《 12 》

12.8K 906 79
                                    

Amsyar mengerutkan dahinya, tangan dia sudah meraba tilam tempat tidurnya untuk cari telefon pintarnya yang tidak henti berdering sedari tadi. Dari bunyi ringtone, Amsyar seperti dapat agak dia terima panggilan telefon dari seseorang. Tak kan la alarm dia berbunyi kot, rasanya Amsyar baru sahaja lelapkan mata, tak kan sudah pagi?

Selepas lelaki itu dapat capai telefonnya, Amsyar buka sedikit matanya untuk lihat skrin telefon. Betul sangkaannya, dia terima panggilan telefon. Tanpa lihat nama si pemanggil terlebih dahulu, lelaki itu terus tekan butang bewarna hijau dan letakkan telefonnya rapat ke telinga.

"Amsyar help me!" Kedengaran suara tegas seorang wanita di balik corong telefon. Nadanya tegas dalam berbisik. Sebaik Amsyar dengar suara wanita, mata dia terus terbuka seluas - luasnya.

"Fleur?? Mummy???" Amsyar sudah mulai panik. Hanya dua wanita itu sahaja yang berada dalam fikiran Amsyar. Walaupun suara di balik corong telefon itu tidak seperti suara Fleur mahupun Puan Mariana, tetapi Amsyar tetap risaukan mereka berdua dan fikir, mereka berdualah yang meminta tolong.

Dengan kelam kabut, Amsyar turun dari katilnya dan berlari hendak ke bilik Fleur dan juga bilik Puan Mariana. Dia sudah tidak dengar lagi suara dari si pemanggil. Apa yang Amsyar fikir sekarang adalah lihat keadaan adiknya serta ibu yang sudah dianggap seperti ibu kandung.

Sudah tentulah Amsyar rasa serba salah hendak masuk dalam bilik mereka berdua terutama bilik Fleur dan Harraz tetapi dia letak rasa bersalah itu ketepi dan utamakan dahulu keselamatan wanita - wanita yang penting dalam hidupnya. Selepas Amsyar pastikan yang Fleur sedang tidur nyenyak di atas katilnya, lelaki itu terus berlari ke bilik Puan Mariana pula. Mummynya itu juga sedang lena dibuai mimpi disamping Encik Iqram membuatkan Amsyar lega yang teramat.

Tetapi dalam merasa lega, lelaki itu sedar akan sesuatu. Kalau bukan Fleur mahupun Puan Mariana yang minta tolong dengannya..siapa pula perempuan yang minta tolong tadi. Dengan pantas, Amsyar lihat skrin telefonnya, tertera nama Ayra Client pada skrin telefonnya membuatkan wajah Amsyar kerut seribu.

Panggilan telefon itu masih bersambung, "hello? Ayra? Hellooo?" Panggil Amsyar berkali - kali tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya Amsyar buat keputusan untuk akhiri panggilan telefon tersebut tetapi sebaik sahaja Amsyar fikir begitu, Ayra terus bersuara semula, "Amsyar! Encik Amsyar!" Panggil Ayra berkali - kali.

"Ye? Ye ye?" Amsyar turut sedikit gelabah bila Ayra panggilnya tanpa henti.

"Tolong saya" ujar Ayra baik.

"Apa dia?" Soal Amsyar terus.

"Jap" Amsyar dapat dengar Ayra seolah sedang berlari sekarang, terkadang panggilan telefon itu sunyi sahaja membuatkan Amsyar kehairanan.

"Ayra, where are you?" Soal Amsyar ingin tahu.

"Aa..Rhode Island" suara Ayra sudah kedengaran sedikit termengah membuatkan Amsyar makin dihujani persoalan.

"Rhode Island.." Amsyar berfikir sekejap, "Rhode Island Amerika Syarikat ke??" Amsyar bagai tak percaya.

"Yes" jawab Ayra ringkas.

"Cik Ayra buat apa dekat hujung dunia tu??" Amsyar sudah kembali ke dalam bilik tidurnya dan buka segala lampu bilik.

"Wait, give me a second" pinta Ayra.

Amsyar akur dah tekan butang speaker. Lelaki itu keluarkan segala alat peranti yang dia bawa ke Scotland. Laptop, segala jenis cable dia keluarkan dan setting di atas meja. Amsyar seperti dapat agak yang dia perlu hack sesuatu, disebabkan itulah dia keluarkan siap - siap.

Mujur Amsyar tergerak hati mahu bawa barang - barangnya sekali ke Scotland. Pada mulanya, dia memang tidak mahu bawa, katanya dia hanya mahu luangkan masa cutinya bersama keluarga memandangkan Amsyar jarang dapat cuti sekarang ni, tapi hatinya berat untuk tinggalkan segala alat peranti yang dia ada dan bawa sekali ke Scotland.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now