《 45 》

9.4K 752 156
                                    


* 1 Bulan Kemudian *

Fathi Wazif berjalan keluar dari kilang utama Avalance selepas selesai buat lawatannya pada petang itu.

"Zara, balik pejabat nanti I nak you periksa balik semua keluaran perfume perempuan untuk bulan ni sebab I rasa jumlah modal perfume yang keluar melebihi jumlah keluaran barangan la" Arah Fathi seraya berjalan menuju keretanya.

"Baik Fathi" Jawab Zara selamba membuatkan Fathi hentikan langkahnya.

Lelaki itu pusing ke belakang dengan wajah yang hairan, "You panggil I apa Zara?" Fathi bertanya.

"Fathi" Kata Zara sepatah.

"You panggil I dengan nama Fathi sahaja?" Fathi masih cuba untuk pastikan perkara tersebut.

"Ye. Saya kata, baik Fathi" Zara ulang sekali lagi dengan ayat yang lebih jelas kali ini.

"Siapa bagi you keizinan untuk panggil I menggunakan nama sahaja? Adab mana?" Nada Fathi sedikit tinggi.

"Ada je adab saya dalam diri. Kenapa saya tak boleh panggil awak Fathi pula? Kita bukan dekat dalam pejabat atau tempat yang melibatkan pekerjaan. Kita dekat luar pejabat iaitu di parkir lot kereta" Jawab Zara tenang.

"Tapi kita masih di dalam waktu bekerja" Suara Fathi mula mendatar.

Zara menggelengkan kepala seraya lihat jam tangannya, "Saya harini sampai pejabat pukul 8 pagi maknanya masa kerja saya selesai pukul 5 petang. Sekarang dah pukul 5:46 petang Fathi bermakna kita berada di luar masa bekerja" Kata Zara panjang lebar.

Fathi bagai tidak percaya apa yang Zara katakan sekarang.

"Oh by the way, ni jam tangan koleksi berlian Avalance. Cantik kan? Saya baru beli minggu lepas" Zara tunjuk jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan sebelah kanan.

Mulut Fathi sedikit terbuka bila lihat Zara berkelakuan seolah rakan dengannya.

"Fathi nak balik ke lepasni? Ke ada nak pergi mana - mana lagi?" Soal Zara ingin tahu.

"Yang you sibuk nak tau I pergi mana tu dah kenapa?" Nada Fathi masih kedengaran dingin.

"Kenapa saya tak boleh tau? Selama ni Fathi memang beritahu pada saya kan, ke mana Fathi pergi" Zara berdehem sedikit.

"Zara, I pergi cafe bawah sekejap" Zara mengajuk semula salah satu ayat yang selalu di-ucapkan oleh Fathi menggunakan suara beratnya.

Makin terkesima la Fathi jawabnya.

"Jadi Fathi tak nak beritahu Zara ke Fathi nak ke mana lepasni?" Suara Zara kembali seperti biasa.

"Berani betul la dia ni.." Fathi berbisik seraya mencekak pinggang.

"Saya memang berani, terima kasih sebab memuji" Senyuman Zara makin lebar.

"Ergh" Fathi terus melangkah ke keretanya dan buka pintu bahagian pemandu.

"Eh?! You buat apa tu?" Tanya Fathi apabila Zara buka pintu kereta bahagian penumpang di sebelah.

"Balik lah" Jawab Zara.

"Lepastu? Kenapa naik kereta I?" Wajah Fathi sudah berkerut.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now