*Bab 42*

2.9K 87 0
                                    

"LIDYA, kau dah ke ?"

"Haa, jap.."

"Hmm.. okey"

"Okey, dah jom !"

Namun, belum sempat kaki mereka melangkah keluar menuju ke lift, satu suara menegur dari belakang.

"Haii, nak keluar lunch ke ?" tegur satu suara dari belakang Fatin dan Lidya.

Sejurus mendengar suara itu, Lidya dan Fatin serentak berpusing ke belakang untuk melihat gerangan yang menegur.

"Oh, bos ?! Err.. ya, kami nak lunch ni.." jawab Fatin. Kalau nak harapkan Lidya memang tak lah nak jawab. Lihat dari muka saja, Fatin sudah tahu jawapannya.

"Ye ? right timing ! May I join ?" soal Haikal tanpa segan.

Mendengar saja soalan itu, Lidya menyiku Fatin lalu berbisik.

"Ish, buang tebiat ke apa bos kau ni. Takyah lah ajak bos kau tu, tak selera aku nak makan nanti.." bisik Lidya perlahan.

"Kau bagitau lah sendiri.." balas Fatin dengan bisikan juga.

"So ? boleh join ke tak ni ?" sekali lagi Haikal menyoal.

"Err.. bos, err..."

"Okey, takpa. Jom lunch ! naik kereta I.. " celah Haikal sebelum sempat Fatin menghabiskan ayatnya.

Lidya dan Fatin bungkam. Masing-masing saling berbalas pandangan. Haikal yang sudah mendahului, berpusing ke belakang balik pabila melihat Fatin dan Lidya masih kaku di tempat yang tadi.

"Tunggu apa lagi ? cepat lah ! " arah Haikal.

"Hey, jom lah Lidya. Bos dah mengarah tu.." ajak Fatin lalu menarik tangan Lidya.

Lidya terpaksa juga mengikut Fatin. Muka dimasamkan tanda protes.

******
Konstabel Shadriq, Konstabel Johan dan Konstabel Badrul berjalan menuju ke arah kereta polis yang berada di tempat parking.

"Siapa nak drive ?" soal Konstabel Shadriq.

"Bagi Bad yang drive pulak.." putus Konstabel Johan.

"Aku drive ? eh, takda hal. Meh sini kunci.." kata Konstabel Badrul.

Kunci diserahkan pada Konstabel Badrul sebelum Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan memboloskan diri ke dalam kereta.

******
"So, you all nak lunch kat mana ni ?" soal Haikal yang lebih ditujukan pada Lidya di tempat duduk belakang. Puas dia memujuk Lidya untuk duduk disebelahnya, namun gadis itu degil siap membuat ugutan tidak mahu turut serta seandainya dia masih mendesak gadis itu untuk mengambil tempat disebelahnya. Last-last, Fatin jugak yang jadi mangsa.

"Err.. kami ikut bos aje lah.." putus Fatin apabila Lidya tidak memberi jawapan.

"Betul ? so.. we all lunch kat restoran Western Food je la. okey ?" Haikal memberi cadangan.

Namun, cepat-cepat Lidya membantah. Dia mana boleh telan makanan western food ni, naik loya tekaknya.

"No ! saya nak makan nasi ayam penyet. Kalau bos tak nak. Drop aje saya kat D'Laman Ayam Penyet Bakar kat sebelah Balai Polis tu. Nanti balik, saya boleh ambil teksi." bantah Lidya bulat-bulat.

Haikal tersenyum sendiri.

"Eh, ada suara nampaknya. Ingatkan dah bisu. Terubat jugak rindu I nak dengar suara you Lidya.."

Naik kembang tekak Fatin disebelah mendengar bicara manis Haikal. Lidya apatah lagi.

'Patut jugak Lidya ni benci tengok muka kau Bos. Sweet talker semacam. Ke bos aku ni sukakan Lidya ?' gumam Fatin dalam hati.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now