《 32 》

8.7K 762 237
                                    

"Bye abang!" Sarah melambai dengan riangnya ke arah Fathi.

"Bye Sarah" Balas Fathi baik dengan senyuman kecil di bibir.

"Wazif! Jap jap jap" Farah berlari anak untuk dapatkan abangnya itu.

"Ada apa?" Soal Fathi seraya toleh untuk lihat adiknya.

"Nah, lolipop. Haritu Farah beli untuk beri dekat Wazif" Farah hulurkan dua lolipop buat abangnya.

Fathi tersenyum lihat lolipop di tangan Farah, "Lama dah Wazif tak makan lolipop" Katanya.

"Nanti Wazif makan lah. Lepastu kan, nanti masa raya kedua ke raya ketiga ke, Wazif bawa Farah jumpa Fleur boleh? Dah lama Farah nak jumpa dia" Pinta Farah dengan baik.

"Oh ye..Wazif asik lupa je Farah nak jumpa dengan Fleur. Okay, nanti Wazif bawa" Fathi hanya tersenyum senang lihat wajah adiknya.

"Hati - hati bawa kereta. Apa - apa nanti Wazif beritahu Farah tau" Pinta gadis berumur 18 tahun itu dengan baik.

"Okay" Fathi lambai sekejap adiknya, Farah, sebelum buka pintu kereta.

"Fathi Wazif!" Terhenti segala kelakuan Fathi bila namanya dipanggil dengan kuat begitu.

Fathi lihat wajah Sarah dengan kening yang berkerut. Dah kenapa pula la adiknya itu menjerit pula malam - malam ni.

"Kenapa ni Sarah? Kita masih dalam waktu maghrib kan?" Nada Fathi sedikit tegas tapi masih kedengaran baik.

Farah sudah hembuskan nafas berat, ada la tu perkara yang Sarah tak puas hati.

Sarah menapak ke tempat abangnya berdiri, "Kenapa abang boleh layan akak dengan baik? Senyum, ketawa dengan dia tapi tak boleh buat perkara yang sama dengan Sarah? Sarah ni adik abang juga tapi kenapa abang seolah pilih kasih? Sedangkan Sarah ni bongsu tau!" Bentak Sarah dengan muka yang memerah.

"Sarah! Jangan buat masalah la" Tegur Farah.

"Kau diam la! Seronok la kau kan abang layan kau elok? Habistu aku ni?" Sarah sudah lihat wajah Farah dan Fathi bersilih ganti.

"Sarah, jaga perangai" Tegur Fathi, masih dalam keadaan baik.

"Jaga perangai? Abang tu yang sepatutnya jaga hati adik abang. Ni tak! Makin lebihkan adik tiri berbanding adik kandung"

"Sarah!" Farah dan Fathi bersuara serentak.

"Kenapa? Nak marah?" Tak sedikit pun Sarah tunjuk riak wajah bersalahnya.

"Ye! Memang Wazif nak marah sekarang ni" Balas Fathi dengan pantas.

"Sarah, Sarah tau tak kenapa Wazif lebih selesa dengan Farah sekarang ni? Kenapa Fathi layan Farah lebih baik berbanding Sarah? Sebab Sarah tak dengar cakap Wazif! Sarah tak pernah ikut walau satu pun arahan yang Wazif beri pada Sarah. Wazif dah cakapkan, ada masa Wazif jumpa Sarah dan Farah macam sekarang ni. Kalau korang nak jumpa Wazif, beritahu Wazif terlebih dahulu. Tapi ada Sarah ikut tak pesan Wazif?" Fathi lihat wajah Sarah seraya cuba menahan geram.

"Tak ada. Satu pun tak ada malah Sarah pergi ke pejabat Wazif, marah - marah pembantu Wazif seolah Wazif ni tak ada air muka. Ye memang abang Sarah ni pengarah syarikat tapi syarikat tu bukan syarikat abang! Itu syarikat Fleur. Kenapa Sarah datang sana, menjerit seolah syarikat tu syarikat mak Sarah? Bukan itu sahaja, Sarah hina keluarga Wazif, cakap buruk tentang keluarga Wazif, kecam adik - beradik Wazif dekat sosial media. Lepas Sarah dah buat semua tu, Sarah ingat Wazif nak layan Sarah dengan baik ke?"

"Sarah sepatutnya bersyukur, Wazif dapat terima korang berdua, dapat layan korang berdua dengan baik walaupun tak sebaik Wazif layan Fleur. Wazif cuba Sarah. Wazif cuba untuk manjakan korang macam mana Wazif manjakan Fleur tapi kalau Sarah terus - terusan buat perkara yang Wazif tak suka, Sarah ingat Wazif boleh terus layan Sarah dengan baik?" Fathi berhenti bercakap beberapa saat.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now