*Bab 36*

3.3K 109 6
                                    

USAI sahaja menunaikan solat Maghrib dan Isyak, Konstabel Shadriq kembali ke dalam biliknya. Badan di rebahkan sebentar di atas katil.

"Hmm, mana phone ni ?" tangannya meraba permukaan meja untuk mencari handphone. Setelah handphone berjaya dalam genggamannya, lelaki itu terus memeriksa skrin handphone mana tahu apa yang ditunggunya dari tadi muncul juga.

"Aikk, masih tak reply lagi. Hmm, ni mesti kes dah lupa aku ni. Takpa Han, bukan jodoh kau. " keluh Konstabel Shadriq kehampaan. Handphone diletakkan di atas dadanya. Mata dipejamkan buat seketika.

******
Handphone yang dicas dari tadi dicapai. Pengecas ditanggalkan apabila peratus bateri sudah mencapai hadnya.

"Ermm, mesti dia tertunggu-tunggu message dari aku kan ? err, perasan kau ni Sha. Ntah-ntah dia tak kisah pun kau nak reply ke tak. " omel Lidya kembali. Nafas ditarik perlahan.

"Okey takpa lah, reply je la. Dah alang-alang orang message balas aje lah kan. Mesti orang yang tengok sikap aku macam ni, akan cakap aku mengada-ngadakan, peduli apa. Hidup aku. Hmm.." setelah puas membebel sendirian, akhirnya message yang dari tadi dibiar tidak berbalas, terbalas juga.

"Okey dah.."

Setelah butang send ditekan dan message selamat dihantar, Lidya bingkas bangun dari katil. Dia ingin menonton TV memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 8.40 malam. Tentu ada cerita yang menarik.

******
Ting ting !

Konstabel Shadriq terjaga dari lelap sebentar apabila ringtone handphonenya berbunyi. Tanda message diterima. Dengan mata yang terkebil-kebil, tangannya terus mencapai handphone di dada dan membuka message itu tanpa melihat nama pengirimnya.

Waalaikumussalam. Oh, takpa. Sy sihat je. Alhamdulillah, klau awk dh smbuh. Erm, ingtkn awk dh lupakn sy. :( Sorry, late rply. Sje nk buat awk tertggu2. ;D

"Aikk, siapa message macam ni. Jap! " setelah melihat nama pengirimnya dengan jelas. Terukir senyuman yang sukar ditafsirkan dibibir lelaki itu.

"Raisha ?! Finally ! alhamdulillah. Hahaha, balas jugak awak ye. Sengaja nak buat aku tertunggu-tunggu. Okey, takpe.." melonjak tubuh lelaki itu bangkit dari pembaringannya tadi. Perasaan gembira usah dikata lagi. Memang terlalu gembira.

Secepat yang boleh message itu dibalas.

"Tak kisahlah, dia nak cakap aku teruja ke apa ke. Memang aku teruja pun dapat message dia. Hahaha.." mulut lelaki itu membebel sambil tangan ligat menaip sesuatu di skrin handphonenya.

Tok ! Tok !

Pintu diketuk dari luar apabila dia sedang melayan perasaan sendiri. Lelaki itu terus menerpa ke pintu untuk mengetahui gerangan pengetuknya.

"Haa, angah. Ada apa?" soal Konstabel Shadriq.

"Along buat apa tu ? " soalan dibalas soalan oleh Hani.

"Takda apa-apa.. "

"Ohh, ni haa.. ibu ajak minum kat bawah.."

"Ye ? okey, jap gi along turun.."

"Okey.."

******
Kerepek pisang di dalam balang kaca menjadi sasaran Lidya sambil matanya tertumpu ke kaca TV. Drama Dia Semanis Honey menjadi pilihannya pada malam ini.

"Amboii ! Cik Kak, sedapnya makan kerepek tu tak ajak along. Makan sorang-sorang nampak.." segah Lukman yang datang secara tiba-tiba.

Lidya terkejut akibat segahan alongnya itu.

"Eii along ni. Nasib baik Sha tak melatah tadi tau. Tak boleh ke tegur elok-elok sikit.." rungut Lidya. Walaupun begitu, mukanya tetap selamba.

"Alololo.. hahaha, muka takda perasan ! nak sikit !" balang kaca itu dirampas dari tangan Lidya.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now