《 18 》

9.8K 780 88
                                    

Dayyan Aqil bersandar di tempat duduk memandu. Lama juga lelaki itu berada dalam perut kereta sekarang, menunggu kelibat seseorang, tak juga dia nampak sedari tadi.

"Lagi 10 minit, kalau dia tak ada, aku pergi je la" Ujar Dayyan seraya set timer dalam telefonnya.

Dayyan terus perhatikan satu pintu yang menghubungkan sebuah klinik perawatan wajah dan keadaan di luar.

Selang beberapa minit, tiba - tiba pintu itu dibuka. Keluar lah seorang wanita yang memakai coat putih bersama dengan seorang lagi wanita memakai baju biasa.

"Betul la Hawa dah jadi dermatologist sekarang" Dayyan tersenyum kecil.

Hawa NurIman lihat pelanggannya masuk ke dalam perut kereta sebelum dia bersedia mahu masuk ke dalam. Tiba - tiba Hawa ditegur oleh seseorang membuatkan riak wajah wanita itu berubah sedikit.

Wajah Dayyan turut berubah bila lihat seorang lelaki datang menegur Hawa secara tiba - tiba.

"Adik dia ke tu? Bukan adik dia dekat Thailand ke sekarang? Ada perlawanan persahabatan kan?" Dayyan kembali duduk tegak. Matanya sudah dikecilkan untuk lihat wajah lelaki itu.

"Bukan Ziyyad ni" Kata Dayyan lepas pastikan lelaki tersebut bukan adik kepada Hawa.

Hawa lihat jam tangannya dan masuk semula ke dalam klinik. Tak lama lepastu Hawa keluar tanpa coat putih itu lagi dan beg silang di bahu.

Dayyan hanya lihat sahaja Hawa berjalan berdua dengan lelaki itu sehinggalah mereka hilang dari pandangan Dayyan.

Sebaik Hawa hilang dari pandangan Dayyan, Dayyan keluarkan telefon pintarnya dan terus dail nombor Puteri.

"Puteri, dapatkan saya nombor contact peribadi Afrina Natasha" Arah Dayyan dengan tegas. Keningnya masih berkerut lihat ke arah yang dilalui Hawa serta lelaki itu.

"Nombor peribadi Tuan?" Soal Puteri untuk kepastian.

"Ye, peribadi dan tolong jangan beritahu Fathi atau Fleur tentang ni" Dayyan terus akhiri panggilan telefon tersebut sebelum pakai tali pinggang keledar.

Entah sape - sape la lelaki tadi tu. Boleh pula Hawa berjalan berdua dengan dia. Apa perempuan tu dah habis kerja ke? Lantak lah, yang penting, Dayyan perlu jumpa dengan pembantu Fleur terlebih dahulu.

Hawa NurIman melepaskan keluhan berat,

"Berapa kali saya nak cakap dengan awak Amir..saya tak akan terima walau sepuluh lamaran awak sekali pun" Beritahu Hawa dengan riak wajah yang berkerut. Penat sudah dia ulang perkara itu berkali - kali.

"Kalau awak tak nak terima sepuluh lamaran saya, saya akan hantar 20 lagi lamaran pada awak" Lelaki bernama Amir itu tidak mahu mengalah.

"Hantar la, buat la, dan saya tetap akan tolak semuanya" Hawa sudah bersedia hendak tinggalkan restoran tempat mereka duduk itu tapi laju sahaja tangan Amir mendarat di lengan Hawa.

"Jangan pegang!" Tegas Hawa seraya tarik tangannya dengan agresif.

"Okay - okay, saya minta maaf" Amir angkat kedua belah tangannya seolah kena tahan dengan polis.

"Beri saya peluang Hawa, awak tau saya sukakan awak yang tersangat kan? Apa sebabnya awak tolak saya berkali - kali? Beritahu saya dan saya akan perbaiki" Amir cuba ajak berbincang cara baik.

"Bukan awak masalahnya, saya yang bermasalah. Saya masih belum boleh terima lelaki lain dalam hati saya. Itu la perkara yang saya cakap dengan awak berulang kali, awak tak muak ke nak dengar?"

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now