《 62 》

11.2K 900 175
                                    

Muhammad Amsyar masuk ke dalam bangunan rawatan milik QAYR. Sudah dua hari Amsyar berada di sini tapi baru harini Amsyar dapat berjumpa dengan Ayra.

Lelaki itu mengekor seorang lelaki bertubuh sasa sehingga la lelaki itu berhenti di hadapan sebuah bilik. Terpampar di pintu bilik tersebut, kod agent Ayra, XG45/A.

"VIP Room, Deas XG45/A" Kata lelaki tersebut sebelum beri laluan pada Amsyar.

Amsyar menapak ke pintu bilik dan keluarkan kad identiti QAYR-nya. Amsyar scan dahulu kad itu di tempatnya sebelum lelaki tersebut scan ibu jarinya untuk pastikan identitinya. Tak cukup dengan itu, Amsyar juga perlu masukkan nombor pin rahsia yang direka tatkala Amsyar diserap masuk dalam QAYR.

Patutlah Amsyar tidak boleh sesuka hati masuk dan keluar bangunan QAYR. Setiap pintu mewajibkan Amsyar untuk scan kad identiti serta ibu jari dan masukkan nombor pin rahsianya. Terkadang ada pintu yang memerlukan Amsyar scan wajahnya dan dengarkan suaranya. Betul - betul ketat sistem di QAYR ini.

Apabila pintu itu dibuka, terdapat semburan sanitizer keluar dari frame pintu tersebut agar pelawat mahupun doktor yang masuk di-sanitizer terlebih dahulu sebelum jumpa dengan pesakit.

"Lampu di buka dengan kuasa dua" Ucap Amsyar dengan jelas. Barulah ruangan yang gelap gelita itu disinari dengan cahaya lampu yang malap.

Amsyar dapat lihat tubuh Ayra terbaring di atas katil. Kaki sebelah kanannya di simen, begitu juga dengan tangan sebelah kanannya. Mesin yang membaca degupan jantung Ayra di lihat penuh dengan rasa sayu.

Memandangkan Amsyar sudah biasa lihat mesin itu ketika Fleur ditidurkan, jadi Amsyar tahu la serba sedikit cara untuk baca degupan jantung Ayra.

Degupan jantung Ayra agak lemah, tidak la se-lemah mana cuma dalam keadaan Ayra begitu, pada bila - bila masa sahaja degupan jantung gadis tersebut boleh berhenti. Sungguh, apa yang berlaku pada Fleur, beri impak yang sungguh besar buat Amsyar. Takutnya dia apabila dengar degupan jantung seseorang lemah sahaja.

Ruangan wad Ayra langsung tidak seperti ruangan wad hospital biasa. Di saat ruangan wad hospital biasa dipenuhi kerusi untuk pelawat tapi wad QAYR ini depenuhi senjata api semata.

Di meja kecil bersebelahan katil Ayra, terletak dua jenis pistol berbeza. Dalam laci meja itu pula terletak peluru bagi pistol tersebut. Terdapat suatu seperti parang, tergantung di dinding wad. Terdapat juga senjata api yang lain.

Amsyar berjalan dan lihat dua jenis pistol di atas meja kecil itu. Satu daripadanya merupakan pistol Glock-17. Pistol itu la yang Amsyar belajar untuk gunakan harini. Buat pertama kalinya Amsyar pegang pistol dalam hidupnya.

Tiba - tiba mata Amsyar tertangkap pada sebentuk cincin yang berkilau, berada di pertengahan dua pistol tersebut.

Amsyar tidak perlu tengok dengan teliti pun cincin tersebut kerana dia tau, itu adalah cincin tunang mereka. Amsyar angkat tangan kirinya dan lihat cincin tunang mereka berdua. Cincin tunang Amsyar jauh lebih besar berbanding cincin tunang Ayra. Walaupun begitu, tangan Ayra lebih pantas dan lebih kuat daripada tangan Amsyar.

Tanpa Amsyar sedari, matanya mula berkaca apabila imbas semula mulut murai si tunang. Rindunya Amsyar pada kesayangannya itu tidak terkata. Ayra berada di hadapan matanya, wanita itu masih bernafas seperti selalu, jantungnya berdegup walaupun agak lemah tapi kenapa Amsyar rasa seolah Ayra makin jauh daripadanya?

"Bangunlah sayang..bangunlah" Akhirnya air mata Amsyar jatuh membasahi pipinya. Amsyar tutup kedua belah matanya menggunakan lengan tangan.

Buat pertama kalinya, Amsyar panggil Ayra menggunakan panggilan manis begitu. Baru saat ini Amsyar sedar, Ayra bukan sahaja wanita yang buat Amsyar berasa rimas dan sayang dalam masa yang sama tetapi Ayra juga telah berjaya robohkan dinding batu di hatinya. Amsyar pernah berulang kali cakap dia tak akan jatuh cinta tapi pada akhirnya, gadis bernama Ayra Hazirah berjaya buat Amsyar jatuh dalam gaung percintaan.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now