《 36 》

8.7K 795 259
                                    

Muhammad Amsyar masuk ke dalam kawasan hospital dengan agak kelam kabut. Dia sendiri tak tau apa yang perlu dia lakukan sekarang, dengan siapa dia perlu berjumpa? Boleh ke dia bertanya pada jururawat biasa sahaja?

Tak terurus Amsyar dibuatnya. Lelaki itu tidak salin pakaian. Sebaik sedar dari rasa sedihnya, lelaki itu terus ambil kunci kereta dan pandu keretanya terus menuju ke Hospital Cempaka yang berada di Nilai, Seremban. Agak jauh, tapi dia tak pedulikan semua itu.

"Nurse, saya nak tanya" Panggil Amsyar dengan suara yang bergetar. Hatinya masih tidak percaya dengan semua berita tersebut.

"Ye saya?" Jururawat yang sedang berjalan itu hentikan langkahnya dan terus lihat wajah Amsyar.

"Ada ke mayat seorang perempuan di letakkan di hospital ni? Maksudnya macam.., aaa" Amsyar betul - betul tak dapat berfikir dengan betul sekarang ni. Ayatnya juga agak berterabur.

"Maaf Encik, tapi kalau berkenaan dengan jenazah atau mayat, saya tak tau sebab saya tak jaga bahagian tersebut" Ucap jururawat itu dengan baik.

"Ouh.." Amsyar hanya mengangguk dengan perlahan.

"Encik Amsyar?" Tiba - tiba ada suatu suara garau tegur Amsyar dari belakang membuatkan Amsyar terus palingkan wajahnya.

Amsyar lihat sosok tubuh seorang lelaki dengan keadaan wajahnya yang agak calar balar. Mungkin lelaki itu juga merupakan seorang agent rahsia.

"Awak kenal Ayra ke?" Amsyar terus tanya begitu.

Lelaki itu hampiri Amsyar tanpa sebarang jawapan, "Nama saya Firdaus" Katanya.

"Okay. Sekarang ni saya cuma nak tau, Ayra mana?" Amsyar tidak mahu dengar tentang perkara lain selain wanita bernama Ayra. Itu sahaja perkara yang berada dalam fikirannya.

Firdaus tundukkan wajahnya membuatkan mata Amsyar kembali berkaca, "Encik Firdaus..tolonglah, beritahu saya, Ayra mana?" Nada Amsyar betul - betul seperti orang yang menahan tangis.

"Saya minta maaf" Itu sahaja perkara yang mampu di ucapkan oleh Firdaus sekarang.

"Kalau betul dia dah tak ada, bawa saya ke mayat dia. Saya dan keluarga akan usaha untuk uruskan jenazah dia" Beritahu Amsyar dengan berani.

"Kalau itu yang Encik Amsyar mahukan, baik" Firdaus angkat wajahnya.

Perkara itu membuatkan hati Amsyar berderai bak kaca yang dihempas ke lantai. Air mata kembali turun ke pipi lelaki itu, pandangannya kembali kabur dek air mata yang bertakung.

Firdaus mula berjalan untuk pergi ke suatu tempat. Amsyar di belakang hanya mengekor dengan hati yang tersangat berat. Lemah benar kaki Amsyar sekarang, tapi lelaki itu gagahkan juga diri mahu berjumpa dengan Ayra Hazirah mungkin buat kali yang terakhir.

Firdaus berhenti di hadapan suatu bilik begitu juga dengan Amsyar. Amsyar lihat sekeliling tempat tersebut, "Encik Firdaus?" Hairan sekejap Amsyar bila lihat Firdaus bawanya ke tempat yang agak sunyi.

Tiba - tiba Amsyar rasa seperti ada orang cucuk tubuh belakangnya. Dengan pantas lelaki itu pusing ke belakang. Terbeliak besar mata Amsyar bila nampak satu wajah yang amat dikenalinya.

"Hai Amsyar" Ayra menyapa lelaki itu dengan senyuman yang lebar, tangan kanannya di lambai seperti seorang kanak - kanak.

Amsyar tidak membalas, malah matanya masih terbuka luas lihat wanita itu.

Ayra lentokkan kepalanya sedikit. Tak sedikit pun senyuman di bibir gadis itu pudar.

"Ayra?" Perlahan betul suara Amsyar sekarang.

Ayra angkat kedua belah keningnya. Amsyar terus lihat wajah Firdaus dan Ayra berulang kali.

"Ayra?!" Lelaki itu kembali bersuara lepas Ayra tidak hilang dari pandangannya.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now