《 30 》

9.8K 797 130
                                    

Fathi Wazif tak henti lepaskan keluhan sejak dia pulang dari speedmart tadi. Sebaik Fathi ingat di mana dia pernah berjumpa Zara dahulu, lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan abaikan sahaja Zara di situ.

Patutlah Fathi seolah pernah nampak senyuman Zara, patutlah dia seolah pernah dengar Zara tertawa kecil. Semuanya kerana Zara pernah senyum dan tertawa kecil padanya kira - kira 10 tahun dahulu.

Zara juga pernah cakap waktu interview beberapa bulan lepas yang dia ada sesuatu mahu lakukan di Avalance. Mungkin ambil hati Fathi adalah salah satu daripada sebab Zara mohon kerja sebagai pembantu Fathi.

Resah Fathi dibuatnya, tak duduk diam lelaki itu sedari tadi. Sudahlah Zara tu pembantu dia, esok Fathi akan berjumpa dengan Zara lagi jadi macam mana pula hubungan mereka esok? Masih sama ke? Atau akan jadi kekok?

Akhirnya Fathi labuhkan punggung di atas tilam empuknya. Lelaki itu menekup wajahnya menggunakan kedua belah tangan.

"Buang je la dia..apa susah" Kata Fathi sendirian.

Lelaki itu diam sekejap memikirkan cadangan dia yang satu itu sebelum mengangguk perlahan, "its for your own good" bisiknya lagi sebelum Fathi ambil tuala mandinya.

Lelaki itu masuk ke bilik air untuk bersihkan diri. Esok, Fathi sendiri akan panggil Zara dan buang gadis itu dari kerja.

♧ ♧ ♧

Muhammad Aisy keluar dari rumahnya selepas selesai menunaikan solat isyak. Lelaki itu berjalan perlahan - lahan, menuju ke rumah Qamar Khawla dengan perasaan yang agak gementar.

Aisy ucapkan perkataan basmalah dahulu sebelum lelaki itu beri salam, mengharap yang Qamar ada di rumah sekarang.

"Waalaikumsalam" Qamar buka pintu rumahnya untuk lihat si tetamu. Qamar sebenarnya tau, itu adalah suara Aisy. Sengaja wanita itu mahu buka pintu untuk lihat apa yang Aisy mahukan.

"Yes?" Tanya Qamar baik.

"Qamar, can we talk?" Tanya Aisy dengan lembut.

Qamar tidak menjawab, malah dia lihat tubuh Aisy dari atas ke bawah sebelum wanita itu tutup pintu rumahnya semula.

"Qamar" Panggil Aisy sedikit kecewa.

Lelaki itu pejamkan matanya seraya menundukkan kepala. Qamar di dalam rumah sudah sandarkan tubuh belakangnya pada pintu rumah.

"Qamar, salah ke kita mencintai seseorang? Kenapa awak buat seolah perasaan manusia ni boleh dikawal seperti kereta kontrol?" Tanya Aisy dari luar rumah.

Terasa Qamar dibuatnya bila dengar Aisy kata begitu.

Aisy tunggu lagi di hadapan pintu Qamar, lelaki itu seolah enggan untuk lepaskan peluangnya kalini.

"Qamar" panggil Aisy buat kali terakhir. Kalini kalau Qamar masih enggan untuk berjumpa dengannya, Aisy akan anggap yang wanita itu bukanlah takdirnya.

Tapi kurang dari 10 saat, Qamar buka pintu rumahnya dengan wajah yang bersalah.

Wajah Aisy terus berubah bila lihat Qamar buka pintu rumah. Qamar lihat wajah Aisy lama sebelum keluar dari rumahnya menuju ke lift.

Aisy menganggap yang Qamar mahu bawanya dan bercakap di tempat lain jadi Aisy hanya mengekor sahaja Qamar dari belakang.

Benar apa yang Aisy sangka, Qamar bawanya ke ruangan rekreasi kecil yang berada di tingkat 13.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now