*Bab 83*

2.9K 79 0
                                    

ORANG ramai sudah beransur pulang dari tanah perkuburan itu. Dapat dirasakan suasana ketika itu sungguh hiba dan sayu. Dari jauh, kelihatan Haikal yang masih duduk mencangkung di hadapan pusara mamanya. Batu nisan mamanya dipegang.

"Ma.. maaf kan Kal ma, Kal banyak susahkan mama selama ni. Halalkan makan minum Kal selama ni ye ma. Semoga mama tenang di alam sana." ujar Haikal sayu.

Kemudian, dia bergerak ke pusara papanya pula.

"Pa, Kal nak minta maaf.. Kal banyak susahkan papa selama ni. Banyak sakitkan hati papa. Kal janji akan jaga syarikat papa dengan baik. Moga papa tenang di alam sana.." ujar pula.

Dia memandang lirih ke arah pusara mamanya buat terakhir kali.

"Mama, papa.. Kal balik dulu ye.."

Usai saja menuturkan kata-kata itu, Haikal bingkas bangun lalu menghayunkan kaki untuk meninggalkan tanah perkuburan itu dengan hati yang sayu.

******
"Lidya, tu bos.. jom, cepat.." kata Fatin sebaik saja melihat kelibat Haikal berjalan menuju ke arah keretanya.

"Haa, jom lah.."

Namun, belum sempat mereka bertiga mengorak langkah, Konstabel Shadriq menegur.

"Eh, tak balik lagi ke ?" soal lelaki itu yang lengkap beruniform polis.

Sebentar tadi, dia dan anggota polis yang lain turut berada di tanah perkuburan bagi mengiringi jenazah Dato Rahim dan Datin Ratna ke tempat pengebumian sebagai penghormatan terakhir.

"Oh abang.. nak balik dah ni, tapi sebelum tu kami nak ucap takziah kat bos.. Tadi tak sempat nak ucap.." tutur Lidya lembut.

"Oh.. iya ke ? jom lah, abang ikut sekali. Abang pun belum ucap takziah pada waris keluarga tadi." tukas Konstabel Shadriq pula.

"Okey, jom lah.. Fatin, Syaf. Eh, Fikri mana ?" soal Lidya sambil mencari kelibat Fikri.

"Erm, dia dah balik dah. Ada hal katanya.." maklum Fatin.

"Oh.. okey, jom lah.."

Lantas mereka mengatur langkah untuk menghampiri Haikal yang sedang berbual dalam talian itu.

******
"Okey.. you uruskan hal ni dulu, buat masa ni I tak boleh nak jumpa you. You tahukan parents I baru aje dikebumikan tadi.."

"Hmm.. okeylah, kalau ada apa-apa, bagitahu I. Okey, bye !" sekilas handphone di masukkan ke dalam saku seluar kembali.

Belum sempat dia memboloskan diri ke dalam perut kereta, satu suara menegurnya dari belakang.

"Bos !"

Haikal berpaling dan terpampang wajah Lidya di hadapannya. Segaris senyuman diloretkan dan apabila terpandang akan seorang pegawai polis disebelah Lidya, senyumannya mati dengan tiba-tiba.

Lidya perasan akan riak wajah Haikal itu, namun dia tidak mengendahkannya.

"Erhm.. bos, kami datang sini nak ucap takziah pada bos. Harap bos sabar ye dengan dugaan ni.." Lidya berkata kemudiannya.

Pandangan Haikal beralih pada Lidya kembali. Sedaya upaya dia menerbitkan senyum dibibir.

"Hm, terima kasih.." hanya itu yang mampu diucapkannya.

"Oh ya bos. Ini saya kenalkan suami saya.. Konstabel Shadriq.." Lidya memperkenalkan suaminya pada Haikal.

Konstabel Shadriq tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Shadriq.."

"Haikal.." balas Haikal lalu menyambut jabatan tangan itu. Senyuman terpaksa dilemparkan.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now