*Bab 3*

7.6K 205 0
                                    

PAGI-PAGI lagi Lidya sudah bangun untuk berjoging di sekitar taman perumahan itu. Dia tidak berani untuk berjoging lebih jauh kerana dia masih belum biasa dengan tempat itu.

Lidya berhenti dan duduk di bangku yang telah disediakan di hujung kawasan perumahan itu. Dia memandang bukit yang masih berkabus nun jauh di hujung sana.

Lidya mengeliat kecil dan kemudian melakukan sedikit warming up. Dia memerhati sekeliling kawasan perumahan itu. Sunyi ! Mungkin penghuni di kawasan itu masih lagi diulit mimpi. Tak pun dah bergegas pergi kerja untuk elakkan traffic jam.

Seusai saja solah Subuh tadi, Alongnya telah pun pergi ke airport untuk ke Abu Dhabi menjalani kursus kenaikan pangkat. Kini, hanya tinggal Lidya, Liana dan Puan Hana di rumah. Ayahnya pula akan tiba pukul 12:00 tengah hari nanti.

"Hurmm.. apa aku nak buat lepas ni ye ?" tanya Lidya pada diri sendiri. Walaupun bersendirian di situ, tapi dia tidak takut. Malah, riak muka slumber dipamerkan.

"Arghh.. forget it, nanti tau lah nak buat apa kat rumah tu.." Lidya melirik sekilas jam jenama G-Shock warna biru hitam ditangannya. Pukul 6:45 pagi.

'Masih awal lagi ni' bisik hatinya.
Lalu, Lidya mengambil keputusan untuk membuat satu round je lagi sebelum balik rumah.

******
Tepat pukul 7:00 pagi, Lidya masuk ke dalam rumah dan menerpa ke dapur apabila mencium bau masakkan Puan Hana.

"Wahh, mak masak apa tu? Sha lapar lah.." kata Lidya lalu memeluk Puan Hana dari belakang.

"Nasi goreng campur.." jawab Puan Hana sambil tangannya lincah menggoreng nasi di dalam kuali.

"Nak makan mak.. lapar "

"Makan amenda nya, mandi dulu.. bau semacam aje mak hidu ni. Kejutkan adik sekali.."

"Alah.. mana ada bau, wangi ada lah.. hehehe, ye lah. Sha mandi dulu.."

"Ha'ah.. jangan membazir sangat guna air tu.. kang tak ada air pulak.." sempat lagi Puan Hana berpesan.

"Ye lah mak.." ' Eleh, kalau takda air, ambil saja air kat lori air luar sana. Tak jadi masalah pun' omel Lidya dalam hatinya.

******
Seusai saja breakfast dan mencuci semua pinggan kotor, Lidya menyertai Puan Hana dan adiknya di ruang tamu.

Belum pun sempat melabuhkan punggungnya, Lidya mengadu kesakitan.

"Aduhh, sakit perut la pulak.." kata Lidya lalu berlari menuju ke bilik air di sebelah dapur.

"Kenapa Angah tu mak?" soal Liana

"Sakit perut agak nya.."

Liana mengangguk lalu membuang fokus ke arah televisyen.

******
Di dalam bilik air, Lidya terkial-kial mencari air. Dia dalam kecemasan sekarang ni. Lidya keluar kembali, belum sempat lagi melepaskan 'hajat'.

"Mak !! air simpanan dah habis ke ?" laung Lidya dari dalam.

'Buat hal lah, dah lah.. emergency case ni. Boleh pulak takda air..' omel Lidya dalam hati.

Puan Hana menuju ke arah Lidya.

"Apa hal Sha? terjerit-jerit ni. Malu dek terdengar jiran anak dara menjerit.." marah Puan Hana.

"Ni mak, air simpanan dah habis ke ? Orang dah tak tahan dah ni.." kata Lidya sambil mengesel-gesel kakinya di karpet. Mukanya berkerut menahan sakit.

"Dah habis lah tu.. Lor..."

Tanpa menunggu Puan Hana menghabiskan ayatnya, Lidya pantas mengambil dua baldi sederhana besar dari bilik mandi dan berlari keluar. Dia tiada masa lagi.

Puan Hana hanya mampu menggeleng kepala. Dia tidak mampu menghalang. Lagipun, kecemasan. Biarlah.

******
Lidya dengan rakusnya membuka paip di badan lori yang terletak di tepi sudut jalan kawasan perumahan itu. Nasib baik tak dikunci.

Tanpa Lidya sedar, ada mata yang memandangnya disebalik pagar rumah. Jelas kelihatan riak tidak puas hati di muka itu.

Setelah kedua-dua baldi penuh, dengan kekuatan yang masih tersisa, Lidya mengangkut baldi itu dan dibawa masuk ke rumah. Dia sudah tidak tahan lagi. Lalu Lidya terus masuk ke dalam tandas.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now