ayra. Lelaki itu sendiri tak tau apa yang boleh dia lakukan dengan hack sistem agensi tersebut tapi apa yang dia mahu sekarang adalah kedudukan hospital rahsia negara yang menempatkan Ayra Hazirah.

"Agak teruk? Dia boleh inform kan pada aku yang Ayra cedera dengan agak teruk tapi tak beritahu tunang aku berada dekat mana? Stupid!" Marah Amsyar sambil matanya ralit melihat skrin laptop.

Hanya orang bodoh sahaja yang boleh duduk diam bila dapat tahu tunangnya cedera dengan agak teruk. Seberapa teruk kecederaan Ayra sebenarnya? Memang tidak la Amsyar mahu duduk tenang menunggu informasi lain.

Sepanjang malam Amsyar berjaga untuk cari maklumat hospital tersebut tapi sebelum cari maklumat hospital, Amsyar cari dahulu maklumat tentang Ayra, kot - kot mereka ada simpan maklumat terbaru tentang keadaan gadis itu tapi tiada satu pun maklumat tentang Ayra yang Amsyar jumpa.

Akhirnya Amsyar hanya teruskan mencari kedudukan hospital terbabit. Berkerut wajah Amsyar apabila lihat koordinat hospital itu.

"Dekat mana ni.." Kening Amsyar sudah berkerut. Setahunya koordinat itu menunjukkan bukit semata - mata. Tak akan la ada bangunan pula di situ?

Tetapi itu la tempat di mana terletaknya hospital rahsia milik negara. Amsyar akhirnya snap maklumat - maklumat penting yang dia dapat sebelum bergerak ke garage kereta.

Jam sudah menunjukkan pukul empat pagi, rumah Encik Iqram hanya sunyi tanpa sebarang bunyi. Amsyar terus bergegas masuk ke dalam perut keretanya dan mulakan pemanduan. Masa yang di ambil untuk ke tempat itu agak lama jadi Amsyar tidak akan sesekali bazirkan masa.

Selepas empat jam memandu, Amsyar akhirnya tiba di satu hutan yang agak tebal. Lelaki itu keluar daripada kereta dan berjalan mengikut arah Utara.

'Nama pun rahsia..mesti la tempatnya pun tersorok' Mujur hari sudah siang, ada la juga matahari yang menemani Amsyar di dalam hutan ni.

Makin jauh Amsyar berjalan, Amsyar makin nampak suatu bukit. Tiada apa di situ melainkan bukit semata - mata. Amsyar kemudian lihat satu tapak kasut di tanah yang sedikit lembab membuatkan Amsyar ikut tapak kasut tersebut.

Tapak kasut itu terhenti di hadapan sebuah gua. Keadaan dalam gua itu terlihat gelap, sekali lihat sahaja dia dah boleh tau yang gua itu mempunyai jalan mati.

Tapi Amsyar beranikan diri, masuk ke dalam gua tersebut. Lelaki itu buka flash telefonnya dan perlahan - lahan melangkah masuk ke dalam. Amsyar berjalan tanpa henti sehingga Amsyar rasa gua itu makin lama makin kecil.

Amsyar teruskan berjalan walau dadanya terasa sedikit sesak sebelum lelaki itu lihat satu cahaya menandakan Amsyar sudah hampir sampai ke hujung gua. Amsyar makin lajukan langkahnya untuk keluar dari gua itu secepat mungkin.

Keluar sahaja dari gua itu, Amsyar terus tarik nafas dalam. Baru la lelaki itu rasa sesak di dadanya berkurang. Amsyar lihat keadaan di sekitarnya, betapa terkejutnya Amsyar tatkala lihat beberapa bangunan yang terbina di pertengahan antara gunung - gunung yang tinggi itu.

Cahaya di situ juga lebih terang, tidak seperti berada di dalam hutan. Walaupun bangunan di bina di tengah - tengah hutan, Amsyar berasa seperti bangunan di hadapannya itu lebih canggih berbanding bangunan yang berada di tengah - tengah bandar.

Amsyar berjalan, mencari bangunan yang mungkin tertulis hospital tetapi tiada satu huruf pun yang terlihat di bangunan - bangunan tersebut. Akhirnya Amsyar lihat satu pintu automatik yang mempunyai simbol, + , bewarna merah.

Amsyar masuk ke dalam bangunan itu tapi belum apa - apa, pintu itu terus mengeluarkan siren yang agak kuat membuatkan beberapa tubuh sasa datang hampiri Amsyar.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now