* 5 Hari Sebelum Mula Puasa *
Dayyan Aqil parkirkan kereta Mazda 3 Sedan-nya betul - betul di hadapan klinik perawatan wajah yang bernama Maynz.
Lelaki itu kemudian buka laci dashboard keretanya dan keluarkan sebuah kotak kecil yang dijaga oleh Dayyan dengan baik beberapa hari ini.
Dayyan lihat setiap sudut kotak tersebut untuk pastikan yang kotak itu kekal sempurna. Tak lama lepastu, kotak tersebut terus diletakkan di dalam poket blazer Dayyan.
Lelaki itu keluar dari perut kereta, berjalan dengan gahnya masuk ke dalam Klinik Perawatan Wajah Maynz.
Sebaik Dayyan masuk ke dalam, dia terus ditegur oleh seorang pekerja yang duduk di meja reception.
"Encik ada buat janji temu ke hari ni?" Tanya pekerja wanita itu dengan mesra.
Dayyan menapak ke meja utama tersebut, "saya tak ada buat apa - apa janji temu tapi saya nak berjumpa dengan dermatologist klinik ni, bernama Hawa NurIman" Ujar Dayyan baik.
"Ouh..saya minta maaf Encik, tapi kalau tiada janji temu, Encik tak dibenarkan jumpa dengan doktor sebab kami takut Encik akan ambil masa janji temu orang lain" Kata wanita itu sesopan yang boleh.
"Kalau macam tu awak boleh tolong periksa kan tak sama ada doktor Hawa ada janji temu ataupun tidak dalam masa 30 minit ni? Sebab kalau dia tak ada janji temu, boleh beri saya jumpa dengan dia sekejap?" Pinta Dayyan.
"Er.." Pekerja wanita itu sudah rasa serba salah.
"Awak boleh pergi tanya doktor Hawa sendiri. Cakap dengan dia, Dayyan Aqil nak berjumpa dengan dia. Saya percaya dia akan terperanjat dan terus setuju untuk jumpa dengan saya" Dayyan sedikit berlagak ketika katakan ayat tersebut.
Bukan main susah lagi lelaki itu mahu berjumpa dengan Hawa sekarang. Kalau tak dulu, pusing belakang sikit je pasti dia sudah nampak kelibat wanita itu.
Pekerja wanita itu lihat wajah Dayyan, menunjukkan rasa tidak percayanya. Tapi lepas Dayyan terus menerus pandang wajah dia dengan riaksi yang dingin, pekerja wanita itu terus beredar untuk beritahu Hawa.
"Doktor Hawa, ada seseorang nak jumpa dengan doktor" Beritahu pekerja tersebut.
Hawa yang sedang lihat skrin komputernya terus alihkan pandangan pada si wanita, "seseorang? Saya ada appoinment ke sekarang?" Hawa lihat jam di dinding.
"Bukan appoinment doktor" Beritahu wanita itu ringkas.
Wajah Hawa terus berubah, "kan saya dah kata, saya tak nak jumpa dengan Amir" Beritahu Hawa malas.
"Bukan Amir doktor tapi Dayyan Aqil"
Sebaik sahaja pekerja itu sebut nama Dayyan Aqil, Hawa terus berdiri dengan wajah yang jelas terperanjat. Dengan pekerja itu sekali ikut terperanjat sama.
"Dayyan Aqil? Serius?" Soal Hawa yang masih tidak percaya.
"Ye"
"Oh my.." Hawa sedikit kelam kabut.
Hawa terus buka satu laci untuk cari cermin kecil yang di simpan. Niatnya mahu rapikan rambut tapi bila ingat dia sedang berhijab sekarang, Hawa terus betulkan tudungnya agar lebih kemas.

YOU ARE READING
[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVE
Fantasy[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki kebahagiaan yang ia mahu kecapi selama ini. Pelbagai perkara indah datang berpusu dalam kehidupan ga...