《 1 》

19.5K 1.2K 123
                                    


5 Tahun Kemudian

"Betul ke okay ni? Sure?" Fleur lihat lagi wajahnya di cermin meja solek yang berada di dalam bilik tidurnya. Dengan berhati - hati jari jemari halus Fleur pegang awning tudung yang sudah terbentuk rapi.

"Jangan di pegang la awningnya" tegas Aisy.

"Okay okay" Fleur terus jauhkan tangannya dari tudung yang dipakai. Gadis itu kemudian menghadap Aisy yang berdiri di sebelahnya, "betul ke okay bang? Cantik? Serius?" Fleur mengelipkan matanya berkali - kali pada Aisy, membuat wajah comel untuk meminta pujian.

Aisy ukirkan segaris senyuman manis buat adiknya, "cantik, adik abang sentiasa cantik" puji Aisy lembut membuatkan hati Fleur meleyot cair dibuatnya.

Fleur kembali tatap cermin di hadapan sebelum tersenyum puas dengan rupanya sekarang. Gadis itu bangun dari kerusi dan bergerak ke closet untuk cari kasut dan beg silang.

Aisy masukkan kerusi solek Fleur ke dalam mejanya dan melangkah sekali ke closet pakaian gadis itu. Seperti biasa, Fleur akan bermain dengan dagu runcingnya di hadapan rak kasut untuk pilih sama ada dia mahu pakai heels, sneakers, boot atau sandals biasa. Bila jenis kasut dah pilih, kena pilih jenama pula, lepastu warna kemudian baru la dia dapat kasut yang dia mahu. Itu baru kasut, belum beg dan aksesori lain.

Aisy yang sudah masak dengan perangai Fleur terus menuju ke meja yang meletakkan segala aksesori gadis itu. Aisy ambil gelang serta cincin halus yang diperbuat daripada emas putih. Dengan berhati - hati, Aisy bawa dua aksesori itu ke Fleur.

Tangan kanan adiknya yang berada di dagu di ambil perlahan oleh Aisy dan dipakaikan gelang yang dia pilih. Aisy kemudian sarungkan cincin bersaiz 7 itu pada jari tengah Fleur.

Fleur tidak bergerak walau se-inci pun menandakan yang dia sudah biasa dilayan begitu. Bukannya dia yang minta dan bukannya dia mahu berlagak seperti seorang puteri, dah abang - abangnya selalu buat begitu, dia okay je.

Aisy kemudian teliti pakaian yang adiknya pakai, berpakaian formal hendak ke pejabat seperti selalu cuma kali ini dia mengenakan tudung bawal yang cantik terletak di atas kepala. Lepas selesai lihat pakaian si adik, Aisy ambil beg bewarna kelabu cair serta kasut tinggi yang tidak berapa tinggi, bewarna kelabu cair juga untuk adiknya.

Aisy sarungkan beg silang itu pada bahunya dan pegang sepasang kasut yang dipilih pada tangan kiri, "dah jom" Aisy sudah tarik tangan adiknya.

"Abang dah pilih ke? Okay ke begnya? Tengok sikit kasut apa, taknak la tinggi sangat..harini kan har-"

"Harini hari Isnin, adik banyak kerja dan banyak bergerak. Taknak kasut yang tinggi takut nanti kaki sakit tapi dalam masa yang sama adik tetap perlukan kasut yang tinggi sebab adik akan berjumpa dengan pemilik syarikat lain harini dan adik nak nampak lebih tinggi dari ketiggian adik sekarang" potong Aisy laju membuatkan Fleur tergamam.

Hampir kesemua panggil Fleur menggunakan nama panggilan adik sekarang walaupun dihalang oleh Emir berkali - kali. Tapi bak kata Amsyar, Fleur ni adik mereka juga, jadi mereka ada hak untuk panggil Fleur adik.

Aisy tidak berhenti berjalan dan tetap tarik tangan adiknya perlahan agar gadis itu juga terus melangkah, "abang tau Fleur, abang dah hadam dah dengan perangai adik abang sorang ni dan sebab tu juga la adik kena cepat. Dah nak pukul 8:30 pagi dah, adik sarapan pun belum, nak drive kereta lagi, nanti entah pukul berapa adik sampai dekat pejabat kalau berlengah - lengah depan rak kasut tu" bebel Aisy panjang lebar. Mengalahkan Puan Mariana.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now