《 5 》

16K 1K 304
                                    

"Eh Fleur, abang baru teringat, kita mula puasa bulan Februari tau. Maknanya Fleur kahwin dengan Harraz sebulan sebelum puasa la kan?" Amsyar mengekor sahaja adiknya yang seorang itu. Fleur sedang pilih pakaian yang sesuai buat Harraz untuk dijadikan salah satu dari hantaran mereka nanti.

"Ye. Seronok la Fleur puasa tahun ni, puasa dengan suami" gadis itu mengenyitkan matanya pada Amsyar untuk menunjukkan kegembiraannya.

"Iyalah, bagus la tu. Pengantin baru pula tu kan, it's okay. I'm Amsyar and i'm okay" kata lelaki itu sedikit cemburu.

Fleur hanya tertawa kecil sahaja. Seronok betul dia cemburukan abang - abangnya sejak dia bertunang ni. Dah masuk sebulan Harraz dan Fleur bertunang dan kini persiapan perkahwinan mereka sudah pun siap 50 peratus.

"Esok Fathi kata Fleur tak masuk pejabat, adik nak buat apa?" Soal Amsyar hendak tau.

"Pagi tu Fleur nak pergi uruskan beberapa dokumen lagi untuk pendaftaran perkahwinan Fleur" gadis itu ambil satu baju kemeja dan ukurkan pada badan Amsyar memandangkan tubuh badan Amsyar lebih kurang sama seperti tubuh badan Harraz.

"Belum selesai lagi? Berapa lama lagi masa yang diaorang nak ambil ni? Apa lagi yang tak kena?" Amsyar sudah berdiri tegak agar Fleur dapat ukurkan kemeja itu dengan betul.

Fleur melepaskan keluhan kecil, "ini la jadinya.., bila warganegara Malaysia nak berkahwin dengan orang yang bukan be-warganegara Malaysia. Padahal Fleur duduk sini dah bertahun - tahun, Fleur orang melayu juga apa" gadis itu turut geram sama. Susah betul prosedur perkahwinan dia dan Harraz ni. Semuanya jadi complicated disebabkan Fleur bukanlah seorang warganegara Malaysia.

"Apa lagi yang kurang?" Tanya Amsyar. Mana la tau dia boleh tolong ke.

"Just a few documents.., nak kena hantar esok. Lepastu dia proceed lagi, nanti baru Fleur tau sama ada pendaftaran perkahwinan kitaorang di luluskan ataupun tidak" Fleur sudah bawa baju yang dia pilih ke kaunter pembayaran.

"Dan kalau dia tak luluskan?" Sengaja Amsyar tanya begitu.

Fleur lihat abangnya sekejap, "Fleur nikah dekat Scotland je la" jawabnya tenang. Senang begitu. Nikah dekat negara suami tak boleh? Kita nikah la dekat negara isteri. Ha kan senang tu.

"Nice idea. Tapi itu kalau tak diluluskan je la ye..kalau diluluskan better Fleur nikah dekat sini, lebih senang. Lagipun Fleur dah ada sijil kursus perkahwinan semua kan" Amsyar ambil beg shopping yang sudah terletak barang yang dibeli Fleur buat bakal adik iparnya.

"Dah. Memang nak nikah sini pun kan, cuma tu la..kalau payah sangat, nikah sana je. Lagi satu, esok petang Fleur nak pergi klinik kesiha-"

Belum sempat Fleur nak habiskan ayatnya, Amsyar sudah mula terkejut beruk, "Apa?! Klinik? Kenapa?? Fleur tak sihat ke??" Soal lelaki itu bertubi - tubi. Suaranya yang kuat juga buat mereka jadi pandangan orang yang berada di sekitar mereka.

"Bukanlah abang" Fleur cubit perlahan pinggang si Amsyar, "Fleur dengan Harraz nak pergi buat HIV test..kan kitaorang nak kahwin, kena buat test tu!" Fleur bercakap dalam nada berbisik. Tangan Amsyar sudah ditarik oleh Fleur agar mereka berjalan jauh dari tempat itu. Malu gadis itu jadinya bila orang masih pandang - pandang ke arah mereka.

"Ouhhh kenapa tak cakap awal - awal" Amsyar kembali lega.

"Fleur nak cakap la tadi, yang abang pergi potong cakap Fleur tu kenapa?" Marah Fleur sedikit.

"Olololo janganlah marah cik puteri. Ni adik nak bawa abang pergi mana?" Soal Amsyar lepas Fleur tak berhenti tarik tangannya.

"Balik pejabat la. Abang kata harini abang boleh keluar tengah hari sampai pukul tiga je. Fleur pun ada kerja lagi nak selesaikan dekat pejabat tu" jawab Fleur.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now