《 17 》

10.7K 787 123
                                    

"Sayang!" Jerit Harraz dari tingkat atas.

"Ye?!" Fleur yang sudah berada di bawah lihat ke tingkat atas sekejap bila Harraz jerit begitu.

"Sayangggg!" Jerit Harraz lagi dengan nada mengadanya membuatkan Fleur menggelengkan kepala.

Fleur berjalan naik ke bilik mereka untuk berjumpa dengan Harraz.

"Apa jerit - jerit pagi - pagi ni?" Tanya Fleur sebaik masuk ke dalam bilik mereka.

"Sayang buatkan rambut abang" Pinta Harraz sambil hulurkan krim serta sikat rambutnya pada Fleur.

Fleur melepaskan keluhan kecil, "Selama ni elok je buat rambut sendiri kan?" Fleur ambil barang yang di hulur.

"Ala layan suami, apa salahnya" Harraz sudah duduk di atas katil.

"Memang la layan suami tapi sayang dekat bawah pun tengah bersedia untuk layan suami dengan sediakan sarapan" Bebel Fleur seraya gayakan rambut suaminya.

"Takpelah, nanti kat bawah, abang pula yang layan sayang" Tak henti Harraz mendongak untuk lihat wajah isterinya.

"Pagi - pagi dah senyum sampai ke telinga ni, tak sabar sangat ke nak pergi kerja tu" Tanya Fleur.

"Tak lah, abang senyum sebab tengok sayang. Dulu abang siap pergi kerja sorang - sorang, tapi kalini abang siap nak ke kerja pun ada orang teman. Seronok la" Ceria sungguh nada Harraz sekarang.

"Jangan mula - mula je seronok ye? Nanti dah lama - lama, abang jadi rimas pula"

"Tak mungkin abang rimas dengan sayang" Harraz sudah peluk pinggang isterinya seraya rapatkan kepala di perut Fleur.

"Abang, cepatlah kang abang lambat pergi kerja ni" Kerja Fleur tergendala sebentar bila Harraz buat begitu.

"Alahaih, abang tak mahu pergi kerja" Perlahan - lahan Harraz leraikan pelukannya.

"Jangan mengadalah. Abang kena ingat, sayang ni suka meminta barang. Kalau abang tak ada duit, nanti sayang nak kikis duit siapa?"

"Jangan sayang kikis duit lelaki lain pula sudah. Kalau nak apa - apa, terus je beritahu abang, abang belikan untuk sayang" Wajah Harraz bertukar serius sekejap.

"Memang minta dekat Harraz pun" Jawab Fleur tenang.

Fleur mengundur beberapa langkah ke belakang dengan segaris senyuman, "Dah?" Tanya Harraz.

"Perfect" Puji Fleur seraya letakkan barang - barang itu di meja solek mereka.

"Hensem la sayang!" Harraz turut memuji.

"Dah tau hensem tu sila jaga hati dan jaga diri. Ingat! Ada banyak apa kat luar tu?" Fleur sudah bergerak ke bilik air untuk cuci tangan.

"Ada banyak ulat bulu!" Sambung Harraz dengan tawa kecil.

"Pandai" Fleur keluar dari bilik air dan terus melangkah turun ke bawah bersama dengan Harraz untuk jamah sarapan mereka.

"Salam" Fleur sudah hulurkan tangannya pada Harraz.

Sebaik Fleur angkat wajahnya, Harraz terus beri kucupan di dahi Fleur.

"Sayang pandu kereta elok - elok tau. Apa - apa nanti sayang telefon je abang" Pesan Harraz.

"Abang pun sama. Hati - hati waktu bekerja" Fleur peluk sekejap tubuh suaminya.

Harraz usap kepala Fleur lembut sebelum masuk ke dalam keretanya. Fleur turut masuk ke dalam perut keretanya, masing - masing sudah bersedia mahu ke tempat kerja.

Harraz beri Fleur keluar dahulu baru la Harraz pandu keluar dari perkarangan rumah baru mereka. Ini lah kehidupan yang bakal Harraz dan Fleur jalani sepanjang hidup bersama.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now