《 29 》

9K 758 123
                                    

Emir Amirullah lihat meja yang menjadi tempat duduk Xiu Ying selama dua minggu ini. Wanita itu tak datang harini, pasti ada kena mengena dengan apa yang berlaku malam Ahad lepas.

Emir hanya mampu melepaskan nafas berat. Dari haritu lelaki tersebut cuba untuk cari punca Xiu Ying bencinya tapi sampai ke harini dia tak tau apa punca sebenarnya.

Emir akhirnya buat keputusan untuk pergi ke rumah Harraz dan Fleur sahaja petang ini. Memang tak la dia mahu pulang ke rumah dengan hati yang sakit begini. Tak pasal - pasal nanti Puan Mariana dan Encik Iqram sedar akan perubahan dirinya.

"Assalamualaikum" Emir memberi salam sebaik berdiri di hadapan pintu rumah Harraz dan Fleur.

"Waalaikumsalam" Kelam kabut Fleur pakai tudung sarungnya apabila dengar orang beri salam.

Dalam masa yang sama, kereta Harraz turut masuk ke dalam perkarangan rumah membuatkan Emir menoleh untuk lihat adik iparnya.

"Abang?" Wajah Fleur sedikit berkerut bila lihat sosok tubuh Emir berdiri di hadapan pintu rumahnya.

"Emir? Buat apa dekat sini?" Harraz juga sudah bertanya dek kehairanan.

"Aku nak berbuka dekat sini, boleh?" Sayu sahaja suara Emir sekarang.

"Abang are you okay?" Fleur terus melangkah untuk dekatkan dirinya pada Emir.

Gadis itu lihat wajah Emir dengan kening yang berkerut. Bawah mata Emir sedikit gelap, wajahnya juga tidak bermaya membuatkan hati terus bertukar risau.

"Masuklah Emir, bersihkan diri. Aku bagi kau pinjam baju aku" Pelawa Harraz.

"Jom" Fleur terus tarik tangan abangnya, bawa Emir masuk ke dalam.

Sementara Harraz dan Emir bersihkan diri mereka, Fleur cuba untuk tambah beberapa lagi juadah buka puasa memandangkan Emir akan berbuka di sini.

Sebaik Fleur selesai, Harraz terus turun ke bawah seraya mencari kelibat abang iparnya.

"Emir mana?" Harraz bertanya pada Fleur yang baru masuk ke dalam ruang tamu.

"Kat atas kan?"

"Abang tengok bilik yang Emir guna kosong je" Wajah Harraz kembali berkerut.

"Pula?" Gadis itu sudah berjalan untuk cari abangnya.

"Abang Emir?" Panggil Fleur sedikit resah.

"Abang dekat kolam" Emir menjawab membuatkan pasangan itu terus menuju ke ruangan luar rumah.

"Abang" Panggil Fleur dengan baik. Gadis itu turut masuk ke ruangan gazebo yang ada di luar rumah mereka.

"Ada sesuatu yang tak kena, kan?" Tanya Fleur.

Emir hanya mengangguk, tidak mahu sorokkan keresahannya lagi.

"Mind to share with me?" Lembut sahaja cara Fleur bertanya.

"Abang masuk dalam dulu" Harraz sudah minta diri untuk beri dua beradik itu ruang.

Emir melepaskan keluhan seraya tutup matanya, "hati abang sakit adik.." Adu Emir akhirnya.

Terdiam Fleur bila Emir kata begitu padanya. Tak pernah Emir kata begitu sebelum ni, waktu Emir terasa dengan Erica dulu pun, lelaki itu tak pernah ucapkan perkataan sakit tersebut. Nak menangis Fleur rasanya bila lihat Emir sedih begitu.

"Sakit kenapa.." Tanya Fleur. Suara Fleur sudah sedikit perlahan dek menahan sebak.

"Lepas dari adik telefon abang tu kan, abang terus pergi satu taman untuk jogging, lepaskan stress. Tapi tiba - tiba abang jumpa dengan Xiu Ying, tengah menangis teresak - esak. Abang tanya dia kenapa dia menangis, lepastu dia cakap dia menyesal tolong abang. Dia benci abang..harini hari Isnin, sepatutnya dia bekerja seperti biasa tapi dia tak datang pun" Cerita Emir lemah.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now