《 63 》

11.4K 976 172
                                    

Muhammad Amsyar terus berlari masuk ke dalam rumah Encik Iqram apabila dengar jeritan adiknya, Fleur Sophia.

"Fleur?!" Panggil Amsyar sedikit kelam kabut.

Encik Iqram terus tahan anak lelakinya itu dengan wajah yang risau membuatkan jantung Amsyar berdegup dengan makin kencang. Janganlah kata ada perkara buruk berlaku pada adiknya.

"Jangan lihat Fleur..kamu tak akan mampu" Bisik Encik Iqram.

Encik Iqram dan Dayyan sendiri tidak mampu untuk lihat keadaan Fleur sekarang. Harraz juga begitu. Mereka sekeluarga hanya duduk di ruangan luar solat kerana tak mampu untuk lihat Fleur.

Amsyar tetap berjalan menuju ke ruangan solat mereka. Harraz sudah berdiri di luar seraya memejam mata. Mulut lelaki itu terkumat kamit meminta pada Allah agar kurangkan derita si isteri.

Perlahan - lahan Amsyar intai Fleur dari luar. Kelihatan Hadi serta beberapa rakannya yang lain sedang pegang dan ubati Fleur.

Wajah Fleur pucat lesi, kulit Fleur bertukar putih dan pucat. Urat - uratnya semua jelas kelihatan, bewarna merah dan biru, bercampur aduk sesama sendiri sehingga urat Fleur kelihatan seperti warna hitam.

Tudung Fleur sudah hilang entah ke mana, rambut wanita itu terlihat berteraburan di lantai. Kening Fleur bewarna putih, matanya bewarna hitam secara keseluruhan.

Jatuh rahang Amsyar apabila lihat adik perempuannya berubah sehingga begitu sekali. Amsyar ingatkan, keadaan Fleur ketika berubat di masjid sudah cukup teruk tapi rupanya kali ini lebih teruk.

Makin terkesima Amsyar dibuatnya apabila lihat darah keluar di balik mata Fleur Sophia. Jatuh tersungkur Amsyar ke atas lantai, "a-a..adik" Panggil Amsyar perlahan dengan mata yang berkaca. Suaranya menggigil menahan rasa sebak di dada.

"Argh! A..a-bang!" Fleur memanggil dengan nada yang jelas kesakitan.

Aisy sehingga duduk di tempat yang amat jauh, tutup kedua belah telinganya kerana tak sanggup dengar suara Fleur begitu. Qamar di dalam biliknya tidak henti membaca ayat suci Al quran. Dari dia terus diam, lebih baik dia lakukan sesuatu.

"Kuat sayang..kuat sayang" Bisik Harraz perlahan.

Amsyar merangkak perlahan - lahan, mahu masuk ke dalam ruangan solat itu tapi dengan pantas, pintu ruangan itu di tutup secara tiba - tiba dengan agak kasar.

"Adik?!" Amsyar terus ketuk pintu ruangan itu.

Harraz yang terkejut dari bunyi hempasan pintu terus lihat ruangan solat tersebut.

"Sayang?" Harraz berjalan ke arah pintu yang tertutup.

Harraz dan Amsyar, keduanya cuba untuk buka pintu tersebut tapi cubaan mereka tidak buahkan hasil.

Puan Mariana yang berada di tingkat dua terus diamkan diri, menangis tanpa henti apabila kenangkan sakit anak perempuannya.

Di saat Puan Mariana diam tidak buat apa - apa, Puan Mariana tiba - tiba ternampak suatu lembaga yang tingginya bukan biasa - biasa. Puan Mariana lihat lembaga hitam di hadapannya dengan badan yang menggigil. Perlahan - lahan lembaga itu dekati Puan Mariana.

"Abang!" Jerit Puan Mariana sekuat hati.

Encik Iqram yang dengar jeritan isterinya terus berlari menuju ke atas. Qamar turut keluar dari bilik untuk cari si ibu mertua.

"Mummy?" Qamar terus pergi ke ruangan ruang tamu tingkat dua tapi tiada sesiapa di situ.

"Qamar? Mummy mana?" Soal Encik Iqram resah.

"Qamar tak tau" Wanita itu menggelengkan kepala.

"Hawa dengar mummy menjerit" Hawa turut naik ke tingkat dua bersama Dayyan.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now