《 21 》

9.1K 725 134
                                    

Muhammad Amsyar gigit bibir dalamnya. Sejak dia tau berita tentang kematian mak kandung Ayra, lelaki itu langsung tak boleh duduk tenang. Nak pula bila dia tau yang mak Ayra pergi sewaktu gadis itu berada di Rhode Island, lagi la bersalah Amsyar dibuatnya.

Sewaktu Amsyar terima pesanan daripada Ayra, pasti gadis itu sudah tau tentang kematian ibunya tapi Ayra masih fikirkan tentang perkhidmatan yang Amsyar beri padanya. Sedangkan Amsyar? Mengutuk gadis itu tanpa henti.

"Ya Allah.." Amsyar sudah tekup wajahnya.

"Sudahlah aku tengking dia waktu dia lintas tak tengok jalan semalam. Mesti dia tengah lost masa tu" Sumpah, Amsyar rasa bersalah yang teramat sekarang ni.

"What should I do.." Lelaki itu sudah tepuk dahinya berkali - kali, meminta agar otaknya beri kerjasama.

"Kalau aku mesej dia, mesti dia tak jawab punya" Amsyar masih bercakap sendirian.

Aisy sendiri sudah hubungi Ayra sebaik tahu yang gadis itu kehilangan ibunya buat selama - lamanya. Tapi wanita itu tidak angkat langsung panggilan telefon Aisy. Dah kalau panggilan telefon pun tak berangkat, inikan pula pesanan biasa.

Akhirnya Amsyar dapat satu idea, "Kau kan hacker Am" Amsyar terus buka laptopnya untuk trace nombor telefon Ayra.

Amsyar tau, ini dah dikira langgar privasi. Tapi Amsyar lebih rela di tangkap polis kerana langgar privasi berbanding tanggung rasa bersalah sepanjang masa.

Amsyar hanya perlukan masa 20 minit sahaja untuk trace nombor telefon gadis itu.

"Taman Riaksi?" Amsyar kerutkan keningnya sebaik nampak Ayra berada di tengah - tengah taman riaksi.

Amsyar kemudian lihat jam tangan yang dipakai. Pukul 2 petang, wanita itu buang tebiat ke duduk dekat tengah - tengah taman riaksi pada waktu tengah hari?

Tapi Amsyar ketepikan semua rasa pelik dan hairannya. Orang tengah sedih, sudah tentulah dia lebih suka bersendirian. Mujur Ayra berada di luar rumah, dapatlah juga Amsyar berjumpa dengannya. Amsyar terus buka almari pakaiannya dan ambil sebuah jacket bewarna kelabu cair memandangkan lelaki itu hanya pakai tshirt hitam sahaja sekarang.

Lelaki itu tak lupa akan kunci keretanya dan terus turun dari bilik hendak ke garage kereta. Jangan Ayra tiba - tiba berubah tempat pula sudah.

Ayra Hazirah lihat bunga matahari yang mekar cantik di hadapan tempat duduknya. Tak henti gadis itu tenung bunga tersebut. Lebah yang datang pun sudah bertukar ganti tapi Ayra masih berada di tempat duduk yang sama.

Cahaya matahari yang terik terus memancar kena tepat pada wajah Ayra. Gadis itu sudah tidak peduli lagi akan segala perkara yang berlaku. Tiada satu pun panggilan telefon yang berjawab.

Kalau ikutkan, kerja Ayra semuanya sudah selesai dan dia akan diberi tugasan baharu. Pasti orang atasannya sudah sumpah seranah Ayra dari jauh sekarang tapi Ayra tak pedulikan itu semua. Dia perlukan masa untuk diri dia juga.

Cahaya matahari yang memancar tiba - tiba hilang dan digantikan dengan sesuatu yang redup. Ayra masih tidak bergerak, pandangannya masih berada pada bunga matahari di hadapan. Tapi Ayra dapat lihat tubuh seseorang, menghalang cahaya matahari tersebut.

"Hai Amsyar" Tegur Ayra perlahan membuatkan Amsyar sedikit terperanjat.

"Macam mana kau tau aku Amsyar?" Amsyar masih setia berdiri di situ.

"Sebab kau tengah trace nombor telefon aku sekarang. Tak ada orang akan ke taman tengah - tengah panas terik ni" Jawab Ayra seolah orang tiada perasaan.

"Kau tau aku trace nombor kau?"

"Aku tau apa sahaja benda yang masuk dalam telefon aku sebab telefon aku dah di settingkan untuk tau perkara - perkara macam tu. Tak mungkin Ejen Rahsia hanya pegang telefon biasa" Ayra tersenyum sedikit.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now