《 57 》

12.1K 950 134
                                        

"Abang" Panggil Fleur Sophia tenang.

"Ye sayang?" Harraz yang sedang kemaskan barang - barang Fleur terus menoleh lihat si isteri yang duduk di atas katil.

"Sekejap lagi sayang nak keluar daripada wad ni..tapi sayang tak ada purdah" Adu gadis itu. Tak tenang hati Fleur dibuatnya apabila kenangkan perkara tersebut.

Fleur sudah biasa tutup wajahnya apabila keluar daripada rumah. Terkadang, apabila dia berada di dalam rumah Encik Iqram, gadis itu turut pakai purdah apabila kenangkan auratnya bersama si abang sedangkan wajah wanita bukanlah sebahagian daripada aurat.

Harraz tersenyum kecil seraya lihat semula ke hadapan. Harraz cari sesuatu di dalam beg yang menempatkan pakaian - pakaian Fleur. Mujur Harraz ada bawa satu purdah Fleur ke hospital.

"Abang ada bawa satu, warna hitam" Harraz menapak ke katil si isteri.

Fleur terus tersenyum apabila lihat purdah di tangan Harraz.

"Alhamdulillah" Fleur panjangkan tangannya, mahu ambil purdah di tangan Harraz.

"Abang pakaikan boleh?" Harraz meminta izin terlebih dahulu.

"Boleh" Makin gembira la Fleur jadinya apabila Harraz kata begitu.

Harraz pakaikan Fleur purdah tersebut dengan kemas. Ikatannya tidak terlalu ketat, tidak juga terlalu longgar. Purdah tersebut dikemaskan agar Fleur lebih selesa.

Harraz lihat kedua anak mata Fleur sebelum beri kucupan hangat di dahi isterinya.

"Cantik isteri abang" Puji Harraz membuatkan mata Fleur mengecil.

"Lama lagi ke abang nak mengemas? Sayang nak tolong boleh?" Kali ini, Fleur pula yang meminta izin.

"Jangan mengada sayang. Sikit je lagi, sabar..Fahnaz tak ke mana" Harraz usap kepala isterinya yang berlapikkan tudung sebelum kembali kemas barang - barang Fleur.

Selepas tiga hari Fleur sedarkan diri, akhirnya pihak hospital benarkan Fleur keluar. Hari ini juga sebenarnya merupakan hari pertama Fleur akan berjumpa dengan Fahnaz. Fleur tak dibenarkan keluar daripada wad wanita sebelum ini, doktor khawatir kalau - kalau jantung Fleur tiba - tiba berhenti berdegup lagi, akhirnya Fleur tidak dapat berjumpa dengan Fahnaz. Tapi harini, sebelum pulang ke rumah, sudah tentulah gadis itu akan singgah ke wad bayi, mahu lihat si buah hati kecil mereka.

"Okay dah siap" Harraz bawa beg itu dan letakkan di atas katil, bersebelahan Fleur.

Harraz kemudian ambil kerusi roda yang disediakan oleh pihak hospital dan pimpin Fleur duduk di atas kerusi roda tersebut.

"Selesa?" Tanya Harraz.

"Selesa"

"Sayang pegangkan beg ye?" Harraz letakkan beg itu di peha Fleur dengan berhati - hati.

"Hati - hati, jangan terkena perut. Pedih nanti" Pesan Harraz apabila Fleur letakkan tangannya di atas beg tersebut.

"Baik suamiku sayang" Ayat balasan Fleur itu benar - benar buat hati Harraz berbunga.

"Bismillah" Harraz tolak kerusi roda Fleur itu menuju ke arah keluar wad.

"Lepas berpantang ni, abang nak sayang makan banyak - banyak lepastu tak payah buat apa - apa, duduk je rumah tak pun duduk je pejabat. Abang hantar sayang pergi kerja, lepastu ambil sayang. Sayang duduk dekat tempat penumpang je, tidur" Kata Harraz membuatkan Fleur mendongak untuk lihat wajah suaminya.

"Sakit tengkuk tu nanti sayang" Tegur Harraz dengan baik apabila Fleur mendongak begitu.

"Nanti kalau sayang makan banyak - banyak dan tak buat apa - apa, berat sayang naik la" Kening Fleur berkerut sedikit.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now