《 22 》

10.7K 821 376
                                    

Ayra Hazirah terpaku tatkala lihat wajah Fleur Sophia dan Puan Mariana di pintu utama rumah agam Encik Iqram. Ternganga kecil gadis itu dek tak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"I remember you" Kata Fleur akhirnya lepas dia ingat semula di mana dia pernah berjumpa dengan wanita di hadapannya.

"C-cik eh Puan, Puan Fleur ingat saya?" Tergagap - gagap Ayra mahu bercakap dengan Fleur sekarang.

Fleur sudah tertawa kecil dengar Ayra tergagap begitu, "panggil je Fleur, tak payah la ber Puan bagai, saya tak selesa"

Ayra sudah senyum selebar yang boleh, tangannya tak henti tampar lengan Amsyar yang berlapikkan baju.

Amsyar hanya mampu sabar sahaja bila Ayra buat begitu.

"Saya rasa saya jumpa awak dekat majlis anniversary Avalance tahun lepas, kan? Awak yang beritahu pada pembantu saya, suruh saya hati - hati dengan seseorang" Kata Fleur.

"Ye saya la tu" Terharu Ayra jadinya bila Fleur ingat akan wajahnya.

"Mungkin saya pun pernah jumpa awak juga kot sebab tu muka awak macam familiar" Puan Mariana turut bersuara.

Ayra sudah tekup mulutnya. Bersinar mata gadis itu bila lihat Puan Mariana dan Fleur bersilih ganti.

"P-Puan Mariana, saya nak tanya boleh?"

"Tanyalah" Puan Mariana masih tersenyum lihat wajah Ayra.

"Apa rahsia Puan kekal awet muda macam ni? Cantik sangat.." Nada Ayra sudah seperti orang menangis. Maknya pun bukan main cantik, patutlah anaknya lawa.

Puan Mariana hanya mampu menahan tawa, "Teruskan tersenyum dan hidup bahagia. InsyaAllah, manis wajah tu tak akan ke mana - mana" Jawab Puan Mariana lembut.

"Aisy dah sampai?" Harraz tiba - tiba tegur Puan Mariana dan isterinya.

Ayra makin terperanjat bila lihat Harraz di depan mata.

"Dia kata tadi lagi sepuluh minit" Amsyar pusingkan badannya ke belakang.

"Ha tu dah sampai" Kata Fleur sebaik nampak kereta Aisy masuk ke perkarangan rumah.

Aisy dan Qamar keluar dari perut kereta dan berjalan ke pintu utama rumah. Ayra tidak terkejut apabila lihat Aisy tapi wanita itu terpana sebaik lihat wajah Qamar.

Ayra makin ke belakang dan tepaku lihat Qamar yang makin mendekat ke arah mereka.

"Assalamualaikum" Ucap Qamar baik.

"Are you Qamar?" Tanya Puan Mariana. Senyuman masih menghiasa wajah wanita hampir berusia 60-an itu.

"Yes, i am" Qamar tersenyum manis pada Puan Mariana.

Puan Mariana hanya mengangguk dan lihat Qamar serta Ayra bersilih ganti.

"Ayra, awak okay?" Tanya Puan Mariana bila Ayra tidak bergerak walau seinci.

Perlahan - lahan Ayra lihat wajah Puan Mariana, "tak.." Jawab Ayra perlahan.

"Kenapa?" Soal Fleur, Puan Mariana, Aisy serta Amsyar serentak.

"Ini keluarga goodlooking ke? Cantiknya semua" Ayra sudah seperti orang menangis.

"Yang kau menangis sebab tengok perempuan lawa kenapa?" Marah si Amsyar.

"Sebab semua perfect sangat" Jawab Ayra tak percaya.

"Ayra pun cantik juga apa. Manis je" Puji Fleur. Memang Ayra ada rupa yang manis. Orang kata kalau padankan dengan Amsyar, nampak sesuai aje.

"Aku kena puji dengan orang cantik" Ayra adu kan perkara itu pada Amsyar.

Fleur dan yang lain sudah tertawa lihat Ayra beri riaksi begitu tapi Amsyar hanya lihat wajah Ayra tanpa sebarang senyuman.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now