《 4 》

17.4K 1.1K 256
                                    

Selepas selesai makan malam bersama keluarga Harraz dan Fleur, pasangan itu buat keputusan untuk luangkan masa sekejap di luar rumah sambil menikmati angin malam.

Fleur ambil tempat di sebuah kerusi rehat yang berada di ruangan kolam luar rumah. Harraz pula ambil tempat duduk di sebelah Fleur. Fleur hanya lihat kehadapan dengan segaris senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Jari Fleur masih bermain dengan cincin rose gold yang tersarung di jari manis sebelah kiri.

Disaat Fleur sedang tatap permandangan malam, Harraz disebelah hanya tatap wajah Fleur di sebelahnya. Bagi Harraz, itu la permandangan terindah dalam hidupnya.

"Cantik rumah ni, kawasan dia pun tenang je..Harraz sewa semata - mata untuk lamar Fleur ke?" Fleur sudah mula ajak berbual.

Harraz menggelengkan kepala walaupun Fleur tidak lihat dirinya sekarang, "Harraz tak sewa, rumah ni.." Harraz berhenti bercakap sebentar.

Fleur alihkan pandangannga lepas Harraz diam dalam tempoh masa yang agak lama, "Harraz dah beli rumah ni. Ini la rumah baru Fleur lepas kita kahwin nanti" jawab Harraz baik.

Fleur sedikit terperanjat, "beli? Rumah besar macam ni? Harraz, kawasan rumah ni dekat tengah - tengah bandar tau..mesti harga dia lagi berganda mahal. Kenapa beli?" Gadis itu sudah risau habis.

"Saya mampu dan rumah ni kan satu keperluan. Esok petang saya kena sign beberapa agreement dengan peguam yang uruskan hal jual beli rumah ni. Harraz ingat rumah ni Harraz nak letak atas nama Fleur, Fleur ikut Harraz ye esok?"

Makin terkejut la Fleur bila Harraz kata begitu, "Harraz..inikan rumah Harraz, Harraz yang beli, kenapa letak nama Fleur pula? Lagi pun rumah daddy yang besar tu pun atas nama Fleur juga"

"Harraz tau, tapi Harraz tetap nak rumah ni diletak atas nama bakal isteri Harraz. Rumah daddy tu mungkin hadiah daddy buat anak perempuan dia tapi rumah ni adalah hadiah Harraz buat bakal isteri Harraz" tak berhenti Harraz gelar Fleur sebagai bakal isteri dia. Kalau boleh sekarang juga dia mahu jadikan Fleur sebagai isteri.

Fleur hanya diam, tak mampu untuk berkata - kata, "Mummy bertungkus lumus kerja seorang diri selama ni, kembangkan perniagaan dia di negara orang agar Fleur dapat hidup selesa. Bila Fleur dapat ayah tiri, ayah tiri Fleur pula sanggup buat apa sahaja demi keselesaan dan kebahagiaan anak gadis dia. Tak kan la Harraz nak bagi Fleur hidup susah lepas kahwin nanti. Kalau boleh, Harraz nak Fleur terus hidup dengan selesa di bawah jagaan Harraz"

"Macam mana mummy dan daddy beri keselesaan pada Fleur selama ni, macam tu la keselesaan yang Harraz nak beri pada Fleur selepas kita kahwin. Macam mana abang - abang Fleur manjakan Fleur selama ni..macam tu la Harraz nak manjakan Fleur lepas Fleur jadi isteri Harraz yang sah. Ye sayang? Segala perkara yang Harraz rancang dan buat sekarang, semuanya demi keselesaan Fleur. Fleur setuju je ye?" Pujuk Harraz lembut.

Mata gadis itu sudah sedikit berair, tidak sia - sia dia setia dengan Harraz selama ni. Fleur hanya mengangguk dengan senyuman manis tanda dia setuju dengan semua perancangan Harraz. Fleur tau, Harraz lebih matang dari usianya. Sudah tentulah setiap keputusan yang Harraz buat, dia sudah fikir akan baik dan buruk keputusan tersebut.

♧ ♧ ♧

"Bahagianya adik abang sorang ni" tegur Emir lepas lihat Fleur tak berhenti senyum sejak masuk ke dalam kereta tadi.

Teguran Emir membuatkan Fleur sedar dari lamunannya. Gadis itu berdehem sekali seraya betulkan posisi duduknya. Aisy di belakang turut tersenyum gembira buat adik bongsunya itu.

"Mesti abang - abang Fleur semua dah tau kan yang Harraz nak lamar Fleur harini?" Pandangan Fleur beralih untuk lihat Emir yang sedang memandu.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now