《 65 》

15.9K 908 506
                                    

"Assalamualaikum" Ucap Sumayyah lembut sebaik dia hampir sampai ke ruangan ruang tamu tingkat kedua.

"Waalaikumsalam" Jawab hampir kesemua ahli keluarga yang ada di ruang tamu tingkat dua itu.

Fleur dan Harraz terus bangun, tidak sabar mahu jumpa Fahnaz. Fleur bersalaman dahulu dengan Sumayyah. Jujur, Sumayyah berasa lega ya amat apabila lihat Fleur baik - baik sahaja.

"Fahnaz" Panggil Fleur apabila lihat bayi itu dalam dukungan Emir.

"Comelnya anak mama" Mahu menangis Fleur dibuatnya apabila Emir letakkan Fahnaz dalam baju beruang.

"Letak dia dalam baju yang tebal sikit, hujan dah mula turun sekarang. Risau dia demam pula" Beritahu Emir.

Fleur ambil Fahnaz dari dukungan si abang dan cium anaknya itu sepuas - puasnya.

"Mama rindu" Kata Fleur dengan mata yang berair.

Harraz turut cium wajah si anak dan apabila Harraz angkat sahaja kepalanya, Fahnaz terus tertawa kecil membuatkan yang lain cair mendengarnya.

"Baru pertama kali dengar dia ketawa selama dua hari ni. Kalau tak asik menangis aje sepanjang waktu" Emir ambil tempat duduk di sebelah Sumayyah.

"Mama minta maaf" Ucap Fleur lembut. Wajah Fahnaz di tatap penuh sayu.

"Duduk sayang" Harraz dakap bahu isterinya dan bawa Fleur ke sofa kosong.

"Bila kita nak buat kenduri cukur jambul Fahnaz ye?" Tanya Encik Iqram.

"Haah..kenduri aqiqah" Fleur lihat wajah Harraz. Macam mana la mereka boleh lupa akan perkara penting tersebut.

"Bila - bila yang semua free" Jawab Harraz.

"Cuba tanya mak dan ayah Harraz, bila mereka tak kerja atau cuti. Kita buat masa mereka berdua free" Encik Iqram beri cadangannya.

Harraz hanya mengangguk tanda setuju. Fleur terus bermain dengan si kecil tanpa hiraukan orang lain. Bersemangat pula anaknya itu harini.

"Aku je ke perasan yang makin hari, rupa Fahnaz ni macam rupa orang putih" Aisy akhirnya bersuara lepas lihat wajah Fahnaz dengan agak lama.

"Aku pun sebenarnya perasan juga tau. Rambut dia tiba - tiba macam warna coklat" Kata Emir pula.

"Kulit dia makin cerah" Dayyan turut setuju dengan dua adiknya itu.

"Memang ikut Fleur sangat ni" Ujar Puan Mariana pula.

"Pasrah je Harraz dekat sini" Harraz sudah sandarkan badan dia.

"Terkenal dia ni nanti..risau je umur lima tahun dah ramai orang hantar surat cinta" Kata Aisy tanpa alihkan pandangannya dari lihat wajah Fahnaz.

"Jangan la macam tu, awal sangat" Fleur lihat wajah abangnya.

"Silap - silap kan dik, bukan korang yang kena pergi lamar anak dara orang tapi anak dara orang yang melamar Fahnaz" Gurau Fathi.

"Itu macam interesting je" Harraz sudah senyum lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Fleur hanya gelengkan kepala dan lihat semula wajah Fahnaz.

"Assalamualaikum" Suara Amsyar tiba - tiba kedengaran membuatkan Puan Mariana mencari kelibat anak lelakinya.

"Amsyar?" Puan Mariana terus tegur Amsyar apabila lihat lelaki itu masuk ke dalam ruang tamu.

"Ye mummy, maaf, Amsyar tiba - tiba menghilang pula. Nak kena ambil si senah ni ha"

Ayra berjalan masuk ke dalam ruang tamu tingkat dua itu menggunakan tongkatnya.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now